Wednesday, May 21, 2014

Hampi 100 peratus hudud tidak akan dapat dilaksanakan

WACANA HUDUD                                                                                

Malam tadi saya berwacana mengenai Hudud bersama Pensyarah Unisel, Dr Abdul Aziz Bari dan bekas pegawai Kias Ibrahim Mohamad di Dewan Himpunan Cina Selangor di Kuala Lumpur. Tema wacana ialah Hudud: Ke manakah Kelantan? Wacana berkenaan dipengerusikan Wan Ji Wan Husin. Tajuk itu memberi gambaran akan "kesesatan" kerajaan Kelantan mengenai hudud.

Abdul Aziz mengulangi padangannya sebelum ini, bahawa untuk melaksakan hudud ia tidak memerlukan kepada pindaan Perlembagaan, hanya perlu meminda seksyen-seksyen kecil saja yang tidak pun memerlukan kuasa dua pertiga di parlimen. Ertinya Kelantan sudah boleh melaksanakan hudud kalau pun tidak dipinda Perlembagaan.

Bahkan katanya kerajaan Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri tidak memerlukan pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan hudud kerana (hal ehawal agama) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Hukum hudud termasuk dalam syariah Islam. Perkara ini sudah lama beliau maklum atau menasihatkan kerajaan Kelantan.



Beliau melihat kerajaan Kelantan tidak fokus untuk melaksanakan hudud, bahkan tidak pun tahu untuk menguruskan melaksanakan hukum hudud. Jawatankuasa hudud yang ditubuhkan dimana beliau salah seorang ahli yang dilantik tidak pernah mengadakan mesyuarat untuk membincang kemajuan mengenai hudud. Hakikat ini membuktikan Kelantan main-main dengan hudud.

Berdasarkan itu katanya kerajaan Kelantan tidak serius, atau pun kabur untuk melaksanakan hudud.

Ibrahim pula banyak bercakap mengenai sejarah atau permulaan penggubalan hukum hudud (Kanun Jenayah Syariah II) di Kelantan. Katanya penggubalan KSJ2 itu sebagai hendak melengkapkan Kanun Jenayah Syariah sedia ada yang dibubal 1985 (semasa kerajaan UBN) dimana ia tidak lengkap, jadi KSJ2 digubalkan bagi melengkapkan dengan memasukan kanun hudud.

Aspirasi untuk melaksanakan hukum hudud ialah bagi membolehkan satu undang-undang Islam wujud di negara ini. Kelantan mahu menjadi pelopor menyediakan hukum berkenaan dengan harapan ia akan diguna pakai di seluruh negara. Itulah hasrat Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat, jelasnya.

Ibrahim waktu itu adalah setiausaha jawatankuasa penggubal hukum hudud, di mana ahli jawatankuasanya terdiri daripada beberapa orang cendekiawan Islam, pakar perundangan termasuklah Kadi Besar Kelantan, Daud Mohamad, agawaman Muhamad Daud Iraqi, Harun Taib Wan Mutalib Wan Embong, Allahyarham Idris Othamn dan lain-lain.

Saya yang diminta memberi pandangan sudut politik mengenai implikasikan berhubung hasrat kerajaan Kelantan itu, melihat isu hudud yang timbul di Kelantan hari ini telah menjadi isu politik. Isu hudud bergema hebat sekarang ini apabila ianya mula dibangkitkan oleh Husam Musa, yang mendesak agar kerajaan Kelantan mengambil inisiatif untuk laksanakan hudud. Sekiranya ia tidak disentuh oleh Husam saya fikir kerajaan Kelantan tidak jadi segalak seperti hari ini menangani hudud.

Selepas Husam buat desakan bersifat cabaran itulah, baru Ahmad Yaakub dan timbalannya ghairah untuk melaksanakan hukum hudud dengan membawa cerita untuk membawa private bill ke parlimen bagi memboleh Jadual ke 9 dipindah untuk membolehkan hukum dilasksanakan. Ahmad membuat penegasan jaminan hudud akan dilaksanakan tahun 2015. Beliau juga membayangkan resposibilitinya akan meletak jawatan sekiranya hudud tidak dilaksanakan.

