Tuesday, May 6, 2014

Reezel tidak perlu selar Gerakan, dan jadi "hitch hiking"

SUSUPAN PETANG                                                                              

Ahli Majlis Tertinggi Umno Reezel Marican Naina Marican (foto) tidak cukup hanya setakat menyelar Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe yang mengomen mengenai hukum hudud yang menurutnya (Reezedl) boleh dianggap sebagai menghina hudud dan Islam, dan juga tidak cukup setakat mengingatkan agar pemimpin komponen BN tidak melampau mengeluarkan komen terhadap hudud kerana ia boleh mencetuskan kemarahan umat Islam.

Sebagai seorang muslim dan ahli parlimen yang mempunyai satu kuasa di parlimen, apa yang Reezel patut lakukan menyatakan pendirian tegasnya sedia menyokong RUU persendirian yang bakal dibentangkan oleh Pas di Parlimen.

Juga tidak cukup Islam Reezel kalau setakat memberi peringatan dan teguran kepada Lian Hoe dan pimpinan BN yang lain. Islam bukan sahaja setakat mencegah kemungkaran tetapi membangunkan amal makruf.


Apakah Reezel berani untuk menyatakan pendiriannya dan memberi undi kepada Pas? Kalau setakat hendak menunjukkan daya dan keprihatinan Islam kita lebih dengan membuat selaran dan teguran ia tidak berbolai setakat itu, sebaliknya lebih afdal dan tinggi darjahnya kalau Reezel menyatakan sokongan. Reezel yang mempunyai pengetahuan Islam yang agak mantap patut mendahului mana-mana ahli parlimen atau MT lain termasuk Khairy Jamaluddin atau Ahmad Maslan.

Orang ramai mahu tahu apakah pendirian sebenar Reezel berhubung rancangan kerajaan Pas Kelantan itu apakah setakat hendak menumpang "tui" untuk menujukkan dirinya juga komited dengan Islam ataupun mencari sedikit modal politik untuk digunakan dalam kempen dua pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Orang yang sudah Islam, memahami akan syariahnya, tidak elok kalau menunjukkan keberanian hanya dengan kata-kata tetapi bacul untuk melaksanaknya.

Lebih afdal lagi kalau Reezel sendiri mencadangkan kepada MT Umno agar Umno yang membawa private bill yang hendak dibawa oleh Pas itu. Dengan cara itu sahaja baru orang percaya dan yakin yang Umno dibawah Najib Razak berbeza jauh dengan Umno dibawah Dr Mahathir Mohamad. Kalau setakat  hendak ikut Pas maka jadilah Umno sebagai "hitch hiking" yang mahu menumpang lori untuk sampai ke sesuatu destinasi.

Bukan itu sahaja keyakinan orang Melayu kepada Umno juga akan bertambah dan tidak mustahil Umno akan menjadi lebih popular daripada Pas. Ada beranikah? [wm.kl.4:06 pm 06/05/14]

2 comments:

jit_tontoya said...

Haluuuuuuu. .......

Assalamualikum bro mso...gua pk dgn akal gua yg x cukup dangkal brbanding pemikiran bro mso bhawa akhir ending episod ini pas akan trlantar keseorangan...pastinya hudud akn gagal utk mndapat sokongan majoriti di parlimen nanti..kekadang terfikir adakah najib tontoya akn mengarahkan secara sulit sebilangan kecil mp yg islam x mnyokong hudud di parlimen..

Umun mengentahui bahawa setiap ahli patlimen mpunyai hak 1undi di sana..seandainya ini terjadi apakah nasib pas seterusnya..masih utuhkah pas slm pakatan atau terpaksa merangkak naik untuk mencipta kekuatan 50 tahun akn dtg lagi...apakah pas masih boleh berhujah bhawa hnya pas shaja yg memperjuangkan hudud.....aduhai dato tmb kelantan...seandainya rancangan ini gagal adakah dato ingin meletakan kegagalan itu atas batu gemala gua...atau masa itu bisa aja gua khak tuih sama lu...

SolitaireHunter said...

PAS Kelantan nak bawak hudud ke parlimen untuk dilaksanakan di kelantan. UMNO pun dah setuju untuk beri sokokngan. kenapa pulak nak tolak UMNO untuk bawa bill ini kononnya nak tunjuk ikhlas. Ikhlas sangat ke PAS nak laksanakan hudud di kelantan?. Khabarnya PAS pun dah berpecah dua puak pro dan kontra. Memaksa UMNO membawa bill hudud ke parlimen ibarat orang bernikah (PAS) nak anak, tapi minta orang orang lain buntingkan