Tuesday, April 14, 2009

Politik Penyu

Politik Terengganu Pula Bergolak

KEDUDUKAN Ahmad Said sebagai MB Terengganu kini tidak selamat lagi. Tindakan 10 Adun BN yang bertindak memulaukan sidang Dewan hari ini menjelaskan mereka sudah hilang kepercayaan kepada Mat Said. Mat Said harus faham dengan tindakan mereka itu dan tidak payah mencari pentafsir politik untuk membela diri sendiri.

Sepuluh Adun BN yang tidak menghadiri sidang Dewan hari kedua hari ini ialah; Adun Paka, (Zakaria Abdullah), Adun Permaisuri, (Abdul Halim Jusoh), Adun Tepoh, (Muhammad Ramli Noh), Adun Kuala Berang, (Mohd Zawawi Ismail), Adun Bukit Besi, (Din Adam), Adun Alor Limbat, (Alias Abdullah), Adun Jabi, (Ramlan Ali), Adun Kota Putera, (Pemehi Yusuf), Adun Jertih, (Idris Jusoh) dan Adun Ajil (Rosol Wahid).

Apabila mereka keluar atau tidak menghadiri Dewan bermakna mereka tidak yakin kepada menteri besar. Mereka tidak menghormati Mat Said lagi. Kalau mereka yakin mereka tidak akan berbuat begitu.

Kata ketua pasukan pemulau itu, Rosol Wahid mereka pulau dewan kerana bimbang dengan keselamatan nyawa mereka. Sebelum itu beberapa orang dari mereka ada menerima satu SMS yang mengancam nyawa mereka, yang berbunyi; baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?

Masalannya kalau hanya tiga Adun saja yang hendak dibunuh, tetapi kenapa yang tujuh lagi tidak pergi sama - hadir Dewan? Apa yang berlaku ini tidak payah berselindung dan susuk sembunyi lagi. Jelas mereka yang tidak hadir dewan itu kerana tidak suka kepada Menteri Besar, bukan sangat kerana bimbangkan keselamatan nyawa mereka.

Kalau mereka suka, senang dengan Mat Said, usahkan diugut kalau dihunus keris sekali pun mereka akan langgar. Bukankah orang-orang Umno ini semuanya berani dan gagah perkasa belaka. Masakan dengan sepotong ayat sebegitu saja yang entah datang dari mana semuanya sudah menggeletar.

Mana perginya keberanian wakil rakyat BN itu? Kenapa kalau dengan Pas ada yang berani bergadai nyawa dan melakukan apa saja, tetapi kalau dengan sepotong SMS yang entah betul dan entah tidak mereka sudah kecut perut. Sudah hilang telor?

Kumpulan 10 tidak payah berdolak dalih, cakap saja mereka sudah tidak sebulu dengan Mat Said, habis cerita. Senang orang tidak jadi kalut memikir mencari helah dan sebab musababnya. Jangan mencari alasan dangkal dan melucukan. Kisah pertelagahan dalam BN Terengganu ini bukan baru, ia berlaku sejak setahun lalu lagi. Jadi apalah nak diselindungkan tempayan ikan pekasam busuk lagi.

Kepada kumpulan 10 pula kalau benar-benar berani dan tak nak sokong Mat Said apa fikir panjang lagi usah berpura-pura. Kemukakan saja usul undi tidak percaya ke atas Mat Said, habis cerita. Rasanya lapan orang Adun Pas juga akan ikut sama menyokongnya. Kalau Adun Pas sokong jatuh bercelabahlah Mat Said dalam sekelip mata.

Bukan payah sangat kalau nak jatuhkan Mat Said! Lepas itu sapa nak jadi MB bolehlah 10 Adun itu berbincang dengan Adun Pas sebanyak lapan orang itu. Disebabkan Adun BN 10 dan Pas lapan, maka eloklah kalau MBnya diberikan kepada BN yang 10 tu. Seeloknya Rosol Wahid jadi MB.

Walaupun Idris Jusoh bersama kumpulan 10 itu beliau tidak boleh jadi MB kerana pemangku raja Terengganu tidak sedia untuk memberi perkenan kepada Idris Jusoh. Kalau Idris dicalonkan lagi nanti upacara angkat sumpah tidak akan dijalankan.

Lagi pun sejarah menjatuhkan menteri besar Terengganu pernah berlaku di negeri berkenaan. Apakah semangat sejarah itu tidak boleh diterima pakai. Bukan saja MB jatuh kerajaan negeri juga bertukar tangan pada tahun 1961. Apakah kata kalau 10 Adun BN itu bergabung dengan lapan Adun Pas membentuk kerajaan baru. Kerajaan unity government?

Mungkin pelan itu tidak akan berlaku. Tidak mungkin kumpulan 10 itu bersedia bersekongkol dengan Pas. Jadi satu pelan lain boleh dilaksanakan iaitu minta Mat Said bubarkan saja DUN Terengganu untuk membolehkan pilihan raya diadkan semula.

Dalam pilihan raya nanti pastikan Mat Said tidak dicalonkan. Rasanya Pas juga suka kalau diadakan pilihan raya semula. Mustafa Ali boleh bertanding sekali lagi dan boleh berangan-angan untuk jadi Menteri Besar Terengganu.