Alasan Husam ketika membuat seruan itu, masakan setelah 20 tahun selepas KSJ2 diluluskan (1993) tetapi pelaksanaannya masih belum dibuat. Husam kurang senang hudud hanya timbul dan panas sewaktu pilihan raya saja. Sesuatu yang mungkin ramai tidak diketahui, KSJ2 yang diluluskan itu masih belum diwartakan sampai ke hari ini. Justeru langkah permulaan yang tidak pun perlu kerjasama dengan Umno kerajaan Kelantan perlu wartakan dulu kanun berkenaan.

Bagi saya melihat kepada halangan dan juga sikap tidak serius kerajaan Kelantan itu jelas menunjukkan hudud hanya menjadi modal dan gimik politik semata-mata. Ianya sebagai syiar saja buat Pas seperti mana masjid sebagai syiar Islam di sesebuah kampung atau kawasan. Bagi Pas, hudud dijadikan buah tangan bagi Ahmad Yaakub kerena beliau tidak ada idea lain untuk ditonjolkan kepada rakyat selepas bergelar MB Kelantan.

Manakala Umno pula cuba mengambil kesempatan dengan menyatakan sokongan terhadap hudud yang ditentang hangit sebelum ini. Sokongan Umno itu menunjukkan parti itu ingin menangguk di air keruh dan dalam masa sama bertujuan memecahkan perpaduuan dalam Pas dan Pakatan Rakyat.

Namun usaha Umno itu tergencat apabila cadangan pelaksanaan hukum itu ditentang oleh MCA, Gerakan dan DAP serta pertubuhan sosial lain. Penentangan itu menyebabkan Umno terpaksa menarik hand brek dan terpaksa menilai semula mengenai komitmen mereka mengenai hudud apakah ia menguntungkan atau sebaliknya.

Dalam penilaian saya mungkin selepas menyedari hudud akan memberi masalah kepadanya, maka ura-ura Pas untuk membawa private bill ke parlimen ditangguhkan. Penangguhan itu melegakan kedua pihak Pas dan Umno. Apakah mungkin penangguhan itu ada rancangan bersama?

Saya tetap yakin hampir 100% hukum hudud tidak akan dapat dilaksanakan memadangkan kepada berbagai halangan dan masalah yang ada hari ini. Selagi prasarananya tidak siap sepenuhnya ia tidak mungkin dijadikan kenyataan.

Dalam pada itu bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum hudud kerana ia tidak akan dilaksanakan. Dan kalau tertakdir ia dilaksanakan, ia tidak perlu ditakuti kerana hudud hukum yang dimaktub dalam al-Quran sudah tentu akan membawa kebaikan kerana apa juga perintah, suruhan dan larangan dalam Quran ia adalah tepat dan ideal. Bukanlah Islam kalau ia menzalimi mana-mana pihak.

Mengenai kesan kepada PRU 14, saya tidak mengira hudud menjadi satu liabaliti kepada Pakatan Rakyat khasnya Pas, sebab hudud hanya menjadi pertikaian orang dewasa berusia 50 tahun ke atas manakala anak-anak muda tidak memperdulikannya. Generasi muda tidak kisah dengan hukum hudud yang mereka anggap ianya adalah urusan agama semata-mata yang tidak perlu dijadikan subjek utama dalam mereka membuat pilihan politik.

Sebagai buktinya himpuann Turun menentang GST baru-baru ini masih mendapat sambutan ramai walaupun dalam riuh randah isu mengennai isu hudud. Sekiranya mereka consern dengan isu hudud sudah tentu selera mereka untuk turun akan menjadi tumpul. [wm.kl.11:17 am 21/05/14]
Post a Comment