Wednesday, June 18, 2008

Kata Balas

Dewan Pemuda Pas Hanya Mempertahankan Maruah Dirinya

EMAIL blog saya nampaknya 'diserang' bertalu-talu selepas saya postingkan rencana di bawah yang mempersoalkan mengenai pendirian Ketua Dewan Pemuda Pas Sallehudin Ayub berhubung konsert yang akan menampil Ella dan Mas Idayu pada 6 Julai depan.

Saya tidak berhajat dan memberi komen kepada semua email yang masuk. Nampaknya sikap pengirim pro kontra, ada yang menyokong dan ada yang tidak setuju. Dan secara terang-terang seorang penjenguk bernama Rouslan Mohtar telah memberi ingatan kepada saya agar tidak beritndak seperti rakan saya Roslan SMS yang bersikap sinis kepada konsert berkenaan.
Berikut saya poskan sepenuhnya email sdr Rouslan Moktar tanpa diedit;

KONSERT ITU DIADAKAN SEMPENA PERLAWANAN BOLASEPAK PIALA SULTANSELANGOR....IA DIADAKAN SEBELAH PETANG SBLUM PERTANDINGAN BOLASEPAKBERMULA...CARA SUADARA TULIS SEOALAH OLAH KONSERT ITU AKAN DIADAKANPADA MALAM MENYAMBUT 100 TAHUN PEMERINTAHAN PAKATAN RAKYAT. HALLOBRADER....SAYA HARAP SUADARA TAK JADI MCM ROSLAN SMS TU....JANGANLAHMENAMBAH KEBENCIAN ANAK ANAK MUDA KEPADA PAS...

Terima kasih kepada sdr Rouslan atas ralat itu. Tidak sesekali niat saya nak menimbulkan kebencian anak muda kepada Pas. Tetapi sdr dan sesiapa juga kena faham dan mengerti bahawa Pas berbeza dengan DAP dan PKR. Pas ada prinsip dan dasar perjuanganya sendiri. Teras perjuangan Pas ialah Quran dan Hadith.

Saya percaya anak muda yang bersama Pas mereka yang memahami dasar-dasar Pas. Apapun kerana timbul kekeliruan di kalangan anak muda tentang dasar dan prinsip Pas ini kerana sikap pemimpinnya yang cuba mengubah perinsip dan dasar ini perlahan-lahan.

Kerana inginkan kuasa dan sokongan Pas bersedia membuka dirinya untuk disesuaikan dengan keadaan. Bersikap liberal dalam perjuangan tidak menjadi masalah, tetapi kalau sampai mengadaikan prinsip ia memalukan.

Dalam hal ini baik Roslan SMS, Pemuda Pas Selangor, Dewan Muslimat yang membantah konsert berkenaan kerana mereka ingin kekalkan identiti Pas sebagai harakah dan siasah Islam. itu sahaja.

Dan bantahan (pertahanan) itu adalah hak mereka saya rasa. Sebab kalau pun ada sesuatu yang tidak kena atau pun menyimpang daripada perjuangan baik DAP atau PKR mereka juga akan turut sama menentangnya. Lihat sikap Karpal Singh dalam berhadapan dengan isu negara Islam yang dibawa Pas, ianya lebih keras lagi apabila Pengerusi DAP itu pernah berkata kalau Pas hendak laksanakan Islam langkah dulu mayatnya.

