Tuesday, February 19, 2013

Tiga Ketua Bahagian Umno Kelantan Sudah Hampir Pasti Tidak Jadi Calon

TINJAUAN RASA                                                                                                              

Umno Kelantan mungkin akan mengguna kembali formula pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang membawa kemenangan besar kepada parti itu yang hampir berjaya merampas Kelantan. Umno menang 21 kerusi daripada 45 kerusi state. Formula waktu itu dengan mensyaratkan semua ketua bahagian bertanding di kerusi state.

Mustapa Mohamed
Formula itu kemungkinan dipakai semula pada pilihan raya umum ke-13 ini, bagaimana pun dengan sedikit pindaan apabila terdapat beberapa ketua bahagian dikatakan akan dirihatkan kerana menghadapi masalah peribadi bagi mengelakkan peluang Umno terjejas untuk menang.

Dalam pilihan raya 2004 itu hampir semua ketua bahagian bertanding dikerusi state. Mustapa Mohamed ketua bahagian Jeli yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika itu bertanding di kerusi Air Lanas, disamping kerusi parlimen Jeli. Beliau menang dikedua-dua kerusi.


Annuar Musa ketua Umno bahagian Ketereh bertanding dikerusi Kok Lanas, Ramzi Abdul Rahman ketua bahagian Kuala Krai bertanding di kerusi Dabong,  Nor Zaidi Omar ketua bahagian Tumpat bertanding  kerusi Pengkalan Kubur semuanya menang.

Mohd Fatmi Che Salleh
Begitu juga dengan ketua bahagian Pengkalan Chepa, Pasir Puteh, Kota Bharu, Machang, Rantau Panjang dan Pasir Mas bertanding dikerusi state tetapi kalah.  Hanya ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama ketua Umno Bachok Awang Adek Hussein yang bertanding di kerusi parlimen kedua-duanya menang.

Disebabkan formula 2004 itu membawa kejayaan besar, khabarnya ia akan digunakan sekali dalam pilihan raya ke-13 bakal menjelma beberapa minggu lagi, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Mustapa Mohamed yang diura-ura akan menjadi MB sekiranya UBN menang akan bertanding di kerusi Air Lanas di samping mengekalkan kerusi parlimen Jeli.

Langkah Mustapa bertanding dua kerusi itu dianggap sebagai kurang bijaksana dan menyerlahkan Umno masih belum konfiden untuk menang. Seeloknya beliau hanya tumpukan di kerusi Air Lanas saja.

Ketua bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yang sebelum ini diberitakan akan digugurkan bersama ketua bahagian Rantau Panjang, Abdullah Yassin dan ketua bahagian Kubang Kerian Fauzi Husin, kemungkinan besar diturunkan sebagai calon atas maslahat untuk tidak menjadi masalah kepada Umno. Pun begitu kedudukan Abdullah dan Fauzi masih berteka teki samda ada bertanding atau tidak.

Ramzi Abdul Rahman
Sementara Dali Husin katanya diberi peranan untuk menawan kerusi parlimen Pengkalan Chepa.

Zawawi dan Dali Husin walaupun tidak begitu kondusif untuk Umno tetapi mereka diberikan kerusi bagi mengelakkan parti terjejas kerana kemungkinan ada gangguan disebabkan mereka tidak dicalonkan.

Kerusi parlimen Pasir Puteh akan diserahkan kepada Kamaruddin Md Nor, manakala kerusi parlimen Rantau Panjang sehingga hari ini Umno belum dapat memastikan sama ada meletakkan semula Affandi Yusuf ataupun bekas ketua bahagian Mohd Zain Ismail. Seorang sarjana juga disebut-sebut akan diletak di Rantau Panjang.

Ketua bahagian Tanah Merah, Ikhma Ihsan Abdul Aziz, ketua bahagian Kuala Krai, Ramzi Abdul Rahman, ketua bahagian Machang, Jazlan Yamud masing-masing akan diletakkan di kerusi parlimen. Hasrat Ramzi untuk berpindah ke parlimen mungkin menjadi kenyataan apabila calon boleh menang Dr Junaidi Abu Bakar katanya sudah menggendur. Yang sudah pasti tidak akan diletakkan dimana-mana kerusi ialah Annuar Musa, Abdullah Mat Yassin dan Fauzi Husin.

Md Alwi Che Ahmad
Kerusi Ketereh diserahkan kepada timbalan ketua bahagian Ketereh, Md Alwi Che Ahmad. Alwi pernah memang dikerusi parlimen Ketereh tahun 2004. Dalam pada itu khabarnya Annuar sedang melakukan serang saraf dan lobi perigkat "apollo" bagi memastikan dia akan diletakkan bertanding di Ketereh. Parlimen Kubang Kerian akan diserahkan kepada Anuar Shafin  ketua pemuda.

Pengguguran Annuar Musa sebagai calon dalam pilihan raya kali ini akan menjadi satu kejutan besar kepada Umno dan disifatkan tindakan itu satu keberanian bukan Umno Kelantan tetapi Umno Kuala Lumpur.

Manakala kedudukan ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat masih menjadi teka teki ekoran beliau dikatakan lebih berminat untuk bertanding di kerusi state Tendong. Hanafi yang dikatakan bermain 'ciku cap' dengan Ibrahim Ali demi memastikan beliau menang.

Awang Adek Hussein
Bagaimana Umno baik di bahagian Pasir Mas, Kelantan dan Kuala Lumpur sukar untuk memberi laluan kepada Ibrahim keadaan ini menyebabkan Hanafi tersempit. Sekiranya 'formula' mengenai kedudukan Ibrahim dengan Umno gagal dicapai besar kemungkinan Hanafi diletakkan di parlimen Pasir Mas atau kerusi state Pengkalan Pasir.

Kedudukan ketua Umno Tumpat Noor Zaidi Omar yang juga dikatakan sebagai bakal MB yang direzebkan akan kekal di kerusi Pengkalan Kubur.

Ketua bahagian Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu sekali lagi. Fatmi pernah tewas dua kali sekali di state dan sekali di kerusi parlimen Kota Bharu. 

Dengan susunan itu ini bermakna sekurang-kurangnya tiga ketua bahagian tidak akan dicalonkan dan 11 ketua dicalonkan semula. Itupun bergantung kepada perkembangan di saat-saat terakhir. [wm.kl.5:23 pm 19/02/13]

No comments: