Siasat Dakwaan Hasan Akidah
Cadangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim agar pihak berkuasa menyiasat dakwaan demi dakwaan dibuat Hasan Akidah kononnya berlaku pelbagai bentuk aktiviti cuba memesongkan akidah umat Islam (Kristinisasi) perlu disokong seratus peratus.
Pihak berwajib terutamanya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mempunyai kuasa menyiasat dan mendakwa perlu bertindak segera.
Agensi lain termasuk polis Di Raja Malaysia juga boleh membantu di dalam soal ini untuk menangkap mana-mana pihak yang telah melakukan pemesongan akidah. Benar kata Khalid dakwaan Hasan Akidah itu boleh menimbulkan rasa kurang senang di negeri itu.
Hasan Akidah sebelum ini telah mendakwa berbagai aktiviti pemesongan akidah dilakukan pihak tertentu di negeri Selangor. Semalam beliau mendedahkan ada paderi berjubah telah melakukan kegiatan pemesongan akidah. Sebelum ini ada kitab Injin berkuasa solar dan macam-macam bentuk dan peralatan digunakan untuk melakukan permurtadan.
Sebelum ini Hasan semasa menjadi Exco mendedahkan kononnya sebuah gereja di Damansara telah mengadakan majlis makan malam yang mana majlis itu bertujuan untuk mengkristinisasikan umat Islam.
Bukan main lagi bersungguh Hasan dengan masalah itu seperti terlihat kapal UFO di Kuala Selangor. Beliau telah mengeluaran senarai nama-nama yang telah pun jadi Kristian. Kononnya juga pihak Jais yang dibawah kawal selia beliau akan mendakwa orang-orang yang murtad itu. Hasan tidak semena-mena dinobat sebagai hero pembela akidah? Uekkkh...
Apa jadi akhirnya dengan semburan air liur Hasan Akidah itu. Tidak ada pendakwaan ke atas orang yang dituduh Hasan itu. Iya berakhir apabila Sultan Selangor memberi amaran keras kepada pihak yang kononnya bersalah.
Kenapa beri amaran? Soalnya apakah boleh masalah murtad dan pemesongan akidah itu diberi maaf? Dalam surah mana di dalam Quran memberi komprami dalam kes-kes pemurtadan?
Macamlah juga seorang sultan memberi pengampunan kepada seorang wanita yang mengaku minum arak dan sedia untuk disebat mengikut syariat Islam. Sutlan berkenaan tidak akan dapat memberi pengampunan dalam soal agama dan sultan juga tidak boleh tanggung dosa pesalah jenayah agama. Jelas sekali sultan berkenaan tidak faham dengan hukum agama dan juga nawaitu perempuan itu yang mahu mensucikan dirinya.
Dalam kes permudtadan yang didakwa Hasan itu Sutlan Selangor tidak patut memberi amaran dan sepatutnya membenarkan Jais mendakwa orang-orang yang dituduh murtad itu. Bila ia digelapkan secara begitu menyebabkan orang akan persoal apakah Hasan Akidah berkata benar atau sekadar berilusi sahaja.
Hasan Akidah juga tidsak perlu main sorong tarik dalam hal ini. Beliau perlu dedahkan apa yang didakwa diperolehi itu. Kalau setakat mendedahkan rakaman tape mengenai pengakuan seseorang kononnya dia sudah terjebak dengan Kristianisasi ia tidak valid dan orang boleh kata Hasan Akidah mereka-reka cerita untuk membenarkan apa yan didakwa itu.
Saya berharap Jais akan mengambil tindakan segera ke atas apa yang didakwa itu. Jais juga harus mendapat penjelasan dari Hasan Akidah atas apa yang dikatakan itu. Kalau Hasan Akidah gagal membuktikan apa yang dituduh itu Hasan perlulah dikenakan tindakan. Cara Hasan itu telah melakukan fitnah agama dan menyebabkan timbul ketegangan di kalangan umat dan masyarakat negara yang yang berbilang kaum.
Saya percaya selepas ini Hasan yang pandai bercakap akan mereka pelbagai cara lagi untuk menarik perhatian orang ramai kalau dakwaanya itu dibiarkan begitu saja. Hasan tampaknya cuba menjadi isu kristinisasi untuk mencungkil populairinya sebagai pejuang agama. Mungkin dia akan membuat pendedahan bahawa di dalam setiap masjid di Selangor kini ada tujuh orang mubaligh Kristian yang menyamar majadi utasz dan juga bomoh yang mengubat orang ramai secara pendekatan kerohanian.
Pun begitu dakwaan Hasan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja. Tetapi sejauh mana ia benar atau tidak pihak berkuasa kena menentukannya. Hasan sendiri perlu berani dan lebih bertanggungjawab dengan apa diucapkan dan tidak seronok beretorik apabila tv penjilat menyuluh kamera ke mukanya.
Kalau Hasan tidak membuktikan apa yang dikatakan itu maka jelas Hasan Akidah pembohong besar dan wajar dianugerahkan gelaran pembohong negara. [wm.kl.7:25 pm 22/02/12]
No comments:
Post a Comment