Orang Islam (mujahidin) dalam menegakkan kalimah Allah bukan saja sanggup melangkah mayat yang bergelimpangan tetapi bersedia menerima apa saja termasuk syahid! [wm.kl 7:00 pm 18/06/08]

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum....
terima kasih kpd sauda MSO kerana menulis tentang pemuda PAS pertahankan maruah... saya, yg baru tahun ini mendaftar sbg ahli (kerana baru layak), merasakan tindakan DPP selangor adalah wajar... Saya yg memilih PAS sbg wadai berjuangan kerana PAS menjadikan Quran, Sunnah sbg panduan.... jika PAS tidak membantah konsert ini, apa bezanya PAS dgn parti sekular yg lain??? Apakah hanya PAS perlu mengalah dan menghormati "kawan" dalam semua Aspek??? PAS tidak mengeluarkan bantahan terbuka terhadap isu babi, kerana menganggap bukan islam dibenarkan memelihara babi.... tetapi dalam aspek moral dan keruntuhan akhlak, bagi saya PAS perlu menjuarai isu ini.... jika tidak, ramai rakyat marhaen akan menganggap, tiada beza PAS dgn UMNO.. saya sentiasa memperjuangkan hal2 keruntuhan akhlak di IPTA... hedonisme y melamapau... Apabila DPP selangor membantah konsert ini, semangant saya utk terus melawan budaya hedonisme semakin tinggi... semoga ALLAH bersama dgn perjuangan PAS

Anonymous said...

Islam tetap Islam. Apa bezanya Islam anak muda dan orang tua. Kalau anak muda longgar Islamnya, itu dah salah. masih ada rupanya usaha sesetengah pihak untuk merosakkan terus anak muda. Saya masih muda tetapi kenapa ada pihak yang mahu kami terus berhibur dan lupa tentang Islam?

Anonymous said...

sepatutnya, biarlah kita pertahankan prinsip untuk terus membela islam. PAS perlu istiqamah dalam perjuangannya, dan di saat berhadapan dengan situsi atau isu sebegini PAS terutamanya PEMUDA PAS perlu tunjukkan kejantanan dan ketaringan mereka tanpa rasa takut atau bersalah..."berani kerana HAK"

www.cucumatsalleh.blogspot.com

mrf said...

betul..aku sokong apa2 tindakkan pas yang berlandaskan quran dan hadith..
pas perlu pertahankan prinsip..ini bukan sekadar prinsip tetapi tanggungjawab..dan juga amanah rakyat yang menyokong prinsip pas..betul kata MSO, jgn sampai gadaikan prinsip semata2 semangat setiakawan dengan parti komponen lain.
kalau karpal singh boleh cakap langkah mayat dia dulu kalau nak wujudkan negara islam, kita pulak cakap langkah mayat kita dulu kalau taknak laksanakan negara islam..bukan org pas sahaja ,malah orang umno pun menyokong laksanakan negara islam di malaysia

Anonymous said...

itu bezanya Islam dan setakat mengaku Islam ... 2 perbezaan pendapat yang mengkategorikan antara 2 umat.

Anonymous said...

betul lagi sekali..pemuda pas harus tunjuk tegas dan bertegas dan terus bertegas dengan prinsip dan pegangan sekiranya tindakkan itu betul dan tak mendatangkan kesalahan..kalau tak buat sekarang,bila lagi ada kesempatan nak buat.
jangan jadi pengecut seperti ketua pemuda umno hishamudin baru kene gertak dengan cina dan india pasal isu cium keris dah tekencing mintak maaf walaupun sebenarnya cium keris itu tak bersifat perkauman pun.buat malu melayu dan islam je

ZURAIMI said...

salam...

bagi saya mudah... saya sebagai orang muda dan baru dlm politik ni lihat begini..

acara tu petang ke malam ke... tetap haram dan dari segi impak yg akan terpalit pada kepimpinan PAS amat besar...

jadi saya kurang setuju jika pemuda2 akan benci dgn PAS dgn cara penulisan MSO.... cuma mungkin bagi mereka yg tidak paham dan mahu faham takut2 akan memandang serong terhadap ketua pemuda PAS yg dikritik oleh MSO... siapa sempurna dan apasalah nya jika ditegur dan dikritik.. yg penting sebelum kita terima bulat2 kita kaji dulu dari sudut yg lain...

orang yg benci akan tindakan ini hanya lah orang yg cintakan maksiat.....

teruskan saudara MSO.. dlm berjihad menggunakan tinta...