Monday, April 26, 2010

Hulu Selangor Dalam Ulasan

Kemenangan di Hulu Selangor Bukan Ukuran Sebenar

KATA pepatah Melayu biduk lalu kiambang bertaut. Pilihan raya kecil Hulu Selangor sudah jadi 'arwah'. Ia sudah berlalu meninggalkan seribu kenangan, pahit manis suka dan duka. Secara muktamad pilihan raya itu memberi kemenangan kepada calon BN, Kamalanthan yang mendapat 24,997 undi manakala calon PKR, Zaid Ibrahim 23,272. Majoriti sebanyak 1,725.

Atas semangat demoksrai tulen marilah kita menerima hakikat itu, dan mengucapkan tahniah kepada Kamalanthan dan BN atas kemenangan itu dan marilah pula kita meminta supaya PKR dan Zaid Ibrahim bersabar menerima kekalahan itu dengan penuh redha setelah memaklumi tentang kerenah politik yang bersendikan kepada 4C.

Kepada penyokong dan ahli parti pula hendaklah bermahasabah diri. Mencari di mana punca apa kelemahan diri dan apakah sebab kalah. Selepas menemuinya perbetulkan, insyaAlah dalam perlawanan akan datang akan menang.

Lipat dan simpan bendera parti sebaik mungkin untuk dibuka semula bila ada medan perlawanan. Jangan bila sudah kalah mencarikan dan 'keronyok' bendera, meninggalkan bendera terus tercegak atas paksinya dibiarkan lusuh dan buruk ditelan hujan dan panas. Sikap itu sikap tidak bertanggungjawab dan mereka yang tidak berjiwa besar dan pejuang tulen. Sekali kalah, ayuh... bangkit melangkah memburu sejuta kemenangan. Ingat di sebalik kekalahan ada kemenangan yang kita kadang-kadang lupa untuk mengsyukurinya.

"Kalau kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatnya,"

Kepada BN kemenangan itu bukan sesuatu yang besar sangat dan boleh dicanangkan kepada seluruh dunia. Pastinya Barrack Obama tidak akan merasai apa-apa perubahan drastik terhadap Malaysia atas kemenangan BN itu. Mungkin, Obama tidak pun tahu bahawa di sebuah kawasan di Hulu Selangor sedang berlansgung pertaruhan menantukan maruah dua orang manusia Najib Razak dan Anwar Ibrahim.

Pihak kalah bukan mengalami kekalahan semuanya. Kerana dalam kekalahan itu ada hikmah yang terselit untuk direnungi kemudian buat perubahan. Memahami dan menerima kekalahan itulah sebenarnya kemenangan.

Tidak dapat tidak BN akan melaungkan kemenangan itu kerana kelebihan, kecanggihan dan juga kerana tema 1 Malaysia yang mendasari pilihan raya itu diterima rakyat. Benarkah begitu? Najib Razak dan ulasan-ulasan di pihak BN mula menyimpulkan konklusi begitu. Kalau ia benar, kepada saya penerimaan itu hanya oleh 2,018 orang sahaja, iaini dikutip dari angka penambahan undi BN berbanding dengan undi diperolehi oleh Palanivel 2008.

Malahan kemenangan itu tipis berbanding dengan sasaran dibuat Muhyiddin Yassin untuk mendapat mojoriti 6,000 itu. Mereka yang masak dan matang dengan politik tidak gembira dengan angka itu, kecualilah peminat politik baru lepas sekolah menengah. BN boleh mendabik dada kalau majoritinya lebih 3,000 iaini separuh dari apa yang disasarkan.

Najib perlu ingat masih banyak lagi yang belum menerima slogan 1 Malaysia. Dalam konteks pilihan raya itu rakyat Cina jelas menolak 1 Malaysia. Ini berdasarkan kepada lonjakan pengundi Cina yang dianggar 75 peratus ke atas menyokong PKR alias Pakatan Rakyat. Persoalan lain, apakah Najib tidak mengira penerimaan itu disebabkan undi dipengaruhi dengan kebendaan agar menerimanya? Umum tahu jumlah yang dibelanjakan BN untuk membeli undi baik secara legal dan ilegal di dalam pilihan raya berkenaan.

