Wednesday, April 15, 2009

Politik Kampungku

Perebutan Di Rantau Panjang Sengit

KETUA Penerangan Pas, Rantau Panjang, Rusdhan Mustafa sah akan mencabar Abdul Fatah Haron untuk jawatan Yang Dipertua Pas Kawasan Rantau Panjang. Tahniah diucapkan kepada Rushdan kerana berjaya mengenapkan pencalonan. Sebelum ini ramalan mengatakan sukar bagi Rusdhan untuk mendapat pencalonan cukup kerana politik Fatah yang dikatakan licit dan membelut. Pengaruh Fatah juga dikatakan meluas di Rantau Panjang.

Perkembangan ini sudah pasti politik kampungku, (Rantau Panjang) akan jadi menarik. Tentunya mesyuarat kawasan yang berlangsung pada Sabtu depan ini meriah dan menarik perhatian. Orang mahu tengok sejauh mana Rushdan akan berkubang dengan Fatah.

Seminggu dua lalu dikatakan telah timbul berbagai kerenah dan berita yang kurang sedap didengari. Ada usaha untuk menyingkirkan Rushdan awal-awal lagi secara tidak bermoral. Isu-isu peribadi tentang Rushdan semasa di dalam Umno disebarkan secara meluas.

Mengenai lama dan baru Rushdan didalam Pas juga turut didebatkan. Apakah di dalam Pas ada ukuran itu? Sepatutnya perkara ini tidak menjadi isu. Dan kalau ada ukuran itu kenapakah mereka yang baru semalam menjadi ahli Pas boleh menjadi calon. Malahan ada wakil rakyat Pas yang menjadi ahli selepas kemenangan. Banyak jika hendak disebut termasuk pemimpin peringkat tertinggi.

Tidak salah kalau seseorang itu menunjukkan minat dan kebolehan untuk memimpin diberi peluang. Jangan kira ianya baru atau lama. Jangan kira juga dia bekas ahli Umno atau parti apa. Pas sebuah parti yang fleksible dan demokratik. Orang yang tidak menjadi ahli parti pun dibenarkan bertanding menggunakan simbol bulan. Itulah istimewaanya Pas.

Rushdan tidak salah dan tidak ada apa-apa cacatnya. Sudah tentu apabila beliau menyertai Pas beliau sudah mengucap (syahadat) semula. Majlis penerimaan dan kemasukan Rusdhan bukan di hadapan Fatah tetapi di hadapan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sepatutnya isu-isu peribadi dan keahlian Rushdan tidak perlu diungkitkan. Ikhlaslah dengan kemasukannya. Tidak ada gunanya berada dalam Pas sampai berkarat hijau tetapi tidak dapat membawa perubahan dan memberi sumbangan positif kepada Pas. Walaupun seseorang itu baru tetapi jika berkemampuan untuk melakukan perubahan dan kemajuan, tidak salah disokong.

Dalam hal ini Fatah rasanya tidak bermasalah. Sebagai seorang ahli politik lama Fatah bersedia berdepan dengan sesiapa sahaja. Apa yang hendak beliau takutkan kepada Rushdan. Tetapi yang pandai-pandai membawa cerita mengenai Rushdan ialah para penyokongnya yang kurang memahami politik dan berpolitik dengan bertaklik buta rengga. Mereka yang mahu kepentingan mereka terjada selagi Fatah jadi ketua.

Khabarnya semua jawatan tertinggi parti dalam kawasan itu berlaku pertandingan kecuali jawatan Timbalan Yang Dipertua yang dimenangi Nasaruddin Daud, Adun Meranti yang juga Speaker DUN Kelantan. Beliau menang tidak bertanding apabila pencabarnya menarik diri di saat-saat akhir.

Jawatan Naib YDP juga menjadi perebutan tiga penjuru antara ahli Parlimen Rantau Panjang, Zailan Yusuf, Adun Gual Periok, Ahmad Awang dan ahli jawatan kuasa Pas kawasan, Ramli Tiga. Kesediaan Zailah untuk merebut jawatan itu merupakan sejarah bagi Pas kawasan Rantau Panjang. Sebelum ini belum ada muslimah yang mencuba jawatan itu. Sepatutnya penyertaan Zailah itu diberi sokongan penuh.

Mulanya Ahmad Awang dikatakan akan mengekalkan kedudukannya di kerusi urusan ulamak. Tetapi beliau dikatakan mengubah fikiran disaat-saat akhir. Ekoran perubahan itu meneyabbakn bekas Adun Bukit Tuku, Haji Hussein Ibrahim yang sebelum ini sedia untuk menjadi timbalan urusan ulamak, terpaksa menyandang jawatan ketua ulamak tanpa bertanding.

