Monday, February 4, 2013

PAS Semarakkan Program Menang Pilihan Raya

CELEHAN TENGAHARI                                                                                                        

Sehari selepas mengadakan seminar Road Map Ke Putraja yang melibatkan 1,000 petugas dan jentera pilihan raya PAS, parti Islam itu mengadakan satu lagi program dinamakan Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS bertempat di sebuah hotel di Jalan Ampang semalam. Program semalam adalah kesenimbungan kepada seminar Road Map ke Putrajaya yang maksudnya menunjukkan kesiapsiagaan PAS dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Dari kanan: Tengku Peduka, Hanafiah, Tamrin, Mazlan dan Tuan Ibrahim
Kalau seminar di  The Mines terhad di kalangan jentera dan pimpinan PAS, tetapi program di Ampang semalam terbuka kepada umum khususnya di kalangan para pemuka dan tokoh-tokoh yang baru bersama PAS. Mereka adalah terdiri dari bekas pimpinan Umno, pasukan keselamatan, tokoh agama, pegawai tadbir, diplomatik, artis, NGO dan lain-lain.

Dengan kehadiran mencecah 500 orang memberi pertunjuk sambutan dan minat pelbagai golongan terhadap PAS muasir ini sungguh memberangsangkan dan memberi petanda bahawa PAS bakal menjadi parti utama di masa akan datang.
Penyertaan berbagai golongan profesional itu menunjukkan PAS bukan lagi parti kampung di mana keahlian terikat di kalangan guru-guru pondok atau pun ustaz kampung sahaja.

Antara mereka yang sempat dilihat semalam ialah Tengku Paduka Raja Terengganu, Tengku Ibrahim Ibni Almaruh Sultan Nasiruddin Shah, bekas pemimpin Umno dan Parti Semanat 46,  Tamrin Ghafar, bekas Exco Pemuda Umno Malaysia di zaman Anwar Ibrahim, Yahaya Lampong bekas timbalan menteri kerajaan Pusat, Fauzi Shaari bekas ketua siasatan jenayah Bukit Aman, bekas timbalan Penglima Angkatan Tentera Darat (lupa nama).

Nahrawi bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan Selangor (Jais) Abu Hanafiah bekas Pengerusi Tabung Haji, Abdullah Ali bekas pemin bola sepak, Muhammad Faizal Che Yusof pengerusi Orang Kurang Upaya (OKU), dan lain-lain.

Mereka dan para tetamu lain dirai oleh pemimpin PAS yang diketuai Presiden Abdul Hadi Awang, timbalan Muhammad Sabu dan ketiga-tiga naib presiden Salalhuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Mustapa Ali dan lain-lain. Tidak kelihatan atau mungin keuzuran ketua dewan muslimat dan ketua dewan pemuda.

Suasana majlis semalam terserlah kebahagiaan dan memberangsangkan. Suasana mahabbah itu menggambarkan keyakinan PAS bersama Pakatan Rakyat akan mengambil alih pemerintahan negara begitu tinggi sekali. Keyakinan ini dipancarkan dari ucapan-ucapan ringkas yang disampaikan oleh para pemuka yang hadir. Mereka rata-rata melahirkan harpan dan keyakinan PAS dan Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Malaysia pada pilihan raya kali ini disifatkan satu pilihan raya luar biasa. Masing-masing mendakwa sokongan kepada PAS sungguh mengejutkan.

Sebahagian yang hadir bergambar kenangan.
Tepat, suasana yang ditonjokkan semalam belum pernah terjadi sebelum ini di mana selalunya PAS menghadapi pilihan raya secara bersendirian tanpa simpati dan sokongan terbuka dari mana-mana pihak. Tetapi hari ini apabila seorang demi seorang tampil mengisi borang menyertai PAS kemudian duduk sepentas dengan pemimpin PAS menjadi penceramah, penggerak dan aktivis ia memberi senario baru yang belum wujud.

Khabarnya minggu depan seorang lagi bekas pegawai tinggi polis akan diistyharkan sebagai ahli PAS.

Sudah tentu dengan kehadiran para pemuka dan tokoh dari pelbagai fraksi, termasuk bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan, ia menambahkan kekuatan PAS sekaligus mereka menjadi pemangkin kepada kerjaaan Pakatan Rakyat. Segala pengalaman, rahsia akan keburukan dan kebusukkan kerajaan UBN yang diketahuinya akan digunakan untuk mempengaruhi rakyat agar menolak parti yang memerintah sudah lebih 55 tahun itu.

Apa yang menarik, khabarnya beberapa pemuka baru PAS itu akan turut disandarkan sebagai calon dalam pilhan raya nanti. Dengan pengalaman, pengaruh dan syaksiah masing-masing ia dikira boleh menarik sokongan. Misalnya, bekas panglima tentera darat, bekas Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari sudah tentu akan membuka pintu hati anggota pasukan keselamatan polis dan askar yang bersara untuk memberi sokongan kepada PAS. Kehadiran mereka ke dalam PAS memberi nilai tambah bukan sedikit.

Dengan ada bekas-bekas jeneral dan pegawai tinggi polis ia menggambarkan bahawa PAS sudah menjadi sebuah parti global dan bukan lagi parti tepian yang menjaga kepentingan Melayu dan agama saja. Dan semacam semua ini juga telah diaturkan PAS untuk menyelamatkan parti Islam itu, pemergian beberapa pemimpin PAS yang tidak sabar, berjiwa kecil dan 'pelahap' kuasa diganti oleh mereka. Mahal adilnya Allah tuhan kita.

Sekalung tahniah dan syabas kepada PAS khasnya Naib Presiden Salahuddin Ayub yang menjadi pengarah kepada himpunan berkenaan. Sedikit ingatan untuk Sallahuddin atau mana-mana penganjur program seumpama itu hendaklah lebih detail dalam menyenaraikan mereka yang sepatutnya diundang. Dalam pemerhatian saya semalam masih ada beberapa pemuka yang baru menyertai PAS tetapi tidak hadir yang sebenarnya mereka juga perlu dirai. Antaranya Mohd Sobree Shafei bekas ketua penerangan Pemuda Umno Kelantan yang kini sudah menjadi antara penceramah aktif di kalangan pemuda baru menyertai PAS.

Mungkin keciciran ini berlaku kerana masalah teknikal yang tidak akan berulang di masa-masa akan datang.

Himpunan menyemarakkan suasana dan menyuntik semangat untuk berpilihan raya jangan terhenti di situ sahaja. Mungkin himpunan di Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pula boleh diadakan selepas ini. Kita mahu tengok sejauh mana komitmen dan jumlah ahli dewan berkenaan. Kerana kalau dilihat kepada kelatangan dan keghairahan pengerusinya dalam menengur PAS ia menggambarkan ahli DHPP begitu ramai setidak-tidaknya suku daripada jumlah ahli PAS?

Begitu juga mungkin boleh diadakan himpunan NGO-NGO yang menyokong atau simpati kepada PAS. Kita mahu tengok berapa ramaikan jumlah mereka dan apakah komitmen mereka dalam menghadapi pilihan raya. Mungkin juga himpunan ini boleh diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS yang sebelum ini banyak mengadakan program keagamaan ke dalam berbanding dengan program menyentuh perasaan massa ke luar. Dewan Pemuda mempunyai keupayaan untuk mengadakan ini. [wm.kl.12:14 pm 04/02/13]
Post a Comment