Saturday, March 5, 2011

Renungan Sabtu

Kenapa Saya Boikot
Pilihan Raya Kecil Merlimau & Kerdau

MUNGKIN ada di antara pejenguk blog Merah Tinta tertanya-tanya kenapa tidak ada laporan pilihan raya kecil Kerdau dan Merliau. Tidak seperti biasa saya akan membuat laporan setakat termampu dan mengulas perjalanannya. Kadang-kadang saya mengambil masa hingga larut malam untuk mengisi blog berhubung sesuatu pilihan raya. Saya tidak akan peduli apa yang orang lemparkan terhadap saya, tetapi demi 'tugas' saya lakukan. Tetapi kenapa tidak kali ini?

Bagi penjenguk yang membuka atau mengikuti catatan iseng-isengan saya di Facebook akan menyedari akan hal ini, kesepian mengenai Merlimau dan Kerdau dalam ruang blog saya. Dalam catatan ringkas sebelum hari penamaan calon saya sudah menjelaskan saya tidak akan melayani pilihan raya kecil berkenaan. Dalam istilah popularnya ialah 'boikot' pilihan raya berkenaan. Tindakan ini agak sinikal tetapi itulah yang berlaku. Boikot.

Saya tidak menjelaskan kenapa saya mengambil keptusan itu, menjauhkan diri dari kedua pilihan raya tersebut. Di sini, saya jelaskan serba ringkas kenapa saya berbuat begitu. Dalam pada itu ada macam-macam pandangan dan ulasan dari rakan Fb terhadap tindakan saya itu. Ada juga memerli saya, sejauh mana saya boleh berpuasa dengan tindakan itu. Saya tahu ada oknum yang tertunggu-tunggu untuk menyebat saya atas keputusan saya itu.

Saya adalah saya! Jarang saya menarik balik apa yang saya putuskan. Keputusan saya juga tidak mudah sejalur dengan keputusan orang lain. Walaupun pemboikotan ini tidak ada implikasi kepada mana-mana parti politik, tetapi sekurang-kurangnya saya membuat protes secara peribadi dalam keadaan senyap, dan saya berjaya.

Alasannya, bagi saya tidak perlu untuk Pas menyertai kedua-dua pilihan raya berkenaan. Dengan menolak untuk Pas menjadikan pilihan raya itu sebagai platform untuk berdakwah, atau mengajarkan demokrasi kepada penduduk dikedua kawasan itu, bagi saya penyertaanya tidak relevan dan begitu mustahak.

Saya tidak mahu bahaskan sejauh mana Pas berjaya menggunakan kedua pillihan raya itu sebagai wadah dakwah. Tetapi apa yang saya nak sebut, ialah kesan dan implikasi dari pilihan raya berkenaan. Dan dalam pemerhatian saya berdasarkan laporan berbagai pihak ternyata ruang pilihan raya itu lebih banyak menjadi tong sampah tempat melemparkan fitnah, kata mengata, menunjuk samseng daripada menjadi mimber untuk berdakwah mengajak manusia berhemah dan kembali je jalan Allah dengan harmoni dan damai.

Di atas kertas sudah jelas Pas tidak akan menang pada kedua pilihan raya berkenaan. Kedua pilihan raya itu adalah dalam kubu Umno. Sukar untuk Pas memenanginya dalam keadaan pilihan raya kecil di mana UBN akan main jahat dan mengeksploitasikan apa yang ada. Kurang cerdiklah kalau Pas sengaja menahan batang tubuhnya untuk 'dipajang' dalam pilihan raya berkenaan. Keberanian haruslah disertakan dengan kebijaksanaan dan pandai bermuslihat. Menyerang lawan tidak kira tempat dan tanpa melihat kekuatan musuh adalah kurang cerdik kalau tidak pun bodoh.

Sebenarnya Pas boleh menggunakan alasan yang kemas untuk tidak menyertai pilihan raya itu, dari dikatakan oleh pengikutnya sebagai pengecut. Misalnya Pas boleh mengatakan tidak perlu kerana pilihan raya umum akan tiba bila-bila masa saja. Penyertaannya membazirkan wang dan masa saja. Kandati pilihan raya umum ke-13 jauh, tetapi Pas boleh guna alasan itu. Ianya logik dan tepat dan saya percaya semua ahli akan menerimanya dengan baik.

