Friday, February 22, 2013

Pegawai Kerajaan Akan Dapat Duit Undi?

BERITA SERKAP                                                                                                                

Dua tiga hari lalu Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan kakitangan kerajaan akan bakal menerima hadiah dari kerajaan dan perkara itu akan diumumkan sendiri oleh perdana menteri, Mohd Najib Razak. Muhyiddin tidak memberi tahu apakah bentuknya dan apakah ianya sebagai 'upah' untuk mengudi UBN dalam pilihan raya.

Pegawai kerajaan tentu ternanti-nati apakah bentuk ganjaran itu. Mereka juga faham ganjaran atau hadiah yang akan diumumkan Najib Razak itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Ganjaran itu juga sebagai menunjukkan keprihatinan dan kebaikan budi kerajaan.

Apakah hadiah itu. Dari sumber pegawai atasan memberi tahu, Najib akan mengumumkan elaun perumahan pegawai kerajaan akan dinaikkan sehingga RM300, di samping kenaikan gaji bagi kalangan pegawai kerajaan yang tangga gajinya sudah mati.

Dengan dua ganjaran ini bermakna kakitangan kerajaan akan memperolehi antara RM300 hingga RM500 untuk perbulan. Pemberian ini sama dengan jumlah atau nilai BR1M yang kerajaan berikan kepada rakyat yang berpendapatan di bawah RM3,500 sebanyak RM1,000 meneruswi BR1M satau dan BR1M dua.

Dipercayai Najib akan membuat pengumuman perkara ini minggu depan mungkin sebaik saja selepas himpunan minggu dengan kakitangan kerajaan di Putrajaya.

Apakah signifiken yang boleh difahami dengan ganjaran ini, bahawa benarlah maklumat dan cakap-cakap yang didegari bahawa sokongan kakitangan kerajaan kepada UBN semakin merosot. Dikatakan tidak sampai 60 peratus kakitangan kerajaan menyokong UBN.

Perubahan itu bukan saja melibatkan pegawai bawahan peringkat kakitangan sokongan tetapi ia juga melibat kaki btangan peringkat pegawai tinggi.

Apakah dengan pemberian ganjuaran atau hadian ini akan merubah persepsi kakitangan awam kerajaan kepda kerajaan UBN? [wm.kl.8:55 pm 22/02/13]
Post a Comment