Sunday, March 4, 2012

Selepas Subuh

Phakhrolrazi Akan Bincang Dengan Kawan

Phahkrolrazi Zawawi akan berbincang dengan kawan-kawannya berhubung hasil keputusan dan rumusan pertemuan mahhabah malam tadi. Beliau dikatakan sedia menerima apa saja pandangan yang dibuat semalam tetapi harus berbincang dengan kawan-kawannya terlebih dahulu, demkian menurut sumber.

Pertemuan semalam berjalan lancar dan penuh mesra. Perbincangan berhubung kemelut Pas Kedah dan majlis mahabbah itu dipengerusikan oleh Salehuddin Ayub. Sebaik majls itu berakhir ia disambung dengan mesyuarat jawatankuasa Pas pusat menyebabkan majlis di kediaman MB di Mentaloon itu selesai jam 3:00 pagi.

Adalah wajar dan tepat kalau Phakrolrazi menerima pandangan dari kawan-kawannya kerana apa yang akan diambil nanti ia membabitkan maruah dan wibawanya. Adalah dipercayai kemelut itu akan selesai sekiranya Phakrolrazi dan Dr Ismail Salleh kembali ke dalam kabinet Azizan. Sebalinya kalau tidak ia boleh menyebabkan kemelut itu dilihat sebagai masalah Pakatan di Kedah.

Difahamkan Phakrolrazi ketika ini sedang mengadakan pertemuan dengan ulamak.(a.star 9:35 am 04/03/02)

1 comment:

kulatlapok said...

kalau dah x leh nak kerjasama, gugurkan aje..sama seperti Hassan Ali yg meroyan ke sana dan ke snini. UMNO terengganu dulu lagi teruk kena seperti yg dihadapi oleh MB Mohd Said. Tapi akhirnya parasit dlm UMNO tu pun senyap...