Monday, September 8, 2008

Celoteh Murai 4

Strategi Tidak Smart

MAKA berangkatlah 49 orang ahli Parlimen Malaysia daripada BN ke luar negara hari ini. Dari jumlah itu 39 dari Sabah dan Sarawak dan 10 dari Semenanjung. Destinasinya ialah negara Taiwan. Kononnya tujuan mereka ke Taiwan itu untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Kononnya lagi mereka ke sana belajar cara-cara untuk berladang secara moden dan komersil.

Katanya pemergian 49 orang ahli Parlimen itu sama sekali tidak ada kena mengena dengan desas desus mengenai akan berlaku lompat melompat parti melibatkan MP daripada Sabah dan Sarawak pada 16 September ini.

Murai hanya berdecip decap mendengar berita berkenaan dan rasa geli hati melihat telatah ahli-ahli Parlimen BN itu. Betapalah kebudak-budakkannya mereka. Alasan mereka nampak sekali dangkal dan murah.

Sesiapa pun dapat membaca tujuan pemergian itu sebagai usaha mengagalkan rancangan lompat parti. Kalau tidak kenapa dipilih tarikh berkenaan, lagipun ketika ini bulan Ramdhan, bulan dimana umat Islam dituntut agak memperbanyakkan amal ibadat.

Kalau yang tidak beragama Islam tidak mengapa, tetapi yang beragama Islam pun ikut sama ke Taiwan apakah jadahnya? Biasanya umat Islam kalau dibulan Ramadhan nak melancung mereka ke Makkah bukan ke tempat lain. Kalau ke Taiwan itu sudah dipanggil melencung namanya! Si perempuan burung bayam dan burung kedidi pun ikut sama!

Siapakah yang punya idea tidak diketahui tetapi jelas orang itu tidak begitu smart dalam mengatur strategi ataupun membuat counter attack kepada rancangan Anwar Ibrahim. Semisalnya anar agar menumbangkan kerajaan pada 16 September ini Anwar sudah ada alasan kerana ahli Parlimen yang bercadang untuk lompat itu sudah diangkut ke luar negara. Cara BN itu memberi senjata kepada Anwar untuk mempertahankan kata-kata dan cita-citanya.

Kalau benar ada yang berhajat hendak lompat parti dan bersama Anwar tidak ada sesiapa yang boleh sekat. Lepas mereka balik dari Taipei mereka boleh bersama Anwar juga. Lagipun kebanyakan ahli Parlimen itu saraf fikirnya masih 'hidup' dan berfungsi. Tak tahulah kalau otak mereka sudah rosak.

Dalam masa sama pemimpin BN seorang demi seorang bangkit menafikan tidak ada lompat melompat. Kalau tak ada lompat melompat kenapa begitu bimbang dan saling mencurigai antara satu sama lain? MP-MP itu bukan budak-budak lagi, semuanya sudah panjang dan lebar lebar dan beruban pun. Semuanya boleh guna akal sendiri dan tahu pula menilai mana intan dan mana kaca, mana lebih baik Anwar dengan Abdullah dan Najib.

Kalaupun mereka disekat dan ditambat namun mereka akan berusaha juga melepaskan dirinya. Untuk sehari atau seminggu mungkin mereka rela berada dalam kurungan tetapi kalau sudah berbulan lama-lama mereka akan berusaha juga melepaskan dirinya dan mencari ruang kebebasan. Jasad manusia boleh dipenjara namun jiwa dan semangat manusia bebas menerawang ke mana saja tanpa mampu disekat dan ditahan oleh sesiapa pun.

Murai: Bebas tetapi bukan seperti kebebasan yang diamalkan oleh seorang ahli Parlimen Bebas itu. [wm.kl. 6:00 am 10/09/08]

3 comments:

Ordinary Superhero said...

Kalau dilihat dari gambar yg terpapar dalam StarOnline semalam, ada kelihatan 3 MP (muslim) sedang menolak masuk troli untuk check in, salah seorang dari mereka siap bawak golf set lagi untuk tujuan 'bertani' secara moden! Ehem, bulan puasa pun menebas rumput ke?

Matrix01 said...

salam tn. mso,
Ada yang nak kena brainwash dekat taiwan nanti kot...

Hero said...

tuan, saya ada terbaca pendapat MP batu pahat (kalau tak silap) yang cakap, kalau nak lompat, masa kat luar negeri pun boleh ajer.. tak perlu mesti berada dalam malaysia pun.

ermm.. kita kena tukar la perkataan "lompat" tu. baik guna "hijrah". pada pendapat saya, "hijrah" lebih manis dalam menerangkan situasi kali ini. tapi bagi seorang ahli parlimen bebas tu, itu mmg namanya lompat.. dulu-dulu laaa.. cerita lamaaa.. jgn mare yb.. :p