Seperti mana yang diduga awal-awal Ahli Parlimen Temerloh Saifuddin Abdullah diberitakan tidak akan diturunkan sebagai calon Umno dalam pilihan raya umum akan datang, tampaknya ada tanda-tanda akan menjadi kenyataan.
Saifuddin: Digugurkan? |
Katanya Adnan dan veteran Umno Pahang tidak begitu gemar dengan cara dan pengenalan pendekatan politik baru yang cuba diterapkan oleh Saifuddin. Saifuddin adalah antara tokoh muda dalam Umno yang cuba mempraktikan politik baru yang bersifat profesional dan matang tanpa bersikap tegar kepada ideologi Umno.
Menerusi pendekatan ini beliau turut mengkritik dasar atau pun sikap parti yang bertindak keras kepada pihak yang mengkritiknya. Saifuddin juga telah membuka banyak ruang perbincangan dengan golongan muda dan tidak malu-malu mengakui kesilapan kerajaan dalam menangani kaum remaja.
Layanan istimewa beliau kepada golongan mahasiswa sesuai dengan perubahan masa juga tidak disenangi dan ia dilihat seolah-olah tindakan itu memberi kemerdekaan kepada golongan mahasiswa. Mahasiswa pula menyenangi cara Saifuddin melayani mereka.
Ekoran pengguguran itu kerusi Temerloh yang kini disandang oleh Saifuddin besar kemungkinan akan diserahkan kepada Ismail Sabri Yaacob yang dikatakan berdepan dengan masalah di kerusinya di Bera. Dalam pilihan raya lalu Ismail Sabri menang dengan majoriti 3,821.
Beliau dikatakan menghadapi masalah dalam pilihan raya ini apabila peneroka Felda di kawasan itu tidak begitu menyenang dengan tindak tanduknya yang seolah-olah tidak membela para peneroka.
Bagi menghalalkan penyingkiran Saifuddin isu peribadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu disebar luaskan. Antaranya isu peribadi yang dimainkan mengenai hubungan beliau dengan keluarganya tidak begitu rapat dan mesra.
Adalah sesuatu yang merugikan Umno sekiranya tokoh muda seperti Saifuddin itu dimatikan awal bukan kerana kelemahannya tetapi kerana perasaan cemburu kepada idea-idea yang dibangunkan dalam Umno untuk merubah parti berkenaan menjadi sebuah organisasi siasah yang progresif.
Sebelum ini saya sudah melaporkan Saifuddin di antara enam Ahli Parlimen yang mungkin tidak akan dicalonkan ini termasuklah Khairy Jamaluddin. [wm.kl.5:25 pm 18/02/13]
No comments:
Post a Comment