Monday, May 12, 2014

Mat Said letak jawatan MB, mungkin turut kosongkan kerusi?

TERKINI                                                                                               

Silap Mat Said tertanda tangan perjanjian.
Ahmad Said benar-benar jadi macam David Monyet Pengurus Pasukan Manchester United apabila hari ini beliau disahkan telah melepaskan jawatan MB Terengganu. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agu
ng Umno Teuku Adnan Mansor di Terengganu lewat petang ini.

Adnan dilaporkan berjumpa dengan semua 16 Adun Terengganu bagi memaklumkan perkembangan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu. Perletakan Ahmad bukan di atas kehendaknya melainkan kerana patuh perjanjian sebelum ini.

Ahmad yang mengganti Idris Jusoh sebagai MB selepas pilihan raya 2008, dikatakan membuat perjanjian akan memegang jawatan MB setahun sahaja. Bagaimana pun perjanjian itu tidak didedahkan.

Perletakan jawatan Ahmad itu sempena hari ulang tahun Umno ke 68 menyebabkan ia memberi signifiken tersendiri buatnya.

Persoalan kini apakah Ahmad akan mengosongkan Dun Kijal yang dimenanginya itu? Kalau beliau bersedia untuk beundur sebagai MB, apa guna lagi untuk beliau kekal di Dun Kijal. Berlaku sedikit gangguan perasaan kepadanya, sebelum ini ditempatkan di kerusi pertama di dalam Dun Terengganu, tetapi apabila jadi ahli biasa kerusinya akan berubah.

Nasib Ahmad sama dengan kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Dun Kelantan hari ini, tempat duduk berubah sebagai Adun biasa selepas tidak lagi menjadi MB. Elok kalau kedua-duanya mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil? [wm.kl. 6:26 pm 12/05/14]
Post a Comment