Tanpa menyertai pilihan raya itu Pas boleh menyimpan tenaga untuk menghadapi pilihan raya umum di kedua kerusi berkenaan. Pas boleh simpan atau perbanyakan wang dalam tabung buluh yang dilancar oleh Tuan Ibrahim Taun Man. Daripada wang dihabiskan di kedua pilihan raya itu baik disimpan bagi menghadapi pilihan sebenar - PRU. Alasan Pas untuk berlatih di pilihan raya berkenaan rasanya tidak begitu kuat. Tidak timbul soal Pas perlu membuat latihan tubi setelah Pas melalui 12 kali pilihan raya umum. Masakan masih belum cerdik-cerdik lagi?

Sebaliknya bila Pas ikut menyertai pilihan raya itu, Pas akan dihentam kiri dan kanan. Secara tidak langsung juga ia membelek ruang fitnah besar dilakukan di pilihan raya berkenaan. Rasanya misi dakwah Pas pada pilihan raya itu tidak terlawan dengan fitnah, pengkhinatan dan pencabulannnya. Seharusnya Pas tahu akan hakikat ini, dan menutup ruang fitnah itu dengan tidak menyertai pilihan raya itu. Saya rasa ini juga sayu amalan baik.

Juga bagi saya, Pas tidak perlu menyertainya kerana ia memberi kesan sampingan lain yang menguntungkan UBN. Keputusan pilihan raya itu nanti akan memberi peluang kepada UBN untuk dijaja kepada rakyat kononnya mereka sudah diterima rakyat. Kemenangan itu nanti akan dijadikan modal kononnya UBN sudah pulih semula. Kemenangan dengan majoriti mengatasi apa yang diperolehi dalam pilihan raya lalu menjadikan UBN akan bergembira besar, walaupun kalau menang sudah cukup bererti buat mereka.

Ada orang berpendapat Pas bertanding untuk tidak mahu UBN menang percuma. Apa salah kalau UBN menang percuma? Maruah dan kredibiliti Pas tidak akan terjejas. Kalah dan menang tidak memberi apa-apa erti kepada kedudukan kedua-dua kerjaan negeri berkenaan. Ia tidak akan merubah status quo yang ada. Sepatutnya biarlah UBN melontarkan kata-kata Pakatan pengecut kerana tidak menyertai pilihan raya itu, tidak mengapa. Dalam perjuangan berundur selangkah bukan bermakna kalah tetapi mengumpul kekuatan dan semangat untuk mara seribu langkah dan mengapai puncak kemenangan. Itulah hemah dan kebijaksanaan dalam perjuangan.

Sudah sampai masanya saya rasakan Pas tidak begitu tergila-gila sangat untuk bertanding di mana saja kerusi tanpa memikirkan kesan dan akibat. Kalau semata-mata hendak bertanding bagi mengelakkan UBN menang percuma tidak bijak, bukan tindakan politik yang profesional. Rasanya kalau UBN menang tanpa bertanding ia tidak menjejaskan nilai dan kualiti Pas sedikit pun. Sebaliknya tanpa pertandingan itu menyebabkan UBN akan keliru untuk mecongak sejauh mana kekuatan Pas dan Pakatan yang disimpan untuk dihemburkan pada pilihan raya umum lalu.

Pas boleh bertanding kalau kebetulan kerusi itu adalah milik mereka seperti mana di Galas. Ataupun kedudukan dan senerionya tidak seperti hari ini, seperti di Parlimen Kuala Terengganu. Tetapi hari ini bukan lagi semalam yang memberi kelebihan kepada Pas. Bak kata orang tua-tua kalau hendak menauk, menauklah dalam sawah bukannya menauk dalam lubuk, di lubuk orang merawai bukan menauk!

Saya tidak tahu apakah keputusan Pas untuk bertanding itu merupakan keputusan 'kolektif' yang diputuskan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang. Selalunya Abdul Hadi akan membuat keputusan kolektif dalam hal-hal begitu. Kalau keputusan itu merupakan keputusan kolektif bermakna semua pemimpin Pas kena bertanggungjawab atas apa juga keputusan pilihan raya berkenaan.

