Saturday, May 3, 2014

Dua jawatan bertaraf menteri kepada ahli parlimen Pas?

EKSKLUSIF                                                                                       

Mungkin pihak-pihak tertentu termasuk Pas sendiri boleh menyiasat atau menafikan maklumat ini bahawa dua orang ahli parlimen Pas dijanjikan jawatan setaraf menteri kabinet sekiranya projek hukum hudud yang kini dibantu oleh Umno berjaya dengan selamatnya.

Maklumat ini sesuatu yang agak ganjil bunyinya kerana kalau ini benar, bermakna kesediaan Umno untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud Pas di Kelantan itu dibuat bukan saja atas tanggungjawab bersama dari kontes Islam tetapi ia merupakan adalah kerjasama politik.

Ia juga dibuat bukan atas tanggungjawab agama tetapi kerana kepentingan diri dan mahukan kedudukan. Ia juga boleh dianggap sebagai hukum hudud digadai untuk mencapai kedudukan. Hal ini tidak mustahil kerana gagasan Unity Government (UG) yang diusahakan satu masa dahulu ia juga bertolak atas kepentingan diri dimana ia dilaksanakan kerana dijanjikan jawatan menteri.

Menerusi UG dahulu Pas diberi dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri. Individu yang disebut sebagai bakal diberikan jawatan menteri ketika itu ialah "Presideng" Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa. Adun Kok Lanas, Alwi Che Amat yang menjadi Setiausaha Politik perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi boleh mengesahkan kerana beliau adalah mediator yang menghadiri perjumpaan dan makan tengahari wakil Pas dengan Abdullah di kediamannya di Jalan Balamy dan juga di hotel terkenal di Petaling Jaya.

Jadi maklumat terbaru diterima itu tidak mustahil kalau hal sama berlaku sekali lagi kerana individu yang disebut itu masih ada hubung kait dengan agen-agen UG sebelum ini.

Dari sumber yang boleh dipercayai, berlaku pertemuan beberapa individu dengan Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur sejak dua bulan lepas. Pertemuan itu juga pernah sekali melibatkan pucuk pimpinan tertinggi Pas. "Pertemuan itu bukan kebetulan, tetapi ia diatur demikian rupa," kata sumber dari sebuah kementerian.

Dua tahun lepas satu pertemuan berlaku di sebuah pulau di Langkawi yang turut sama melibatkan Dr Mahathir Mohamad, seorang bekas menteri dan seorang bekas Ketua Pengarang Kumpulan sebuah syarikat penerbitan. Muhyiddin yang sepatutnya hadir bagaimana diwakili oleh wakilnya.

Pas perlu menyiasat perkara ini bagi memastikan isu hudud yang mengghairahkan dunia ini tidak dijadikan cagaraan atau gadaian dengan kedudukan atau pun sebagai umpan untuk kepentingan individu tertentu sahaja.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub yang merupakan arkitek pelaksanaan hudud di Kelantan dipercayai tidak mengetahui mengenai perundingan ini dan beliau hendaklah lebih waspada agar tidak tergigit lidah ketika memamah pinang kosi. [wm.kl.1:07 pm 03/05/14]

8 comments:

jit_tontoya said...

Haluuuuuuu. ........

Sdr mso....kalaulah ada pmimpin pas yg fakeh agama yg benar2 terlibat dlm agenda begini seharusnya mereka tersebut harus di khak tuih dgn selayaknya..cacamarba jdinya pas dek adanya org yg sebegini...cubalah mna2 pemimpin pas yg mpunyai lidah biawak dn talam 2 muka lalu ikut kg gua...pastinya gua lastik dgn telur busuk...pueee. ..gua paling benci dgn pimpinan pas sbegini yg spesis tmb kelantan...

Khak tuih

Haikal Sulaiman said...

Tulisan berniat jahat dan dpt menimbulkan fitnah kepada jemaah islam. Tulisan2 seperti ini yang hanya berkata sumber yang dipercayai.

Miz3 said...

Salam tuan,

Saya yakin pihak tuan juga amat setuju untuk Kelantan menerusi MB Ahmad Yaakub ingin mengusahakan Hudud di peringkat negeri. Bagaimanapun, saya khuatir pada informer tuan yang mengatakan bahawa ada unsur2 'UG' dalam perkara ini. Dari itu, saya memohon tuan dan semua yang menyokong PR khususnya berlapang dada. Sama seperti ketika 'Konsensus Nasional' antara Anwar dan Najib sebelum ini.

Terima kasih.

Unknown said...