Bukannya payah sangat cuma memerlukan sedikit saja keberanian! [wm.kl. 2:00 pm 14/04/09]

12 comments:

checkmate said...

salam tuan saiful

saya tau comment saya ni tuan tidak akan tunjukkan kpd org lain..

ok saya nak bg satu soalan mudah pastu tuan juga garu kepala...

Disana ada 24DUN BN…pas 8DUN…

10 Dun menyokong bersama rosol@ idris jusoh

14DUN menyokong bersama MB Ganu

jika usul undi xpercaya ini diajukan…

andai kata anda pula selaku ketua pembangkang disana
bersama 8 adun Pas…siapakah yg ada akan pilih?

1)mengekalkan kerajaan MB bn ganu dengan memilih 14 DUN

atau

2)memilih bersama 10Dun BN yg
diketuai Idris jusoh?


saya rasa hasil penulisan tuan spt diatas memilih utk bersama 10DUN BN yg diketuai oleh rosol...

dan juga lebih berminat kpld pilihanraya..

maaf saya katakan..
disini menunjukkan tuan berminat kearah perpecahan...

jika saya saya akan memilih kekalkan MB demi rakyat ganu...


sekian

kayakingworldbiz.com said...

dah sedia maklum OMNO kan karat dengan kerisnye... apa lagi hunusle keris tu... ada berani. Cakaple terus terang katakan pada Mat Said MB kami taknak kamu jadi MB kan senang...berdolak dalik memang keje UMNO. piiii dah

Bang Aji said...

Saya setuju dengan pendapat saudara MSO. "Alang-alang dah menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan", itu bidalan untuk kumpulan 10. Apa yang hendak dinantikan, bukan sekadar masyarakat setempat dah tahu malah semua rakyat Malaysia pun mengetahui kekalutan politik di Trengganu nih.
Nak mudah Mat Said bubar ja DUN. Abih cerita. Pakat lawan dan menjatuhkan sesama sendiri. Mudahlah PR nak ambil alih pulak kerajaan. Tak gitu weh??

Anonymous said...

Peristiwa yg berlaku ini mencerminkan demokrasi & sistem politik negara kita menuju kehancuran. Hak rakyat yg memilih wakil2 rakyat tidak dipedulikan. YB sekarang lebih mengutamakan perut & kroni daripada kepentingan negara & agama. Cuba kita lihat kekalutan yang berlaku di Perak dan kini di Terengganu adalah disebabkan kerakusan kuasa para pemimpin.

Para pemimpin harus sedar tanggungjawab mereka!

Positive said...

Assalamu 'alaikum,

Bila terjadi di Ganu apa yg saya duk dengar jauh-jauh selama ini... teringat saya kata-kata seorang sahabat yang banyak berdakwah kepada masyarakat orang asli: sama ada dakwah kpd hakikat iman (kpd yg dah Islam) mahupun kpd islam (kpd yg belum Islam)... masa tu sembang2 kat masjid.. ntah macamana, tersebutlah pasal PM baru, Bkt gantang dsb... tiba-tiba ustaz ni bagitau, "Sebelum Julai ni, macam-macam akan berlaku...!"
kemudian dia senyum jer..

Tak sempat bertanya lanjut... Dah baca tasbih kifarah... Kenapa Julai? Apa yang akan berlaku? Wallahua'lam.

Mungkin Tn Hj MSO ada maklumat kut? :-)

Wassalam.

sangFaqir

MR. said...

Kalo geng 10 ni bijak, gi la diskas dengan ADUN PAS. Biar ADUN PAS yg kemukakan undi tak percaya.

Jika diterima Speaker Dewan, so tugas seterusnya bagi Geng 10 cuma mengundi jer ... so tak de risiko ...

Kalo Geng 10 nak bawak sendiri usul undi tak percaya, dan tetiba Speaker dewan tak terima, tak pasal2 semua Geng 10 kene pecat!

Keje simple camni pun tak boleh buat ker?

Walk D Talk 09 said...

INILAH TRANSFORMASU UMNO

banknegara said...

aku percaya 100% ini angkara UMNO. sesama dia sanggup ugut mengungut. kalau dengan parti lawan mereka bertambah tambah sanggup dan rela membunuh. itulah sikap UMNO dari dulu hingga sekarang.

abikhsan said...

Adakah episod "AKU NAK DERIS NATANG...!!!!"" akan berulang.

Another circus show in Perak after Terengganu... What next....???? Selangor or Kedah...???

deepthroat said...

ramai yang nak cakap politik tapi tak faham politik...

cakap demokrasi tapi tak tahu apa itu demokrasi...

cakap hak rakyat tapi tak tahu apa hak rakyat sebenarnya...

azani2073 said...

Terima la padah segala apa yg telah kau org lakukan.DERHAKA LA LAGI PADA SULTAN.TU LA BALASAN KAU ORG DAPAT.

pak mat tempe said...

Biarkan si luncai terjun dgn labunya buat apa kita nak ambil tahu kita pakat sama2 jadi penonton dan tukang sorak macamana luncai tenggelam dan apa kesudahannya.