Sebalik kalau ia hanya keputusan beberapa orang dari Dewan Harian Pas, maka orang berkenaan hendaklah bertanggungjawab. Apa yang saya tahu Pas memang sudah tidak berminat untuk meneruskan pertandingan, tetapi pihak kawasan Keredau dan Melaka begitu beriya untuk bertanding.

Mereka tentu ada alasan sendiri. Tetapi kalau pertandingan di Merlimau dan Kerdau itu kerana semata-mata atas desakan dan kemahuan kawasan, maka kesan kepada keputusan itu nanti hendkalah ditanggung oleh pemimpin peringkat kawasan. Apapun adalah tidak bijak kalau Presiden tidak menggunakan kuasa proregatifnya bagi menasihati agar Pas tidak menyertai pilihan raya berkenaan.

Apa yang saya tulis hanya padangan dan dari perspektif yang saya nampak saja dan mungkin tidak betul. Adapun muslihat dan nawaitu Pas menyertai kedua pilihan raya itu hanya mereka saja yang tahu. Kita hanya melihat dan menilai dari luar saja yang mungkin banyak silau dan silapnya. Semoga Pas memperolehi pahala dari kedua pilihan raya berkenaan. [wm.kl. 10: 20 am 05/03/11]

10 comments:

Desa Mentari said...

Salam MSO,

Tindakan tuan boikot PRK ne tak salah, begitu juga tindakan PAS menyertai pilihanraya ne. Betul - atas kertas PAS akan kecundang, namun ada baiknya PAS ikut serta beralas berikut;

1. Demi kebaikan rakyat Kerdau dan Merlimau - pasti UBN akan tabur apa saja untuk menang - dapat juga lah rakyat tempatan sikit2 berbanding jika PAS boikot - UBN goyang kaki je - rakyat habuk pun xdok.

2. Melatih warga PAS menghadapi peperangan. Membuat experimen baru untuk dipratikkan di masa hadapan. Kita tengok jentera PAS cukup sedia ke?

3. PAS boleh kenal pasti gedebeh2 UBN. - ingat peperangan sebenar menyusul tak lama lagi. Mampukan PAS menhadapi gedebeh2b ne.

itulah pendapat saya

Ryzal72 said...

Assalamualaikum Tuan MSO,
Saya tidak pasti samada posting saya kali ini akan disiarkan ataupun dikesampingkan sebagaimana yg terdahulu. Itu tidak mengapa kerna saya hanya penjenguk blog shj dan bukan pemilik blog. Saya faham.
Tertarik dgn apa yg Tuan nyatakan, saya melihat bahawa sistem perletakan calon dalam PRK/PRU di dalam saf pembangkang terlalu tidak sistematik dan tidak mempunyai dasar yang jelas. Natijahnya ialah akan ada parti yg menjadi mangsa kepada keadaan. Dalam hal ini PAS harus melihat semula AURANYA sebagai parti Melayu-ISLAM di dalam pakatan...sebagaimana UMNO memposisikan dirinya di dalam BN. Walluallam.

checkmate said...

setuju dgn tuan.. saya dah bosan dgn prk ini... disebabkan pilihanraya yg tak menguntungkan ini...

kita telah berjaya membantu UMNO BN dlm mengaburi mata rakyat dlm isu nasional spt isu saman ekor... harga minyak..undi pos yg naik dgn melampau....

terima kasih kerana membantu umno..

Anonymous said...

Salam Pak Sayuti,
Sebenarnya dalam beberapa posting kebelakangan ini saya kurang setuju dgn pendapat Pak Sayuti (SUK Selangor & PM ke Turki). Tapi kali ini saya setuju.

Cuma sebab saya agak berbeza sedikit dari Pak Sayuti.

Pertama kemenangan memang tak akan datang kepada pembangkang dalam PRK dan PRU yang akan akan dtg ini. Sebab dia Melayu terlalu tidak kisah dan terlalu tidak tau apa2 ditambah dengan undi2 polong dan juga pos.

