Saturday, May 3, 2014

Dua jawatan bertaraf menteri kepada ahli parlimen Pas?

EKSKLUSIF                                                                                       

Mungkin pihak-pihak tertentu termasuk Pas sendiri boleh menyiasat atau menafikan maklumat ini bahawa dua orang ahli parlimen Pas dijanjikan jawatan setaraf menteri kabinet sekiranya projek hukum hudud yang kini dibantu oleh Umno berjaya dengan selamatnya.

Maklumat ini sesuatu yang agak ganjil bunyinya kerana kalau ini benar, bermakna kesediaan Umno untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud Pas di Kelantan itu dibuat bukan saja atas tanggungjawab bersama dari kontes Islam tetapi ia merupakan adalah kerjasama politik.

Ia juga dibuat bukan atas tanggungjawab agama tetapi kerana kepentingan diri dan mahukan kedudukan. Ia juga boleh dianggap sebagai hukum hudud digadai untuk mencapai kedudukan. Hal ini tidak mustahil kerana gagasan Unity Government (UG) yang diusahakan satu masa dahulu ia juga bertolak atas kepentingan diri dimana ia dilaksanakan kerana dijanjikan jawatan menteri.

Menerusi UG dahulu Pas diberi dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri. Individu yang disebut sebagai bakal diberikan jawatan menteri ketika itu ialah "Presideng" Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa. Adun Kok Lanas, Alwi Che Amat yang menjadi Setiausaha Politik perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi boleh mengesahkan kerana beliau adalah mediator yang menghadiri perjumpaan dan makan tengahari wakil Pas dengan Abdullah di kediamannya di Jalan Balamy dan juga di hotel terkenal di Petaling Jaya.

Jadi maklumat terbaru diterima itu tidak mustahil kalau hal sama berlaku sekali lagi kerana individu yang disebut itu masih ada hubung kait dengan agen-agen UG sebelum ini.

Dari sumber yang boleh dipercayai, berlaku pertemuan beberapa individu dengan Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur sejak dua bulan lepas. Pertemuan itu juga pernah sekali melibatkan pucuk pimpinan tertinggi Pas. "Pertemuan itu bukan kebetulan, tetapi ia diatur demikian rupa," kata sumber dari sebuah kementerian.

Dua tahun lepas satu pertemuan berlaku di sebuah pulau di Langkawi yang turut sama melibatkan Dr Mahathir Mohamad, seorang bekas menteri dan seorang bekas Ketua Pengarang Kumpulan sebuah syarikat penerbitan. Muhyiddin yang sepatutnya hadir bagaimana diwakili oleh wakilnya.

Pas perlu menyiasat perkara ini bagi memastikan isu hudud yang mengghairahkan dunia ini tidak dijadikan cagaraan atau gadaian dengan kedudukan atau pun sebagai umpan untuk kepentingan individu tertentu sahaja.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub yang merupakan arkitek pelaksanaan hudud di Kelantan dipercayai tidak mengetahui mengenai perundingan ini dan beliau hendaklah lebih waspada agar tidak tergigit lidah ketika memamah pinang kosi. [wm.kl.1:07 pm 03/05/14]
Post a Comment