Sunday, February 26, 2012

Celoteh Murai 06/12

Rais Yatim Tidak Kena Denggi?

Lama
Murai tak dengar Rais Yatim berkokok, apakah dia sudah kehabisan suara atau modal untuk bernyanyi memuji Najib dan Rosmah? Boleh jadi juga sebab banyak sangat suara dan modal yang digunakan untuk mengagungkan Najib. Kalau tidak hari-hari orang dapat dengar Rais berkokok sampai Murai naik muak dan nak jeluak. Dalam tv 1 dan rtm tak ada suara orang lain, hanya suara dia saja.


Semua hal dia nak ambil tahu dan semua dia nak komen. Kalau boleh Murai rasa jika disuruh jadi juruhebah menyiarkan lagu-lagu lama pun dia mahu. Begitulah lagak orang perasan dia pandai bercakap dan bahasa yang berbunga-bunga. Kerana terlalu banyak sangat bunga ada kala bahasa Rais tidak berbuah pun selain retorik semata-mata.

Mengapa keadaan jadi begitu tidaklah pula Murai tahu. Tetapi akan kebisuan atau pun pengenduran Rais itu sangat ketara sejak ke belakangan ini. Semalam Murai bertanya kepada seorang kawan, apakah Rais kena denggi kerana jarang mendengar suaranya. Kalau orang kena denggi memang begitu malas nak bercakap dan tubuh juga lemah gemulai.

Menurut kawan itu Rais tidak kena apa-apa penyakit, apa lagi denggi. Tetapi akuinya memang Rais sehari dua ini tidak berapa galak. Beliau dikatakan kena marah oleh Najib? Aik... orang tua pun nak sudah tahu marah-marah ke?

Khabarnya Najib marah kerana populariti Rais dalam Fb atau blog tidak begitu merangsangkan. Pencapaian Fbnya tidak seperti mana diharapkan. Rakan Fb Rais katanya jauh lebih rendah daripada angka yang diharapkan.
Teguran Najib itu sungguh menyinggung hati Rais. Iyalah orang tua kalau dimarah tentu malu. Rais lebih tua dari Najib walaupun isterinya berlagak macam orang muda, selalu ikat rambut ekor kuda.

Gara-gara itu kata kawan itu Rais jadi tidak berapa muna. Dia muram durja macam orang kematian bini. Jarang bercakap dan cepat meradang. Sebagai melepaskan geramnya katanya dia memecat setiausaha akhbarnya 24 jam. Rais menyalahkan kepada setiausaha akhbarnya sehingga dia ditegur oleh Najib.

Tidak cukup itu Rais juga telah mengarahkan salah seorang pengarah di bawah kementeriannya ditukar serta merta. Salahnya bukan apa saja kerana pengarah berkenaan tidak mengikut kehendak Rais mengganti satu perkataan yang sudah menjadi kelaziman kementerian guna pakai dalam menyediakan banner atau pun kain rentang untuk satu majlis.

Katanya Rais mahukan perkataan lama itu ditukar dengan perkataan baru - yang direka sendiri.
Entah macam mana pegawai itu merujuk kepada bahagian adat istiadat dan protokol mendapat perkataan lama masih dipakai dan ia digezet. Jadi pengarah itu tidak menggunakan bahasa atau perkataan Rais itu. Gara-hara itu menteri itu meradang dan mengarah pengarah itu ditukar serta merta.

Wah bengkeng juga Rais ini. Murai tenguk dia lembut dan penuh diplomasi. Tetapi sekali kena herdik ke bos, terus jadi hilang punca dan jatuh segala kehebatannya. Murai hendak sebut di sini kepada Rais ingatlah bila bos anda sudah marahkan anda ini bermakna nasib dan hayat politik anda sudah semakin menirus. Mungkin juga pujian dan cara anda menggunakan rtm untuk memuji Najib sudah memakan diri sendiri.

Segala projek bina imej Najib yang ada buat terjadi sebaliknya, bukan naik tetapi semakin merudum.


Murai: Rais selamat berundur.
Post a Comment