Kedua kalau menang pun, "mereka" akan bagi beberapa kerusi atau beberapa negeri untuk menunjukkan negara ini adil ada pilihanraya kononnya semua orang boleh mengundi.

Ketiga kalau balang peti undi lutsinar, undi pos tiada pun, "mereka" tetap akan menang majoriti. Kempen masih dalam kawalan mereka. Apa sangat lah seminggu atau sebulan boleh mengubah pemikiran orang ramai. Terutama orang Melayu kerana minda terlalu terkongkong dan terbenak.
Media masih di sekat.

Atas 3 faktor ini saya rasa tak perlulah layan pilihanraya kecil ke besar ke yang "keadilannya" sudah ditentukan sebelum hari mengundi.

Itu sahaja, diharap Pak Sayuti siarkan pendapat saya ini untuk dibahas oleh pihak2 lain.

seli said...

Kalu PAS tak btanding, PKR atau DAP akan bertanding...masa pilihanraya umum nanti kerusi tu akan dipertahankan oleh PKR lak. Terlepas lagi 1 kerus...selain dakwah ia juga akan jadi medan latihan utk petugas2 PAS...sekian

ahmadnafiah said...

salam tuan MSO,Saya amat tertarik dengan tulisan tuan kali, itulah juga pendapat saya pas ni terlalu menghabis masa dengan perkara PRK gerak kerja diperingkat kawasan dan cawangan tak berjalan dengan lancar, saya harap pembesar pas cuba fiker kembali perkara ini, T kaseh

Halim.YJ said...

Salam Tuan MSO

Sepuluh tahun lepas, saya pernah melahirkan hujah ini pada pemimpin PAS, supaya tidak menyertai PRK untuk menjimatkan wang parti dan menyedarkan rakyat bahawa projek tidak akan datang menyurah apabila BN menang tanpa bertanding. Baru lah rakyat akan terasa kerugiaan bila parti pembangkang tidak menyertai pilihanraya. Hujah saya tidak di terima dengan alasan yang sama , dimana PAS menyertai pilihanraya untuk menyampaikan dakwah. Persoalannya apakah ianya tercapai atau lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada parti.

ahligugel said...

Saya pernah memberi pendapat semacam ini dalam FB supaya jangan menyertai pilihanraya kecil (waktu itu di Tenang) yang telah ternyata amat tidak adil bagi parti pembangkang khususnya Pas, ada seorang (jika dilihat dari profail adalah penyokong Perkasa) mengutuk saya dengan sindiran sebagai bacul, saya menjawab biarlah apa orang nak kata bacul ke, penakut ke asalkan kita tidak membazirkan wang, dari pihak Pas bazirkan wang parti yang didermakan oleh penyokong-penyokong, dan dari pihak BN pula membazirkan wang dari segenap sudut termasuklah wang rakyat atas nama projek kerajaan ...

anakzaman said...

Tuan MSO

Saya sependapat dengan tuan agar parti PAS,DAP,dan PKR tidak bertanding di kedua-dua DUN tersebut kerana satu usaha yang membazir.Bukan sahaja pilihanraya dikawasan itu malahan piliharaya kecil yang lain terutama kawasan yang tidak meyebelahi parti tersebut.

Kita faham selepas keputusan diumumkan apabila menang UBN akan mencebik bibir ,menepuk-nepuk dada dan berkompang menjalan provokasi melalu medianya.

Penyokong sebelah pehak bertamabah benci dan mungkin terus bermusuhan.

Tidak menguntungkan parti mana pun apabila kemenangan diumumkan kerana yang menang hanya syok sendiri manakala yang kalah menjadi resah kenapa parti nya kalah.

Rahimi said...

Saya amat setuju supaya pas tidak bertanding kerana setiap Kali pas bertanding , pengaruh pas Di kalangan org melayu bertambah merosot. Ini adalah kerana BN boleh menggambarkan betapa taksubnya org-org kita (terutamanya Yg berserban dan berjubah : mungkin SB) dan kanak-kanak menyanjung tinggi Bendera DAP. Yg kita sendiri Tahu DAP ini sememangnya menentang Islam