Kalau Hendak Memfitnah Pun Jangan Sampai Ketara!
PENIPUAN berlaku bukan saja ke atas hak dan harta rakyat. Penipuan bukan saja boleh dilakukan ke atas pembelian kelengkapan perang negara, bekalan baju dan kasut untuk anak-anak sekolah atau pelatih PLKN.
Penipuan boleh dilakukan ke atas perkara lebih besar atau lebih kecil daripada itu. Begitu juga dengan tokok tambah untuk memburukkan seseorang.
Saya tidak bercadang untuk mengulas lanjut, cuma mahu penjenguk blog ini berfikir sendiri bagaimana penipuan dan pemalsuan tujuan memburukkan berlaku ke atas gambar calon PKR di Hulu Selangor.
Saya tidak menafikan kalau Zaid minum arak. Beliau sendiri mengakui apa yang dilakukan di zaman jahiliahnnya. Tetapi kalau berbuat sesuatu dengan tujuan untuk memburukkan seseorang ia sudah melampau. Ternyata si pelakunnya lebih terkutuk daripada Zaid.
Saya paparkan di sini dua keping gambar Zaid yang telah dipalsukan untuk motif pilihan raya di Hulu Selangor. Semoga penjenguk dapat menilai sendiri antara dua keping gambar ini mana yang asli? - MSO. 2:05 pagi.
10 comments:
Begitu juga sama hinanya mereka yg mengsuperimpose gambar Dato najib dan altantuya. Tak gitu?
Perbuatan keji....Itu je yg dpt dinyatakn pada org2 yg memfitnah. Harap Dato Zaid sabar, moge allah berkati perjuangan Dato.
assalamualaikum,
sebagai blogger yg dihormati(mungkin terlebih pujian, maafkan saya), saya rasa kupasan tuan kadangkala terlalu bias kepada pakatan rakyat.sedangkan tuan sendiri mengulas di dalam catatan 3 tahun blog tuan, bahawa tuan cuba utk mengulas tanpa ada rasa berat sebelah ataupun kepentingan peribadi di dalam isu tertentu.tetapi mengapa sejak akhir akhir ini saya lihat lidah bercabang tuan semakin menyerlah sedangkan sudah terang lagi bersuluh bahawa zaid ibrahim adalah kaki judi dan peminum arak(yg masih tegar).inilah masalahnya dalam PR, apabila terkena hidung sendiri, berbagai bagai cara digunakan utk menutup kesalahan sendiri, walhal apabila org BN yang terlibat, yg kecil boleh dibesar besarkan.jangan menulis sesuatu yg berbaur prejudis dan busuk hati, kerana segala amalan dan perbuatan kita akan dinilai oleh Allah s.w.t satu hari nnt.saya sbg insan yang tidak memihak kepada mana2 pihak berharap tuan dapat menerima kritikan saya dan maafkan saya jikalau bahasa saya kasar dan kurang hormat.sekian.
salam tuan mso
telah kehabisan idea sehingga terpaksa menipu untuk menjaga kehebatan.
meeang sudah menjadi tabiat mereka kalau tidak menipu tak ada apa yang nak di bawa kepada pengrtahuan rakyat.
rakyat sudah sedar kerja kerja mereka ini.
rakyat perlu mengubah dengan memilih peerenrah baru
Salam Tn MSO..apa nak heran dgn juak2 UMNO ni..mereka mmg 'beribadah' dgn cara memfitnah org.Itu kerja no wahid mereka. Lihatlah para pendekar Melayu terdahulu, Tok Janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Ab.Rahman Limbung, Dato' Maharajalela, Dol Said,..dan ramai lagi.Mereka ni semua dituduh penderhaka oleh penjajah.Dan UMNO sendiri menyetujui sama.Sdgkan mereka inilah yg menyedarkan bangsa akan hakikat menentang penjajah.Dlm UMNO, siapa pemimpin terdahulu yg sanggup mati berdepan penjajah,langsung tidak ada.Yagn ada hanya kaki pidato dan menangguk di air keruh utk berunding,itu sahaja.Mereka berunding sebb penakut.Takut mati, takut sakit, tidak menderita.Tapi kalau bab bercakap berdegar2...
