Saturday, February 23, 2013

Perhatian

Para penjengok blog Merah Tinta yang budiman dan dikasihi. Sesiapa saja boleh membuat komen, baik berupa pandangan, teguran dan kritikan ke atas-apa posting yang dibuat tetapi biarlah ianya merupakan komen yang bermanfaat dan dapat diambil sebagai bahan renungan.

Jangan prejudis atau menyangka saya hanya memilih komen tertentu saja. Saya juga akan menyiarkan komen dari mana-mana juga pihak tanpa memilih warna bendera parti dan ideologi politik. Asalkan komen itu bertanggungjawab, menggunakan bahasa yang sempurna tidak maki hamun ataupun berunsur fitnah, akan disiarkan.

Ke belakangan ini semakin banyak komen yang masuk, tetapi tidak semua dilepaskan. Seperkara lagi tidak payah mencabar saya untuk memastikan komen anda dilepaskan dengan kata-kata, "kalau berani siarkan komen ini," atau "mana kau berani siarkan komen ini ngok" dan sebagainya. 

Komen-komen disiarkan tanpa melihat cabaran itu tetapi dilihat kepada isi komen berkenaan berfaedah ataupun tidak ataupun ia mencerminkan komen dari orang tahu nilai erti ketamadunan. Mana-mana komen yang bermutu tinggi 'membagarkan' sebuah tulisan beretika akan disiarkan tanpa dicabar atau pun diugut. 

Salam MSO.
Post a Comment