Juga kemenangan di Hulu Selangor itu bukan kemenangan 1 Malaysia tetapi kemenangan Umno yang memimjam secara paksa dan perkosa calon MIC Kamalanthan.

Dan sekiranya benar dakwaan Zaid pengundi dibeli malam dan siang, itu bermakna penerimaan terhadap 1 Malaysia itu selepas pengundi dituba dengan wang ringgit, janji projek dan sebagainya. Penerimaan itu tentu juga kerana aksi provokasi yang menjadikan rakyat kampung menjadi kecut perut dan terpaksa memilih 1 Malaysia.

Sesungguhnya Najib tidak perlu selesa dengan hakikat yang dicerminkan dalam pilihan raya itu terhadap slogan 1 Malaysia. Apa lagi pengundi Hulu Selangor yang rata-rata dari kalangan rakyat yang tidak bebas pemikirannya, tidak bebas pergerakannya untuk membuat keputusan sendiri. Misalnya mereka yang yang berada dalam empat gugusan Felda adalah sebahagian besarnya mereka yang telah lama disuntik dengan pelali angguk dan terima saja apa yang ada.

Realiti ini boleh diperhatikan kepada aliran pengundian di mana peti undi dari gugusan Felda saja yang sarat dengan undi BN manakala peti undi dari luar berkedudukan hampir sama rata manakala peti undi yang dimonopoli China dan di peti undi kawasan bandar dikuasi oleh PKR. Kesimpulan mudah dari keadaan ini BN masih disokong oleh orang kampung, manakala Pakatan Rakyat disokong oleh orang bandar atau celik IT.

Persoalan mengenai Felda dan orang Melayu yang bernostalgia, bilakah mereka akan berubah? Merujakan saya apabila Orang Asli yang dianggap primitf dalam serba serbi tetapi kali ini menunjukkan mereka juga ingin kepada perubahan, beralih angin dari terus hanya menerima janji yang disumpitkan oleh BN kepada perubahan yang ditawarkan Pakatan Rakyat. Apakah Orang Asli akan mengalami tamadun kedua berbanding dengan orang Melayu tradisi?

Begitu juga Najib tidak boleh berbangga dengan kemenangan itu kerana ianya kerusi PKR sebelum ini dan Selangor adalah kerajaan. Kalau itulah alasan maka Pakatan Rakyat juga boleh berbangga seperti Najib itu kerana Pakatan Rakyat menerusi Pas berjaya merampas kerusi UBN di Kuala Terengganu dulu, dan negeri itu asalah negeri diperintah UBN.

Keseluruhan ini, dalam cacatan ringkas saya ini, saya melihat pilihan raya di Hulu Selangor itu walaupun PKR kalah tetapi kekalahan itu tidak membunuh semangat ahli dan para penyokongnya. Seperti mana kata Kahlid Ibrahim, kekalahan di Hulu Selangor itu membolehkan PKR menjadi titik tolak kepada kemenangan akan datang. Yang jelas dan nyata Zaid masih dapat mempertahankan sokongan rakyat kepada PKR tidak berubah.

Zaid sendiri dalam ucapan selepas kekalahan, berharap semoga rakyat Hulu Selangor akan menerima Pakatan Rakyat di masa akan datang. Kekalahan Zaid itu juga tidak memalukan dan masih bermaruah kerana beliau bukan kalah di gelanggang sendiri, tetapi kalah di rantau orang. Iya, sejauh mana kuat dan gagahnya kita bila berada di rantau orang , bila berlawan tentulah tepok soraknya dan sokongannya akan lebih kepada pihak lawan. Kekalahan di rantau orang lebih mulia dari menang dalam geluk dengan meminjamkan lambang orang lain.

Pada saya, dalam keadaan dagang tetapi masih tetap berjaya menjaga undi yang diperolehi Dr Zainal Abidin Ahmad (Allahyarham) 2008 dulu, ia adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Tahniah sekali lagi kepada Kamalanathan dan syabas buat Zaid dan PKR kerana dapat mempertahankan sokongan Pakatan Rakyat di negeri kawasan Hulu Selangor. [wm.kk. 9:30 am 26/04/10]

8 comments:

Izazulzilati said...

