Tuesday, June 10, 2008

Susupan Pagi

Khalid Jangan Biarkan Bunga Kemarahan Terus Tumbuh!

HARI-HARI mendatang terus memberi cabaran dan menguji kebijaksanaan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Mungkin kini beliau baru tahu mengurus sebuah kerajaan tidak semudah mengurus sebuah badan Korporat atau ladang. Menjadi MB tidak semudah menjadi CEO kepada syarikat GLC. Itu jelas!

Sebagai menteri besar, Khalid harus berani membuat keputusan dan juga menolak mana-mana permohnan yang dikira tidak wajar dan boleh mencemarkan kesucian Islam dan menonai kemurnian bangsa. Beliau tidak perlu terikat dengan mana-mana konvensyen politik semasa. Beliau juga perlu insaf sebagai MB Melayu dan beragama Islam beliau harus meletakkan kepentingan itu di hadapan dan mengatasi kepentingan lain.

Kelemahan dan terlalu tolak ansur kerana kepentingan politik merbahayakan masa depan Khalid. Beliau mungkin popular dari kalangan satu puak tetapi beliau dibenci dan dimarah oleh puak lain. Khalid kena berhati-hati dan perlu meluaskan bingkai ruag politiknya sebelum membuat sesuatu keputusan bagi mengelakkan kontroversi dan menanggung kerugian.

Beliau tidak boleh dibelit oleh penasihat politik yang bersifat parasit seperti pokok dedalu. Kerana lama kelamaan beliau akan mati seperti pohon mangga yang mati kerana dibelit oleh pohon dedalu secara halus dan licit! Ingat sikap dan rasmi dedalu mulanya ia menumpang sahaja lama kelamaan menjadi raja atas bangkai orang yang ditumpanginya.

Projek ladang babi mega (pinjam istilah Khir Toyo) bernilai RM100 juta mungkin sudah selesai dan Khalid berjaya dalam isu kontroversial ini. Projek itu memberi penyelesaian kepada semua kaum walaupun secara spesifiknya ia menguntungkan satu kaum saja, Cina. Kesilapan pertama itu boleh dimaafi.

Apa yang menarik dan sedang menanti kini ialah mengenai cadangan untuk merombak peraturan saiz pembinaan rumah ibadat selain Islam di Selangor agar melebihi 10,000 kaki persegi seperti mana yang dihadkan sebelum ini. Cadangan ini nampak cukup liberal namun ianya sangat sensitif dan bahaya.

Peraturan dan kawalan ini sudah ada. Tidak perlu ianya dirombak. Menjadi tugas Khalid untuk mempertahankan peraturan yang sedia ada ini. Perlu diingat sesuatu yang baik yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu wajar dikekalkan dan tidak payah dipinda-pindakan lagi.

Kita bimbang kalau permohonan ini diterima, Khalid akan berhadapan dengan masalah. Orang Melayu dan Islam Selangor akan marahkan Khalid. Lagipun tidak ada logiknya untuk dirombak peraturan itu.

Statistik yang ada kini menjelaskan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian. Dari nisbah penduduk orang India di Selangor hanya 700,000 orang namun bilangan kuilnya sebanyak 1,000 buah. Manakala Melayunya seramai lebih 4 juta tetapi masjid hanya 380.

Jika diukur dari segi jumlah ini jelas Islam di Selangor tidak proaktif bebanding dengan Hindu?

Pada saya cadangan yang dikemukakan oleh Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jayakumar itu dan Exco Jawatankuasa Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Pendidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu cukup merbahaya dan bakal menambahkan kemarahan orang Melayu.

Kalau Khalid tidak hati-hati dan bijak menangani cadangan itu ianya akan menjadi pemulaan kepada sengeketa antara penyokong Pakatan Rakyat di Selangor.

Mengenai hal ini rakan-rakan PKR di dalam Pakatan Rakyat jangan terlalu agresif sangat memperjuangkan hak masing-masing. Mereka sepatutnya menumpukan kepada soal-soal kepentingan bersama secara sihat dan bukannnya menitik berat kepada soal-soal kepentingan peribadian.

Ingatan kerajaan Pakatan Rakyat baru bertunas dan ubun-ubunnya belum keras. Jangan tunas yang mula hendak berkembang itu patah dan relai begitu saja kerana kegelojohan tuan yang menanamnya ingin memakan hasil! [wm.kl 9:30 am 10/06/08]

2 comments:

Anonymous said...

MSO, sy setuju 100% dgn kenyataan dimana cadangan dr DR Xavier Jayakumar itu amatlah bahaya dan boleh menyebabkan kemarahan orang melayu.

Diminta Khalid dptkanlah nasihat dari majlis agama atau pun ulamak ttg pekara tersebut. Jalan terbaik, jumpa lah TGD Nik Aziz dan mintalah nasihatnya utk perkara tersebut.

Janganlah pulak satu hari nanti PKR hanyalah parti utk bukan muslim sahaja.

Pandangan ikhlas...

Abah said...

Pimpinan melayu Islam dinegeri2 pakatan rakyat perlu berhati2. Selepas mengambil alih pemerintahan terutamanya di Selangor dan Perak tumpuan lebih banyak di beri kepada kaum Cina dan India. Seolah-olah mereka selama ini adalah mangsa penindasan. Mereka berjaya menonjol satu suasana kepada orang ramai kononnya mereka selama ini ditindas.

Umno pula berjaya memperdayakan orang melayu seolah-olah mereka pembela kaum melayu dan melayu akan selamat. Orang melayu termakan propaganda umno ini dan percaya selamat bersama umno.

Hakikatnya apa yang berlalu kedudukan ekonomi dan pendidikan orang melayu semakin merosot dan terus ketinggalan (dibanding dengan kaum Cina dan India).

Sepatutnya perhatian mesti dilebihkan kepada melayu kerana mereka sebenarya ketinggalan.