Sunday, April 26, 2009

Ragam Media

Mingguan Malaysia Tidak Profesional?

TIDAK dapat dipastikan apakah wartawan Mingguan Malaysia yang melapor di Kota Bharu silap ataupun penyunting dan editornya di Jalan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur yang mengubah laporan sebenarnya. Sebagai sebuah akhbar berbahasa Melayu yang tertua, saya tidak fikir kalau Utusan mempunyai pelapor standard stringer di zaman-zaman tahun 40-an dan belum profesional sepenuhnya.

Hal ini saya rujuk kepada laporan di muka surat 4, keluaran hari ini, 26 April di bawah tajuk "Pas batal kerajaan Perpaduan".

Di bawah tajuk ini dilaporkan mengenai tindakan beberapa buah badan perhubungan Pas negeri tidak mencalonkan semula Abdul HAdi Awang sebagai presiden. Laporan ini amat meragukan sekali.

Dari mana pelapor akhbar berkenaan mendapat maklumat itu? Atau pun pelapor itu disalah beri maklumat oleh orang tertentu dengan niat tertentu pula? Belum ada mana-mana badan perhubungan Pas negeri yang mengumumkan pencalonan mereka.
Biasanya badan perhubungan akan mennyerahkan kepada pihak jawatankuasa pemilihan mengenai sesiapa yang dicalon oleh mereka. Jadi macam mana akhbar berkenaan boleh melaporkan demikian dengan memetik beberapa badan perhubungan negeri?

Jadi dari mana maklumat berkenaan ataupun ia sengaja memutarbelitkan fakta sebenar. Mungkin apa yang dimaksudkan ialah beberapa kawasan yang tidak mencalonkan Abdul Hadi, tetapi bukannya badan perhubungan. Kawasan ialah bahagian dalam istilah Umno yang bukannya menggambarkan sebuah negeri.

Mungkin pelapor akhbar berkenaan merujuk kepada apa yang berlaku di Bukit Bintang di mana Pas kawasan itu telah telah mencalonkan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Itu pun tidak sampai tiga kawasan yang tergamak berbuat demikian?

Apakah akhbar berkenaan ada agenda tersendiri untuk melihat keadaan kelam kabut dalam Pas menjelang muktamar tahun ini? Ini tidak menghairankan kerana akhbar ini sudah beberapa kali di pulau oleh Pas, tetapi tetap dibaca oleh ahli-ahlinya. Ia juga masih menjadi kepercayaan pemimpin untuk terus merujuk kepada akhbar berkenaan.

Ahli Pas hendaknya tidak mudah terkeliru dengan pemanipulasian ini dan diharap banyaklah mendapat maklumat untuk mempastikan keadaan sebenarnya. [wm.kl. 10: 30 am 26/04/09]

3 comments:

Shamsul Yunos said...

bukan macam harakah/roket/suara keadilan kan... tiga ni tak pernah buat buat laporan yelah cerita mereka tentanng altantuya penuh dengan bukti, bila dema tuduh sultan perak main politik ada backing bukti

pembangkang tak pandai main speculation tak macam utusan kan MSO?

memang hipokrit utusan ni

Barisan ni memang pandai bermuka muka, sanggup gadai islam dan hudud semata mata nak berkuasa

sanggup sokong pemimpin yang korup dan tak bermoral semata mata nak menang undi

entahlah MSO apa nak jadi dengan orang malaysia ni asyik tuduh menuduh, asyik nak main politik

kalau nak harap tegur ketua sendiri minta maaflahkan sanggup balik merungut kat belakang lagi

Hidup Anwar

mso.im said...

Kepada Shamsul Yunus, nampaknya sdr tidak dapat menyelami maksud saya kenapa saya kritik Utusan. Utusan adalah akhbar lama dan bersifat umum, manakala Harakah, Roket dan Suara Keadilan adalah lidah parti yang rasmi. Jika sdr check jenis KKDN nya pun berbeza. Sebab itu saya tidak mengkritik akhbar-akhbar yang jadi lidah parti kerana kita sudah tahu bagaimana rupa dan bentuknya. Salam.

banknegara said...

saya setuju dengan mso.im

1. Utusan bukan akhbar lidah rasmi UMNO. hal ini di akui oleh utusan sendiri. tapi dalam masa yang sama utusan telah bersifat munafik membohongi pembaca dengan meletakan dirinya sebagai lidah rasmi UMNO

2. Kalau utusan berminat jadi lidah rasmi umno teruskan. dan isytiharkan bahawa utusan lidah rasmi umno kemudian kita akan tengok jumlah jualanya selepas itu.