Dan hari ini, UMNO dan juaknya2 akan terus dgn sikap yg sama,mencipta fitnah, mereka cerita yg palsu seolah2 benar,mengeluarkan bukti yg ditokoktambah utk menampakkan ia benar sptmana yg terjadi kepada calon PKR [ DZI ].Dlm akhbar Berita Harian hari ini, ms 12, terpampang dgn jelas perkataan "'Bloggers' sambut cabaran Zaid ".Dangkal sungguh pihak yg terlibat.Perang saraf oleh mereka yg sakit otak,mereka yg mmg rosak saraf,semata2 utk menyedapkan hati bos mungkin maka sanggup menulis suatu cerita dan fitnah yg menjadi satu dosa besar buat mereka.Entahlah kalau mereka ini masih Islam dan beriman, mereka akan berfikir byk kali utk menulis...bukannya sanggup melibatkan diri dalam bosa besar memfitnah org.
Seperti yg saya katakan sebelum ini, selepas ini, pemimpin UMNO perlu tunggu giliran,kita tgk siapa yg kena...sebenarnya sebelum ini sudah byk gambar pemimpin UMNO yg jelas meminum arak, siap pegang gelas dan botol arak disiarkan dlm internet..jadi jika mereka begitu rakus menyerang peribadi..PKR pun perlu mempertahankan diri.Apa salahnya,siarkan juga beberapa tokoh UMNO sekadar utk renungan..biar UMNO dan juak2nya berfikir siapa pemimpin UMNO tersebut sebenarnya..
Teknik super-impose ini sudah acap kali digunakan utk menampakkan ia adalah betul.Dan UMNO sentiasa menggunakannya utk kepentingan peribadi dan politik bukannya benar2 utk membela rakyat.Mereka akan lakukan apa sahaja utk menang dan menarik hati rakyat.Pendekatan REAL POLITIK akan terus digunakan utk 'berperang' di Hulu Selangor ini.Dlm tempoh 2 hari, dua calon bebas menarik diri,apa maksud tu?..cakap2 yg mengatakan secara suka rela, menarik diri kerana menyanjung tinggi kepimpinan DS Najib..piiiraaahhhh.DS Najib bukan semalam mnjadi Perdana Menteri..sudah lebih setahun kenapa sekarang baru bercakap demikian?.. Dua calon bebas tu mmg tidak layak utk bertanding di Hulu Selangor tu..sikap seorg pemimpin langsung tidak ada.muka pun takda tokoh langsung..otak di lutut,kalau betul nak tarik diri, berfikir la sebelum mmbuat keputusan nak menyerahkan borang pencalonan, ini tidak,bila dah sah pencalonan..macam2 diucapkan.
Hari ini juga, sumber mengatakan PM DS Najib akan turun berkempen di Hulu Selangor,apa maksud tu?itu menandakan UMNO mmg tenat,amat tenat utk menang.Terpaksa PM turun utk berkempen.Alasan, PM adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor..dangkal sekali lagi hujah itu.Dulu Tun. M adalah Pengerusi Perhuhungan UMNO Kelantan, berapa kali dia turun berkempen utk calon di Kelantan?..
Jika benar alasan yg diberikan makanya Tim. Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan TPM serta pemimpin UMNO yg ada langsung tidak berfungsi di Hulu Selangor.Hilang kredibiliti mereka kerana DS Najib terpaksa turun sendiri utk berkempen.Tergesa2 pulang dari Jepun.Utk PRK pun PM terpaksa turun berkempen sama..sdgkan sekarang sedang membuat lawatan kerja di luar negara.
Jelas, UMNO dlm keadaan terdesak, tenat dan amat kritikal utk menang..