Tuan Hj. MSO,

Keputusan prk Hulu Selangor membuktikan dan saya berpandangan bahawa senario dan perjuangan politik di negara kita kini, terutamanya, adalah perjuangan 'semasa dan jangka pendek', di mana majoriti marhaen lebih menyanjung materialisme dan amat menghargainya.

Hanya sebahagian yang berfikir ke depan tentang nasib bangsa dan generasi akan datang untuk menghadapi kemelut rasuah yang mengalir dalam denyut nadi mereka yang berkuasa atau mereka yang ada hubungan dengan pihak yang memiliki kuasa.

Agama bukan lagi cara hidup tetapi sebagai satu adab dan budaya.

Dengan segala ancaman dan kecelaruan akhlak belia Islam, hatta anak pak imam pun merempit, cuba bayangkan secara insaniah bagaimana agaknya akhlak dari zuriat mat-mat rempit ini dalam masa 10 ke 20 tahun akan datang.

Di atas bahu dan wawasan siapa kita boleh harapkan perjuangan mengukuhkan jati diri muslim dan bangsa ini?

pis said...

artikel panjang tapi fikiran pendek, tidak ada ulasan kenapa undi cina meningkat dan setia kepada PR. adakah sokongan mereka kepada pas kerna mereka tertarik dengan perjuangan PAS? adakah sokongan itu kerna mereka mahu negara islam bawaan PAS? atau mereka tertarik dengan golongan melayu liberal dalam PKR untuk mencari keuntungan politik setelah untung dalam ekonomiselama ini. kerna apa? fikir-fikirkanlah wahai MSO

mohd sayuti omar said...

Saya minta sesiapa yang panjang akal boleh buat ulasan terhadap apa yang ditimbulkan oleh Encik Pis di atas. Menarik juga. Saya sedia untuk postkan dalam blog ini. Terima kasih.

nwa said...

sokongan dr msyrkt cina adalah kpd siapa saja calon yg bekerja keras dan ikhlas membantu mereka.mereka tidak akan menyokong calon yg menabur duit dan projek hanya ketika di musim PRK.Masykt melayu masih tidak berubah,dibuaikan dgn nostalgia,masih terawang2,dan sy yakin ini semua tidak akan berubah...sehinggalah golongan2 'nostalgia' itu sudah kembali bertemu pencipta mereka,maka pd masa itu generasi ke2 akan mengubah landskap politik m'sia..saya yakin itu semua

nazari said...

sy berkerja dgn syarikat cina, org2 cina pada hari ini sgt kagum dgn cara PAS yang dipimpin oleh nik aziz seorg pemimpin yg jujur dan ikhlas. sehinggakan dulu ofis sy tak ada tempat solat sekrg telah disediakan tempat solat,kerana kagum dgn tok guru. tuan mso..sorang pepimpin pas menelefon beliau untuk makan malam disebuah hotel dik.lumpur, bos saya telah mengeluarkan cash sebanyak RM3000, biasalah kalau orng UMNO call mesti bos saya kena bayar. bila tiba dihotel tersebut, bos saya terkejut pemimpin PAS tersebut telah membayar semua bill makanan tersebut, BOS saya hanya makan sahaja. Kalau dgn puak UMNO dah tentu RM 2000 bos saya kena bayar. Inilah salah satu contoh org cina telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

firdaus said...

seperti kepada bangsa lain yang menyokong PR utk melihat perubahan dan harapan baru, masyarakat cina juga menyokong parti tersebut utk tujuan yang sama

slogan 1 Malaysia di pandang sepi sahaja masyarakat cina kerana mereka tahu ia slogan munafik sahaja, tidak seperti Datuk Zaid Ibrahim yang mengaku salah kerana perbuatan terkutuknya dahulu yang meminum arak..

itu menimbulkan rasa kagum mereka kepada beliau dan utk itu mereka respect Datuk Zaid atas kejantanan dan kegentleman beliau selaku ahli politik yang matang dan profesional..

sama ada sokongan cina utk PR adalah faktor keuntungan yang disebut sdr Pis, yang nyata kesedian utk melihat perubahan memang telah jadi sesuatu yang mengujakan bagi mereka dan kepada sesiapa yang menyokong pakatan..

rozana said...