Ada berita mengatakan perubahan sikap Ahmad Awang disaat-saat akhir kerana beliau ditekana oleh pihak tertentu. Perubahan sikap itu menyebabkan Ahmad Awang mulai dipertikaikan mengenai kedudukannya sebagai seorang ustaz. Akhlak beliau sebagai pemimpin agama juga diragui. Ada yang pertikaikan apakah seorang ustaz juga boleh memungkir janji-janjinya dan takut kepada tekanan?

Langkah Ahmad itu satu kesilapan besar. Beliau sukar untuk menang walaupun dijanjikan sokongan melangit oleh pihak tertentu. Apa lagi peranan Zailain sebagai ahli Parlimen Rantau Panjang yang rajin turun panang dan mendekati rakyat dan ahli menyebabkan Ahmad senang diratah oleh Zailah. Zailah juga jauh lebih performence berbanding dengan Ahmad Awang atau pun Nasaruddin Daud sendiri.

Manakala seorang lagi calon Ramli bin Tiga, dianggap sebagai penganggu undi sahaja. Beliau juga bertanding sebagai calon bebas yang tidak direstui mana-mana puak. Biasanya calon 'bebas' sukar untuk menang. Ramli adalah antara pemimpin kawasan yang lama dan berpasang surut dengan Fatah.

Masa masih ada untuk Ahmad Awang memperbetulkan semula langkahnya. Beliau boleh menarik diri dan mengekalkan hasratnya untuk berada di kerusi urusan ulamak. Samada untuk meneruskan bertanding Naib, beliau sepatutnya mengkaji apakah beliau membuat keputusan itu atas kehendaknya ataupun kerana disuruh. Adalah diramalkan sekiranya Ahmad tidak meralat semula keputusan itu beliau dijangka akan malu besar! [jln pahang. 10:45 am 16/04/09]

1 comment:

pak yum kidal said...

salam saudara mso
semoga senentiasa keadaan sihat hendaknya,
setelah membaca ulasan mengenai rantau panjang sebentar tadi,sini saya juga ingin meminta saudara mengulas isu di machang yang tidak kurang hebatnya kerana disana kumpulan erdogan dan kumpulan ampu atas nama ulama akan bertembung sekali lagi.pertandingan pemuda pas machang kembali menjadi perhatian saya kerana jawatan timbalan ketua pemuda nama menantu tuan guru menteri besar kembali diangkat untuk melawan penyandangnya ustaz shaikudin shafie.mungkin umum tidak mengetahui ini kali kedua ir.abdulariffahmi mencuba untuk posisi itu setelah kalah secara dramatik musim lalu.semua kumpulan erdogan karam hasil dari gerak kerja kotor kumpulan ampu ini yang dipimpin oleh YDP kawasan dengan membawa masuk pelajar sekolah yik sebagai pengundi hantu untuk menyingkirkan kumpulan erdogan,meskipun pada kali ini jentera erdogan yang dikepalai oleh ariffahmi nampak pincang disebabkan separuh darinya tak timbul-timbul setelah dihanyutkan pada pertandingan lalu namun pertandingan kali ini nampak lebih sengit.seingat saya dan orang bercerita tidak pernah dalam sejarah YDP kawasan machang menunggu majlis pemuda dari perasmian hingga tamat persidangan.inilah kerja kotor yang amat memalukan dilakukan oleh pemimpin yang mengaku berjuang fisabilillah dan mertarbiah anak buah supaya wala` pada pemimpin,jika kumpulan erdogan menang tempoh hari sudah pastu kaki ampu ini dan kepalanya sekali akan tumbang dan hilanglah sesuap nasi untuk pagi dan petang dan timbullah cerita-cerita huduh kepala dan ahli-ahlinya.fenomena ini sungguh mengecekan kerena perangai umno sudah diguna pakai oleh ustaz-ustaz dan juga kumpulan erdogan dimana mereka berebut jawatan parti untuk kenaikan pangkat semanta-mata sepeti dari ustaz biasa boleh naik jadi mudir,dari drebar lori sampah boleh naik jadi kerani sampah dan hasilnya yang kita lihat semua kerja menjadi tidak berkualiti disebabkan oleh orang-orang ini.satu sahaja harapan saya pada kali ini jika sesiapa sahaja yang menang buatlah kerja seperti orang terdahulu bekerja seperti sewaktu diawal kemenangan angkatan perpaduan ummah.kepada kumpulan erdogan jika menang jangan jadikan parti seperti syarikat swasta dimana gerak kerja sentiasa diswastakan kepada kroni2 sahaja begitu juga jika kumpulan kaki ampu yang menang jangan menggunakan hujah yang lunak sahaja tapi waktu kerja semua dalam rumah peluk bini bila dah dinaikan pangkat.bekerjalah unutk jemaah islam secara ikhlas bukan untuk kebendaan,ini baru sedikit Allah menguji mereka tetapi hampir semua tercabut kopiah dan seandainya jika PAS memerintah malaysia pada waktu ini barangkali seluar dalam pun boleh terkoyak kerana perangai sebegini.sekian... wan s mache tp duduk jauh