Tuesday, April 7, 2009

Dati Bukit Selambau 1

PKR Akan Menang Besar di Bukit Selambau?

HAMPIR kesemua bangsal panas di peti undi dimonopoli Melayu di Bukit Selambau dikuasai UBN. Nisbah yang memasuki bangsal panas ialah 70% UBN dan 30% PKR. Dua peti undi dalam kawasan Bukit Selambau dalam pilihan raya umum lalu pun dimenangi oleh UBN.

Pengundi di kedua peti undi ini kira-kira 1,800. PKR hanya memperolehi kurang separuh daripada jumlah berkenaan. Bagaimana pun menurut pengamat perkembangan hari ini ada sedikit peningkatan, walaupun PKR kalah di dua peti undi ini tetapi boleh mengurangkan undi UBN.

Sementara itu di lain-lain pusat pengundi kedudukan masih sekata. Paling jelas ialah pengundi Cina mirip kepada PKR manakala India berbelah bahagi. "Setakat ini tidak ada seorang pun pengundi Cina yang memasuki bangsal panas UBN," jelas seorang pelapor.

Menurut laporan bilik Gerakan UBN, sikap pengundi Cina sukar untuk dibaca kerana mereka lebih mendiamkan diri dan tidak menunjukkan cula yang jelas. Berpandukan kepada sikap demikian, ini bermakna pengundi Cina akan berpihak kepada PKR.

Seorang pengamat dan petugas PKR meramalkan PKR akan menang dengan majoriti besar melebhi 3,000 undi.

Sementara itu maklumat bilik Gerakan UBN juga mengakui kedatangan penjolak Abdullah Badawi sampai jatuh, Mahathir Mohamad tidak banyak memberi sumbangan kepada calon UBN. "Tidak sampai 3 % pengundi swing apabila mendengar syarahan Mahathir," katanya.

Menurutnya pengundi masih ingat kepada seruan Dr Mahathir sebelum ini supaya menafikan hak dua pertiga UBN di Parlimen. Katanya seruan Mahathir itu masih diingat dan akan terus mengekalkan kejayaan yang dicapai dalam pilihan raya lalu.

Sementara itu di peti undi Matang Gelugur Pas mengatasi UBN dengan kelebih lima undi. Pas mendapat 185 manakala UBN mendapat 180 undi. Angka ini berdasarkan kepada jumlah pengundi yang sudah membuang undi.

Sekiranya momentum ini kekal ini bermakna Pas berjaya merampas balik peti undi Larut Matang yang sebelum ini Pas kalah dengan kekurangan 48 undi. [bkt gantang 10:45 am 07/04/09]

1 comment:

jabsp said...

Ramalan dan petunjuk awal terutama malam tadi ,PR-PKR akan menang besar dalam PRK N25 Bukit Selambau.
Ini mungkin berdasarkan analisa pakar strategi PKR yang berkampung di Yayasan Aman Sungai Lalang,Saifudin Nasation.
Tetapi jangan terkejut jika analisa ini tidak terjadi malah berlaku sebaliknya.
Puncanya pengundi hantu.
Jangan ketawa dan tegelak kerana asyik menyalahkan pengundi hantu.
Bersama beberapa rakan saya telah membuat tinjauan rambang dan mendapati bahawa BN akan ambil pendekatan berikut.
Anak saya seramai 2 orang(pengundi) dan empat lagi rakan dengan jumlah 5 anak menajadikan 7 orang semuanya telah dihubungi olih mereka yang memperkenalkan diri sebagai petugas PKR untuk mendapat kepastian sama ada akan balik ke kampung (drp KL)untuk mengundi atau tidak.Hubungan awal berlaku pada 2/4/09 dan terakhir petang semalam.Apabila anak saya memberitahu saya,saya menasehatkan supaya anak saya memberitahu beliau akan pulang walaupun hakikatnya beliau tidak akan pulang.Ini adalah tindakan untuk mengelakkan undi mereka yang tidak pulang digunakan sebagai pengundi hantu olih UBN,kerana saya yakin ini adalah satu daripada stategi UBN untuk memasukkan pengundi hantu dengan pengenalan KP yang bolih dipalsukan.Ini mungkin dapat dielakkan olih saya,tetapi bagaimana pengundi lain.