Tuesday, May 13, 2014

Kerajaan Terengganu diambang keruntuhan

ULASAN SAKIT                                                                                   

Kelamrin Ahmad Said dibaham dengan tiga kosong menerusi sepakan penalti oleh Najib Razak. Tendangan itu pada saat-saat terakhir permaiann selepss genap 2,1900 minit atau 1 tahun. Ahmad Said yang meminta masa tambahan hingga 17 Mei sebelum beliau dikenakan penaliti tetapi tidak dihiraukan oleh Najib yang bertindak memegang dua fungsi pengurus pasukan dan pengadil.

Ahmad Razif siap angkat sumpah sebagai MB.
Alasan Ahmad Said ialah kerana pada tarikh itu beliau akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya.

Kenyataan kemenangan Najib itu diumumkan oleh Ketua Jurulatih, Teuku Adnan Mansor di Primula Hotel Kuala Terengganu. Sifat orang menang Teuku Adnan kelihatan senyum-senyum kambing semasa menjawab pertanyaan wartawan. Sesuatu sudah tidak kena dengan pengumuman itu apabila Ahmad Said tidak mendampingi Teuku Adnan.



Sepatutnya Teuku Adnan membuat kenyataan kekalahan (perletakan jawatan) Ahmad Said itu dalam keadaan tertib dengan dihadiri sama oleh bakal penggantinya Ahmad Razif Abdul Rahman barulah dikatakan pengumuman itu dalam smooth. Tetapi tidak berlaku situasi itu.

Para penonton sudah boleh mengagak sesuatu yang kusut akan berlaku di sebalik keputusan itu. Sudah pasti Ahmad akan membuat come back untuk mempertahankan dirinya. Mungkin game itu akan berakhir dengan baik tanpa menimbulkan implikasi lain kalau Najib sabar sedikit dan tidak begitu mendengar asakan oleh pengurus luar yang tidak bertanggungjawab.

Hari ini walaupun permainan sudah tamat mengikut masa sebenarnya, tetapi Ahmad Said semacam tidak mahu meninggal stadium. Beliau mengira permainan belum game over. Bola kini berada di kakinya. Dari 17 pemain yang meraikan kemenangan dua kini kembali ke padang untuk bersama Ahmad Said.

Mereka ialah Ghazali Taib dari kelab Ajil dan Rosli Daud dari kelab Bukit Besi. Dipercayai Ahmad Said akan berusaha untuk mendapat beberapa lagi pemain dari kelan BN untuk menyertainya.

Dipercayai satu perbincangan sedang diaturkan untuk membatalkan kemenangan kelab Najib (BN) semalam, dijangka akan berlaku perundingan di antara kelab Ahmad Said dengan kelab Haji Hadi (Pas). Sekiranya perundingan berjalan lancar dan segala terma dan syarat dipertejui kemungkinan kedua-dua kelab itu akan bergabung untuk melawan kelab BN.

Kini terpulang kepada kelab Pas.

Dalam perkembangan lain, beberapa pakar perunding juga sedang menghubungi Ahmad Said untuk tidak mengambil tindakan agar menerima keputusan semalam. Sejauh mana ia berjaya, akan diketahui sedikit masa lagi.

Kelab Najib (BN) akan menjadi lebih parah sekiranya tiga atau empat orang lagi pemain kelab BN akan berhirjah kepada Ahmad Said. Tunggulah perkembangan lanjut. [wm.kl.11:00 am 13/05/14]

Post a Comment