Tujuan perjalanan hutan (adventure) singkat saya ke Gua Musang beberapa hari lalu hanya ada dua tujuan. Pertama, menemui para peneroka di Paloh yang dahagakan geran tanah setelah 30 tahun menjadi peneroka mareka masih berstatus penyewa atau kuli. Kedua ke perkampungan Orang Asli di Lambong dan Tohoi, di Kuala Betis yang terletak kira-kira 55 km dari bandar Gua Musang.

Benarlah kata orang jauh perjalanan bukan saja banyak letih tetapi banyak pengetahuan. Jauh perjalanan juga bukan saja sakit mata, tetapi luas pandangan bertambah maklumat yang

Pemdangan bukan saja menjadi sejuk dan aman dengan kehijauan hutan rimba dan bunyian desir air, tetapi juga sakit urat saraf dibuatnya apabila melalui jalan berliku-liku, lembah dan bukit bukau.

Saya pernah dengar beberapa nama perkampungan Orang Asli di Gua Musang. Semasa pilihan raya kecil Galas tahun lepas nama-nama kampung itu sering disebut dan banyak juga orang politik yang menjenguk perkampungan Orang Asli untuk berkempen. Pas dengan pendekatannya, mendakati Orang Asli dengan berdakwah, manakala Umno dengan cara tradisi jahilnya, memberi arak dan todi kepada Orang Asli supaya pangkah dacing.
Saya sendiri tidak pernah tengok macam mana rupa dan perangai Orang Asli. Yang saya pernah tenguk ialah Tok Batin yang pakai songkok dan baju batik lengan panjang ala-ala Tok Empat ataupun ketua cawangan Umno. Saya jumpa mereka ketika mereka di rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Bukit Katil, Gua Musang.
Ketika itu malam sebelum mengundi pilihan raya kecil Galas. Saya nampak ada dua tiga orang Orang Asli berjumnpa dengan Tengku Razaleigh dalam bilik rumahnya. Saya bertanya kepada pembantu Tengku siapa, dia, jawabnya tok batin. Tidak lama kemudian mereka keluar seorang demi seorang mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang berpapasan dengannya sambil tersenyum simpul.
Setakat itu sahaja pengetahuan saya mengenai Orang Asli. Jadi apabila Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamat mempelawa untuk mejelajahi kampung Orang Asli saya terus menyanggupinya. Lantas cari anak buah untuk pandu kereta dari Kuala Lumpur ke Gua Musang.
Dari bandar Gua Musang menuju Kuala Betis jalan elok setanding jalan-jalan luar bandar yang lain. Tidak ada lubang. Pemandangan kediaman ala tradisi mengasyikan mata memandang dan menjadikan perjalanan tidak terasa begitu jauh.

Memang benar pronda polis itu hanya menyekat lori balak saja. Semasa kami sampai di sekatan itu kebetulan sebuah lori balak tiba, polis hanya melepas lori berkenaan. Sebaliknya sebuah lagi lori ditahan setelah kami berada jauh dari sekatan jalan itu. Apakah helah polis berbuat demikian? Jauhari mengenali manikam. Atau Sharizat Jalil sahaja tahu apa yang berlaku dalam projek lembu gemuk (NFC).

Saya tertegun melihat suasana di kiri jalan menaiki bukit dan menuruni lembah. Adakalanya hampir tergolek ke bawah! Berpuluh-puluh lori balak yang membawa keluar balak. Di sepanjang perjalanan sejauh 55 km itu terdapat tiga kawasan dijadikan 'beta' balak dengan ribuan balak yang dilonggok untuk dibawa keluar.

Saya boleh mengira kenapa keadaan itu berlaku kerana kegiatan pembalakan di sepanjang tebing sungai berkenaan. Kawasan pembalakan sudah menjauhi dan melewati beberapa perkampungan Orang Asli. Kampung Orang Asli yang dulu jauh di pedalaman kini sudah terinsut ke pinggir jalan besar. Mungkin kerana inilah menyebabkan Orang Asli naik minyak memprotes apabila kawasan 'ranyai' mereka diganggu.

Sebenarnya kehidupan Orang Asli masih belum terancam benar. Tetapi mereka sengaja bangkit atas suruhan untuk mempertahkan kawasan mereka. Guna tindakan itu bagi membolehkan pihak tertentu menjalani kegiatan mengkrstiankan Orang Asli tanpa diganggu.

Antara yang ditemui ialah lima biji mangkok daripada tanah liat dikebumikan bersama si mati sebagai bekalan di alam kubur. Pada tangannya terdapat seramik gelang tangan yang bersaiz besar. Usia artifek ini sekitar 1,000 BC. Kajian eskavesi dijalankan oleh teologis British bernama Gale Sieveking pada tahun 1954.


Mengenai perkampungan Orang Asli saya tidak bercadang untuk mencatatnya di sini. Tetapi cukup kalau saya katakan dalam perhatian saya Orang Asli memang sukar untuk menerima perubahan terutamanya mengenai kemanusiaan mereka sebagai hamba Allah. Pun begitu kerajaan dan termasuk juga JHEO tidak seharusnya mudah mengalah dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka.
Yang boleh diperkatakan Orang Asli harus didampingi sepanjang hayat mereka, sekiranya kita mahu mereka keluar dari alam keaslian mereka yang semulajadi itu. Program apa yang dinamakan Pengambaraan Kreatif Menghurai Permasalahan Orang Asli yang dikerjakan oleh Adun Limbongan menerusi Ngonya itu patut dicontohi oleh badan-badan kebajikan lain. [wm.kl.10:10 pm 23/02/12]
No comments:
Post a Comment