Saya tidak cerat dari mana sumbernya satu kisah yang diceritakan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz kepada saya di satu ketika saya bersama di pejabatnya di Kota Bharu. Kalau tidak silap saya, kisah itu bersumber dari satu kisah dalam al-Quran Nur Karim. Ceritanya tentang seorang perempuan tua.
Perempuan ini hari-hari kerjanya memintal seutas tali. Dia akan pintal dari pagi sampai ke petang dan sesudah tali itu siap dijalin dia akan merombak kembali. Esoknya dia akan pital semula dan bila sudah siap dia akan rombak lagi. Begitulah kerjanya seharian.
Saya tidak tahu kepada siapa cerita itu ditujukan oleh Tok Guru. Lupa apakah keadaan yang berlaku pada saat cerita itu disampaikan. Namun bila mengingti kerjaya perempuan tua (yang gila saya rasanya) memintal tali kemudian merombak semula ia membawa tafsiran satu perbuatan seseorang yang melakukan kerjanya sia-sia, tidak berkesudahan atau hilang matlamat dan fokusnya maka teringatlah saya kepada ahli politik yang kaya raya bernama Zaid Ibrahim. Anologi perempuan itu sangat pantas untuk ditempelkan kepada Zaid.
Merngapa dalam masa realtif singkap Zaid sudah mencipta berbagai-bagai sejarah dalam game politiknya, dari segi lompat parti dan masuk parti dan keluar parti rekod yang dicatatnya hampir menyamai apa dilakukan Inchek Ibrahim Ali.
Zaid bermula dari menjadi ahli Umno kemudian digantung, diterima balik kemudian keluar menyertai PKR. Selepas menyertai PKR keluar parti dan menubuhkan parti baru bernama Kita. Hari ini terdengar pula desas desus beliau hendak membubarkan Kita.
Quo-vadis Zaid selepas ini? Apakah dia akan bersara dari politik? Kalau dia bercadang untuk terus berpolitik parti manakah agaknya yang cuba diintai dan mencari peluang untuk menggapai sesuatu yang terpendam dalam hatinya. Apakah Pas? Tidak mungkin rasanya untuk ahli Pas bersedia menerima orang seperti Zaid kecuali Zaid sedia membayar tunai dengan harga yang boleh membelakkan mata orang Pas?
Kemungkinan DAP. Dua orang kawannya sudah pun menyertai parti berkenaan. Apakah dua orang kawannya itu merupakan duta khas yang dihantar Zaid untuk merintis jalan dan mengenal peluang lebih luas dalam DAP? Kita tunggu perkembangan selanjutnya kerana politik tidak berhenti setakat jam 3:00 petang saja.
Zaid dalam tilikan saya bukan seorang memperjuangkan apa-apa idealisme atau ideologi. Dia hanya mahukan kebabasan dan kepuasan batinya saja. Lantaran itu dia tidak perlu memilih wadah yang mempunyai dasar-dasar tertentu yang mampan. Sekiranya Umno boleh memenuhi kehendak nalurinya dia tidak mustahil akan ‘koner’ balik kepada Umno.
Dalam memperjuangkan hak peribadinya atau memenuhi tuntutan amarahnya dia tidak akan peduli kepada soal maruah dan masa depan pengikutnya. Yang dia penting adalah kepuasan dirinya. Dalam konteks hari ini dia hanya mahu menjadi ahli Parlimen itu saja. Dia memerlukan Parlimen untuk dijadikan kelab menghilang puas duduk di rumah dan bagi memenuhi masanya yang banyak terluang. Mungkin kelab-kelab eksekutif sosial lain sudah tidak seusai dengan usianya yang sudah menjangkau 60 tahun.
Dia mungkin memerlukan satu kerusi di parlimen untuk dijadikan ruang perlarian esapism atau untuk sesekali berlaga minda mencetuskan kontroversi bagi menyedarkan orang ramai bahawa dia masih ada di dunia ini. Perhatikan tindakan dan kerenah Zaid ada kalanya mengundang kontroversi dan memperlihatkan akan keunikan seorang manusia bernama Zaid. Dia boleh bertindak bercanggah dengan arahan atau prinsip-prisip dan resolusi parti serta dia juga boleh tidak bersetuju dalam semua hal walaupun tindakan itu boleh membakar dirinya.
Justeru untuk mencapai hasrat itu – menjadi ahli Parlimen lebih mudah secara solo atau dengan mencelah di ruang-ruang lain dari menerusi sebuah parti politik yang harus diberi makan dan minum untuk kesenimbungan hayatnya. Iya setelah menjadi ketua parti tidak sampai dua tahun Zaid sudah dapat mengukur kebolehannya dan mengenal masalahnya. Maka dia mengambil jalan untuk membubarkan parti yang ditelorinya sendiri.
Ternyata Zaid sudah mendapat keputusan dengan Kita bahawa dia bukan sepopular Anwar Ibrahim. Bahawa watak demokratik liberal yang cuba ditonjolkan Zaid tidak disukai oleh orang ramai atau orang ramai tidak memahami apa yang menjadi buah fikiran Zaid yang kadang kala bertentangan dengan saraf agama dan budaya bangsa.
Tindakan dia membubar Kita adalah bagus dan satu tindakan bijak menyelamatkan kewangannya. Lagi lama dia memelihara Kita lagi banyak wangnya habis. Kita tidak ubah seperti lembu mandul yang makan banyak tetapi tidak beranak. Sepatutnya sebelum dia menubuh Kita dia berjumpa dengan Tengku Razaleigh meminta nasihat dan bertanya berapa banyak Tengku Razaleigh habis apabila tubuh Semangat 46. Katanya Zaid ada berjumpa Tengku Razaleigh tetapi dia mungkin terlupa untuk bertanya hal itu.
Boleh jadi juga Tengku Razaleigh sudah menasihatnya tetapi Zaid adalah seorang yang sukar untuk mendengar nasihat orang.
Membubarkan Kita satu segi Zaid selamat tetapi dari sisi lain orang melihat Zaid tidak ada wibawa. Tindakan itu menjelaskan dia seorang yang berterus terang tetapi sebenarnya dia merosakan reputasi dirinya sendiri sebagai ahli politik. Tidak ada siapa yang akan simpati dan menerima rasa rendah diri dan keinsfaaanya itu. Kesilapan dia itu bukan menidak harga dirinya tetapi orang melihat bagaimana dangkalnya Zaid.
Memerhati sikap dan pegawai Zaid ini juga saya merasa pelik. Satu masa dia menyaman saya menuntut R10 juta kerana artikel saya dianggap sebagai merosakan reputasi dia sebagai pemimpin. Menuduh dia seorang diktator dan juga seorang mengamalkan rasuah. Tetapi di masa lain dia sendiri mencadangkan agar partinya dibubarkan dengan alasan-alasan menjelaskan kesilapannya sendiri. Apakah erti dan makna semua itu?
Dalam mata saya jelas Zaid tidak ubah seperti perempuan yang disebut dalam kisah di atas tadi, dia melakukan kerja yang tidak pernah selesai, sia-sia dan sekaligus ini menggambarkan pemikiran Zaid tidak ada kesudahan. [wm.kl.11:56 am 04/02/12]
1 comment:
Hanya mencari publisiti untuk mengatakan pada dunia, "aku masih wujud!"
Post a Comment