Monday, May 12, 2014

Kekecohan dalam pemilih PKR: Gantung cabang terbabit

UALASAN PAGI                                                                                   

Kekalutan dan perbalahan di dalam proses pemilihan pemimpin PKR di beberapa cabang sehingga dibatalkan perlu diberi perhatian serius oleh parti berkenaan. Kejadian itu memalukan dan menggambarkan parti berkenaan kurang berdisiplin.

Kesan daripada kejadian itu juga ia boleh menjejaskan prestasi PKR sebagai sebuah parti yang diletakkan menjadi alternatif kepada Umno bersama DAP dan Pas. Apakah kekecohan itu kerana ada unsur luar? PKR kena menyiasat kemungkinan itu dan memberi penjelasan yang konkrit.

Bermacam-macam sebab kenapa proses pemilihan dibatalkan, ia termasuklah soal teknikal, nama calon yang tidak ada dalam kertas undi, kertas undi lebih, dakwaan politik wang dan sebagainya.



Sekiranya perbalahan itu disebabkan sistem baru pemilihan diperkenalkan, elok PKR mengkaji balik apakah ia wajar diteruskan atau tidak. PKR tidak perlu malu-malu untuk kembali kepada sistem lama, walaupun ia agak rumit tetapi lebih menjamin daripada berlaku kekalutan.

Negeri paling banyak terlibat dengan pembatalan pemilihan ialah Selangor. Dilaporkan 12 cabang dari 22 cabang yang mengadakan pemilihan kelmarin dibatalkan. Cabang-cabang itu ialah, Kuala Selangor, Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang, Shah Alam, Kapar, Hulu Selangor, Sungai Besar dan Kota Raja.

Sebelum ini 17 cabang di negeri-negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak dibatalkan kerana berlaku kekecohan.

Menjadi tanya tanya kenapa kekecohan banyak berlaku di Selangor. Apakah ia ada kena mengena dengan pertandingan melibatkan Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution? Keputusan pengundian sebelum ini menunjukkan Azmin mendahului Khalid dan Saifuddin sekitar 2,000 undi. Apakah kekecohan itu sebahagian dari tektik untuk mengubah kedudukan itu?

Hari ini Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Johari Abdul akan membuat kenyatan khas berhubung kelam kabut dan berlaku kekecohan pada pemilihan itu. Penjelasan yang diberi nanti biarlah munasabah dan memuaskan majoriti ahli.

Atau pun pihak pimpinan tertinggi parti boleh membuat keputusan menolak atau menggantung terus cabang terlibat tanpa mengambil kira pengundian dari cabang berkenaan dalam proses kali ini. Ketua cabang sebelum ini dibenarkan untuk memimpin sehingga satu pemilihan dibuat kelak. [wm.kl.9:11 am 12/05/14]
Post a Comment