Saturday, May 17, 2014

Peguam muda Melayu calon DAP di Teluk Intan

TERKINI                                                                                               

Seperti yang telah diramalkan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 (foto) telah diumumkan calon DAP dalam pilihan raya kecil parlimen P76 Teluk Intan yang hari penamaan calon 19 Mei dan hari mengundi 31 Mei. Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng lewat tengah hari ini di Teluk Intan.

Pengumuman Dyana Sofya seorang peguam muda itu menunjukkan keberanian dan kelainan DAP dalam politik. Parti itu senantiasa membuat peralihan dan perubahan yang dinamaik khasnya dalam pemilhan calonnya.

Disaat parti lain masih meletakan calon-calon lama yang sudah luruh gigi, atau sering berak-berak tetapi DAP mendahului dan pantas membaca selera rakyat khasnya generasi baru yang inginkan calon yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan berketrampilan dengan mengambil generasi muda.



Bagi DAP parti itu tidak meletakkan calon berdasarkan soal lama atau baru (sinioriti) tetapi lebih mengutamakan kepada keserlahan bakat kepimpinan kepada seseorang. Dyana baru menyertai DAP 2012. Keberanian DAP mempertaruhkan Dyana Soyfa ini dilihat penerusan parti itu dalam memilih bakal-bakal pemimpin masa depan.

Perletakan Dyana itu juga memberi peluang terbaik untuk orang Melayu mendapat satu lagi suara seetnik di parlimen.

Elok kalau parti-parti lain khasnya parti dominasi Melayu meniru DAP.

Pilihan raya keccil kerusi parlimen Teluk Intan diadakan ekoran Seah Leong Peng. Dalam pilihan raya 2013 Leong Peng menang dengan majoriti 7,313. [wm.kl.2: 01 pm 17/05/14]

3 comments:

Bosan said...

Tahniah..harap beliau dapat juga memperjuangkan sekolah satu bahasa. Saya percaya atas keberanian dia mencabar supaya uitm dibuka kepada semua kaum. Sudah tentu tiada masalah untuk menyuarakan sekolah jenis kebangsaan juga dihapuskan. Walaupun kedua duanya sukar dilaksanakan sekurang kurangnya ia disuarakan.

bat8 said...

Tuan,

Heboh puak UMNO dok bantai Dyana nih. Umur dia 27 tahun pun dijadikan isu. Tetapi macai-macai ni lupa Najib jadi Ahli Parlimen umur 23 tahun dan juga jadi timbalan menteri. Jauh lebih muda.

tldm said...

Saya tak kenal Dyana. Saya menilai dari ucapan, dan ketrampilan. Klau DSAI kita kenal hati budinya. Klaulah Dyana ni mcm Cikgu Normala Pas kan cantik.Umur masih muda. Bimbang klau kelak tidak boleh dilentur..... Keluarga terdekat harus memberi panduan. Saya bimbang, Nanti beliau tidak dapat kita bezakan, yg mana satu wanita Islam dan bukan Islam.