Wednesday, May 13, 2009

Susupan Lewat

Mahkamah Tetapkan Isnin Depan Dengar Rayuan Nizar

ISNIN depan sekali lagi Istana Keadilan di Putrajaya akan menjadi tumpuan para wartawan dan mereka yang minat untuk mengetahui perkembangan politik di Perak.

Isnin (18 Mei) Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan Nizar Jamaluddin agar mahkamah mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang menangguhkan keputusan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengistyharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Apa yang menjadi perhatian ialah apakah rayuan itu diterima atau sebaliknya. Sekiranya rayuan itu diterima ini bermakna Nizar akan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar seperti mana diistyharkan oleh Mahakmah Tinggi pada Isnin lalu.

Sebaliknya sekiranya rayuan Nizar ditolak ini bermakna Zambry akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Besar.

Kemelut ini walaupun sudah ke mahkamah belum selesai lagi. Sekiranya Nizar gagal dalam rayuan mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan, beliau masih ada lagi peluang untuk membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan memohon agar mahkamah mengekalkan pengisytharan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi, Isnin lalu.

Sebaliknya sekiranya mahkamah menerima rayuan pada Isnin ini bermakna Nizar akan melaksanakan tugas sebagai MB. Bagaimana pun kedudukan Nizar itu masih belum selamat kerana BN boleh mengemukakan usul undi tidak percayai du sidang DUN.

Dengan kedudukan 31 BN dan 28 Pakatan Rakyat jika usul undi tidak percaya dikemukakan ia akan mengakibatkan Nizar akan terlucut jawatan sebagai MB. [wm.kl. 8:00 pm 13/05/09]

2 comments:

Reformis Jalanan said...

semoga kebenaran dan keadilan berpihak kepada Haji Nizar. rakyat perak sendiri sudah muak dengan drama di perak. bn tidak memikirkan kepentingan rakyat.

Hero said...

eh? isnin depan baru nak dengar? masa stay of execution keputusan mahkamah tinggi tempoh hari cepat pula mahkamah rayuan nih.. yelah.. tapi betul jugak.. kalau rayuan DS Nizar dilayan sama cepat macam rayuan Mugabe Idi Amin, nanti orang kata mahkamah ni adil pula.. mahkamah mmg tak nak dikata adil, ye tak?