Thursday, February 21, 2013

Ikrar Integriti Yang Tidak Membawa Apa-apa Makna

RENUNGAN                                                                                                 

Semalam Najib Razak bersama para pemimpin parti-parti komponen BN telah menanda tangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency Internationl yang merupakan satu kontrek sosial di antara beliau dan BN dengan rakyat untuk mendokong ketelusan didalam proses pilihan raya dengan menentang amalan rasuah.
Najib dan pemimpin BN tanda tangani ikrar.

Ikrar itu akan turut ditandatangi oleh semua calon-calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Najib berharap apabila semua calon menanda tangani ia akan dapat melahirkan satu barisan kepimpinan yang bersih. Kontrek itu juga sebagai jaminan kepada rakyat bahawa BN akan menjadi sebuah kerajaan yang bersih dan berwibawa. 

Dari satu sudut ikrar itu menandakan kesungguhan Najib untuk melakukan transformasi dalam kepimpinan kerajaan UBN yang berusia lebih 50 tahun itu. Perlukah ikrar berkenaan yang lebih merupakan gimik politik? Tidakkah dengan ada ikrar berkenaan secara automatik orang beranggapan bahawa kerajaan UBN selama ini kotor dan penuh dengan penyelewengan, rasuah dan ketidakadilan kepada rakyat?

Sehubungan itu Najib menerusi blognya 1Malaysia berharap rakyat memberi peluang kepada BN untuk meneruskan pentadbiran mereka yang berasaskan kepada semangat baru itu. Barang kali permintaan Najib itu sudah pun terlewat. UBN bukan saja patut sedar mengenai masalah mereka dan kelemahan dalam kerajaan mulai hari ini tetapi sejak lama dulu.

Mungkin Najib boleh berhujah UBN kini adalah dibawah pentadbirannya maka rakyat perlu memberi peluang. Namun rakyat harus faham bahawa Umno atau UBN kini sama saja dengan UBN sebelum ini. Umno di zaman Tun Razak tidak berbeza Umno di zaman anaknya Najib. Bahawa sistem pentadbiran digunakan di dalam UBN sudah tidak boleh diubah dan dialihkan lagi. Ianya sudah magli dan tepu dan kematu.

Peribadi memimpin boleh bertukar ganti, tetapi ia tidak akan membawa ke mana-mana kalau sistem ataupun pranti kepimpinan (kerajaan) digunakan untuk mentadbir adalah model yang sama. Najib tidak mampu untuk mengubah sistem yang sedia ada kerana ia sudah tepu dan sebati dengan jiwa UBN. Hari ini orang ingat rasuah akan ingat BN, ingat ketidakadilan akan ingat BN. Ingat wang akan ingat kepada BN.

Beberapa skandal dan penyalahgunaan, jenayah kurba bertaraf lima bintang sepertri pembunuhan Altantuya yang 'dilembel' oleh pembangkang mendedahkan kebobrakan UBN. Kejahatan kerajaan UBN bukan saja diketahui oleh rakyat negara ini tetapi direkod oleh dunia.

Umno sebagai parti tulang belakang BN itu sendiri tidak akan hidup kalau tidak menggunakan pakai sistem korup yang diamalkan dalam kerajaan hari ini yang ditunjangnya. Semua orang tahu kekuatan Umno hari ini kerana kewangan, ampuisme dan bodeksime untuk melabuhkan perut berlaku berlelusa di dalam Umno. Mereka yang memegang jawatan bukan untuk berjuang membela agama dan bangsa tetapi untuk menjaga periuk nasi. Hampir semua ketua-ketua bahagian Umno mendapat habuan berupa lesen, permit ataupun anugerah kontrek bernilai billion ringgit.


Tidak cukup dari itu mereka diberikan suaka politik atas apa-apa jenayah yang dilakukan. Pendakwaan ke atas beberapa individu Umno hanya sebahagian saja sebagai babak penutup cerita sebenarnya.


Justeru Umno dibangunkan bukan dengan spritual integriti, ilmu, profesional dan pemimpin bersyaksiah tetapi didokong oleh kebendaan - maddiyah sekularisme. Selain itu Umno juga penetas kepaDa jenayah dan sekandal besar. Kalau Umno sebuah parti berintegriti sudah pasti tindakan-tindakan menganiyaan pemimpin seperti mana menimpa ke atas Anwar Ibrahim tidak akan berlaku. Perbuatan yang dilakukan ke atas Anwar adalah rupa diri kejahatan parti berasaskan nasionalisme itu.

Atas hakikat itu untuk apa ikrar yang ditanda tangani semalam. Sekiranya Najib benar-benar ikhlas untuk membawa transformasi dan membenteraskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pilihan raya, bukan saja beliau dan pemimpin BN serta calon menanda tangani ikrar berkenaan, tetapi para 'aparat' dan pelaksana undang-undang juga perlu ikut sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agensi pelaksana utama, Polis penjaga keselamatan, Askar serta ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga perlu ikut sama berikrar dan menanda tangan piagam berkenaan. Kerana mereka inilah yang bertanggungjawab melaksana dan menentukan apakah proses itu berjalan bersih atau tidak. 

Mereka ini golongan atau penguasa terlibat secara langsung dan apa-apa tindakan mereka pula tertakluk di bawah bidang kuasa kerajaan. 

Apapun kepada ikrar semalam merupakan piagam kosongan saja. Penandatangani itu tidak membawa apa-apa erti melainkan ia sebuah topeng untuk menghalalkan lebih banyak lagi kebobrokan dan penipuan dilakukan demi memastikan kekuasaan Najib dan kemenangan BN. Apa dilakukan Najib itu hanya satu gimik untuk bercerita bahawa dia seorang pemimpin yang bertanggungjawab sedang dia adalah seekor kumbang lilin saja.  [wm.kl.12:28 t/hari 21/02/13]
Post a Comment