Tentera musuh Islam yang menjadi tawanan perang zaman sahabat dulu pun tertarik dengan keperibadian para sahabat lalu mengucap kalimah syahadah, apa lagi kaum cina di Malaysia yang berfikiran terbuka jika kita terus mempamerkan akhlak dan fikrah Islam sebenar di dalam bergaul dengan mereka. Ingat, umat Islam di China jauh lebih ramai dari umat melayu-Islam di sini.

Jashamsulnizam said...

Mengapa orang Cina tak sokong BN? Mengapa India dan Melayu berterusan menyokong BN?

Ini memang polemik menarik untuk dibincangkan.

1. Pengundi Cina adalah bebas berfikir sbb mereka rata2 tidak kesah dengan kemiskinan yang mereka miliki, sbb semasa mereka miskin, tiada siapa pun akan membantu. Sokong gerombolan pun mereka tak dapat apa2. Sokong pembangkang, supaya dapat juga lepas geram. 50 tahun, gerombolan tolong mereka apa? Skrg, PR kot2 boleh tolong sikit2 pun jadilah!

2. Pengundi Cina adalah bebas berfikir sbb mereka rata2 yang kaya atas usaha mereka sendiri tanpa bantuan orang gerombolan. Sanggup berhutang walau nyawa jadi taruhan dengan along dan bank. Jadi bila sudah kaya, mereka tahu itulah hasil kejayaan diri tanpa bantuan orang lain terutama gerombolan.

3. Hanya sebilangan Cina saja yang mesih hidup bergantung dengan gerombolan. Malah Cina sendiri merasa jijik untuk bergantung dengan gerombolan. Pada mereka, gerombolan ini adalah sama seperti kumpulan Mak Nyah. Mereka berasa geli-geleman melihat bangsa mereka yang tidak bebas berfikir dan hidup bersama golongan Mak Nyah.
(Kpd golongan Mak Nyah, jangan terasa yer, itu jer contoh yang saya ada buat masa sekarang ni, mungkin ada contoh lain lagi tepat, tapi ini jer contoh yang hampir tepat berdasarkan perlakuan2 gerombolan yang amat getik itu.)

4. Melayu terus menyokong gerombolan kerana, hidup pun susah, kalo sokong gerombolan, hidup mereka akan terus menjadi susah dan susah. Tak perlu hairan kerana apa mereka terus menyokong gerombolan. Melayu ini akan terus hidup membodek kerajaan kerajaan kerana asasnya mereka2 ini adalah golongan malas berfikir.

5. India pula, hahahaha sama dengan No 4 tadi. Bila bekerja, mesti kuat bodek kerana asalnya mereka adalah golongan malas berfikir dan juga masal bekerja macam Melayu juga. India = Melayu jer, bersaudara rasanya.

6. Mengapa semakin ramai yang kian menyokong bukan gerombolan? Ini kerana mereka merasakan mereka mampu berbuat sesuatu untuk negara LEBIH BAIK 8 juta persen dari apa yang gerombolan boleh buat. Gerombolan cuma bagi bila ada pilihanraya saja. Takdak pilihanraya, tobat sesen pun gerombolan tak bagi. Setiap sen, gerombolan pikir camana nak sapu abih licin. Tak cukup dengan abih licin, dia pikir pulak camana nak curi duit rakyat dan perbendaharaan negara lagi dengan memperkenalkan cukai2 yang pelik (alasan: tak bayar cukai, tak moden atau maju, idea bangang ke haper ni?), tibai dengan cukai harga minyak, dilelong nama subsidi supaya mewajarkan harga minyak naik.

Jadi hairankah kita Melayu ngan India terus menyokong gerombolan? Mengapa Cina berterusan tak nak sokong gerombolan?