Salam Tuan Mso. Sebut terus la nama tu. Boleh buang orang yang gila jawatan. Merosakkan PAS. Kempen kat bawah suruh berjuang ikhlas. Buat malu. Jangan sampai PAS kena tolak PRU 2018. Baru menang 20 Kawana Parlimen dah rasa kuat.

bat8 said...

Tuan

Murah sungguh nilai pemimpin PAS dan PAS sendiri - hanya 2 jawatan bertaraf menteri je untuk ahli parlimen PAS. Selebihnya tak ada nilai langsung. Jawatan tersebut bukan memberi apa-apa kelebihan pun kepada parti PAS kerana kedua ahli parlimen PAS yang dipilih itu tertaklok kepada stail politik UMNO yang menguasai kerajaan. Orang kata - kena berkah kemah keming. Rapak jik dokleh kiok....Tak berbaloi dengan nilai jumlah ahli parlimen yang PAS ada

Tawaran ini lebih kurang sama dengan tawaran yang dibuat oleh UMNO kepada puak UG dulu jugak. UMNO amat memahami perangai dan nilai pemimpin PAS. Jenis kelas makan "umpan standard cikedis".

Dengan UMNO tabur "UMPAN STANDARD CIKEDIS" pun kita nampak ramai pemimpin PAS sudah berpinar mata, pandangan jadi kabur dan pemikiran pun dah jadi pemikiran UMNO.

Alahai pemimpin-pemimpin PAS. Anda sendiri nilai le hangpa ni kelas mana : kelas j3nih makan umpan cikedis ke atau kelas yang mengharap syirga Allah!

bat8 said...

Tuan Miz3,

Kami menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan. Kami orang lama. Kami melihat jatuh bangun PAS selama ini. Kerana kami sayangkan PAS lah kami menyalur pandangan yang kami rasa terlepas pandang oleh pucuk pimpinan PAS.

Sdra mengatakan kita kena berlapang dada. Sdra tidak menjelaskan atas alasan-alasan apa yang kita perlu berlapang dada. Kita tidak boleh sekadar minta berlapang dada tanpa alasan yang boleh difahami ol3h akal untuk berlapang dada.Kerana berlapang dadalah kami masih menyokong PAS sejak dari dulu.

Kita jangan terperangkap dengan stail UMNO. UMNO menggunakan istilah-istilah untuk menglembukan ahli-ahlinya agar tidak berfikiran kritikal meng3nai tindakan p3mimpin-p3mimpin mereka. PAS tidak b3gitu. Sebagaimana ahli kena taat k3pada pemimpin, p3mimpin juga mempunyai tanggungjawab untuk m3njelaskan dengan jelas dan terus terang sesuatu tindakan yang diambil oleh pemimpin ters3but. Apatah lagi jika sesuatu tindakan itu dibiat s3cara sembunyi-s3mbunyi dan m3nimbulkan polemik dikalangan ahli parti.

Kalau sekadar suruh berlapang dada tanpa bersebab itu tindakan atau perangai " pandir" mengikut tuan blog. Niat yang baik sahaja tidak cukup. Caranya juga kena baik....tak b3gitu?

mohd sayuti omar said...

Haikal Sulaiman, terpulang kepada persepsi masing2. Saya juga berhak untuk menuduh sdr juga berniat jahat. Yang penting saya tahu apa yang ada dalam hati saya.

I said...

Marhean Pinggiran
Hidup / Mati Ku Untuk Redha Allah


Salam Saudara MSO, saya tabik hormat kat hampa ! Pendirian dan hujah adalah hak seseorang - tapi malang ada puak2 extremis agama kurang senang dengan tulisan saudara .

Islam yang disampaikan Muhammad saw bermula dengan Tauhid di Mekah , KeAdilan illahh di Madinah .

Saya orang lama dalam Pas sejak zaman Dato Asri Muda. Keluar Pas apabila Pas menyertai Barisan Nasional.

Apa yang anda corekan adalah benar belaka. Untuk pengetahuan tuan saya 99% tidak sesekali percaya dengan puak2 serban dalam Pas.Serban dan Jubah hanya window dressing sahaja untuk menjual Agama dan Hudud.

Contoh terbaik ialah Arab Saudi - Hudud hanya layak untuk rakyatnya yang berkulit hitam,meraka kini menjadi peminta2 sedekah dan mendatangi jamaah haji atau umrah di Saudi Arabia .

Berpilih- pilih ke sifat Allah ?

Selesaikan dahulu isu rompak tanah , curi balak , curi pasir dan berbagai isu lagi . Puak Pas Kelantan tolong cermin diri sebelum jual isu hudud .