Salam Tuan MSO,
Kalau tak silap saya banyak juga gambar pemimpin UMNO yang di-tampal degan adegan fitnah, tetapi tidak pulak tuan bersuara. kenapa agaknya?
Kepada pengomen berkenaan, ingin saya jelas dan tanyakan? Dari prinsip Islam calon manakah yang perlu kita berikan keutamaan dari konteks Islam dan Melayu.
Dalam perjalanan ke Hulu Selangor saya menelefon seorang bekas pemimpin tertinggi Umno. Saya tanya siapa yang dia sokong, katanya dia tidak sokong sesiapa. Saya tanya, bukankan Tan Sri orang Umno dan BN. Katanya, macam mana saya nak sokong, BN calonkan Hindu. Hindu atau Buddha tidak ada masalah, tetapi bila ada orang Islam bertanding orang Melayu kena sokong orang Islam, ujarnya.
Zaid katanya walaupun minum dia sudah bertaubat. Kalau Allah suruh bertaubat dan sedia menerima taubat katanya kenapa tidak kita.
Kalau PKR calonkan Hindu dan Budha, mungkin saya juga tidak agak bias dalam membuat ulasan mengenai p raya ini. Ibrahim Ali yang pada saya jauh lebih rendah moralnya berbanding Zaid saya telah memberi sokongan bahkan berdoa di hadapan Kaabah untuk kemenangannya.
Mengenai kenapa saya tak ulas mengenai pemalsuan gambar pemimpin UBN saya rasa penjenguk berkenaan baru semalam menjenguk blog ini. Baca intri sebelum ini macam mana saya mengkritik tindakan Tian Chua yang mengeksploitasikan gambar Najib yang kononya sedang minum dengan Altantuya.
Pandangan jangan ke depan dan hari ini saja, tetapi kena jenguk ke belakang dan renungi hari esok. Sebab itu di kereta dipsang cermin pandang belakang. Samji!
Hehehe..terima kasih tuan kerana menjawab komen-komen dari pencacai yg reti nak bagi komen tapi tak selidik dahulu sebelum baca.
Saya masuk blog tuan ni setiap hari dan saya memang ada membaca kritikan tuan terhadap perbuatan membuat super impose pada gambar dato najib tersebut.
pengunjung2 yg tanya soalan tersebut, mungkin baru lahir minggu lepas. paham2 sajalah..
salam tuan mso..
terima kasih di atas penjelasan panjang lebar tuan itu..
cuma sekadar secebis pandangan saya.. tuan juga bercakap kita mesti menyokong melayu dan islam.. ok saya setuju! oleh sebab itulah kita mesti menyokong BN kerana ultimatenya kita akan menyokong Melayu dan Islam sebagai pemerintah di bumi Malaysia ini.. dibandingkan dgn PR yg mana ultimatenya adalah Islam liberal yg sgt berbahaya kepada aqidah kita dan disokong pula pleh yahudi laknatullah.. tuan juga berkata kdg2 kita mesti melihat ke belakang dan saya pula nak kata kita mesti melihatnya secara 'big picture'..
ingin saya tegaskan di sini sekiranya PAS yg dominan atau berkuasa di dalam PR dan masih mengekalkan cita2 utk menegakkan negara ISLAM dan HUDUD.. maka saya akan meyokong PR kerana seperti kata tuan kita mesti meyokong melayu islam.. tapi malangnya skang ini PAS seperti melukut di tepi gantang sahaja di dalam PR.. isu beer ronnie liu.. isu kilang arak di selangor dan mcm2 lagi yg menyebabkan saya rasa PAS skang ini hanya ditunggang oleh DAP dan tidak mampu membuat keputusan sendiri..
oleh itu tuan MSO.. pikir2 kan lah dan saya berdoa tuan MSO akan lebih adil di dalam komen2 tuan selepas ini..
saya terima dan setuju penjelasan tuan. maaf sebab tidak menjengok entri sebelum ini.
terima kasih.
Post a Comment