Wednesday, April 1, 2015

Tidak perlu kesal dengan GST

SUSUPAN TENGAHARI                                                                                     

Hari ini 1 April bukan hari April Fool dimana rakyat Malaysia kena main dengan cukai baru GST yang berkuatkuasa jam 12:00 tengah malam tadi. Hasil pengenaan cukai tersebut hari ini sesetengah barang mengelami kenaikan sebanyak 6%. Yang mungkin merujakan ramai orang bukan sahaja barangan yang disenaraikan dikenakan GST, tetapi yang tidak disenaraikan juga mengalami kenaikan harga menuruti kadar GST itu.

GST samalah dengan keadaan banjir, kerana melimpahnya air laut disebabkan air pasang atau air hujan yang banyak. Bukan saja kolam, sungai dan muka kuala dipenuhi air, tetapi lorong dan lopak-lopak kecil juga ikut sama dimasuki air. Demikian dengan GST ia meratah semua jenis barang, cuma bezanya ada yang langsung ada yang tidak.

Dalam muka buku hari ini dipenuhi dengan pengeposan dan kiriman resit-resit belian pelbagai barangan yang menunjukkan pembelian ada dikenakan GST. Hampir semua bentuk pembelian tidak terkecuali daripada sebesar-besar pembelian jet hinggalah kepada nasi lemak bungkus. Pendeknya GST menjadi percakapan dan buah mulut sehari dua ini.


Jaminan para menteri sebelum ini bahawa GST tidak membebankan rakyat dan hanya terkena ke atas batu jemala orang kaya, adalah bohong dan belawa bangar belaka. Jaminan yang keluar dari orang mulut busuk.

Sekejap tadi saya baru menghubungi pencetak untuk bertanya mengenai kos cetakan buku. Setahu saya tidak ada cukai GST ke atas penjulan buku. Tetapi kenaikan harga buku tidak dapat dihindarkan apabila pembelian kerta kosong (material), dikenakan cukai GST.

"Macam mana Wong, harag masih murah ke? " tanya saya kepada Wong taukeh pencetak tempat biasa saya cetak buku.
"Ada haik sikiitlah, Encik Sayuti. GST kena 6%.." balasnya.
"Tetapi bukankah buku tidak dikenakan GST, Wong?" persoal saya.
"Ohya, tadak kena tetapi kita kena naikkan kertas juga, kerta kosong kena hoi... jangan kisahlah you naikkan sikit harga buku abis cerita," kata taukeh itu memberi cadangan untuk mengatasi kenaikan kertas gara-gara pelaksanaan GST.

Apa maknanya itu? Ertinya kenaikan disebabkan GST itu berangkaian. Kalaupun tidak ada kenaikan dalam sektor lain, tetapi kerajaan tidak ada kuasa dan masa untuk membendungnya. Kesannya rakyat terpaksa pikul biawak mampus juga. 

Itu hanya satu barangan sahaja, tetapi macam mana dengan barangan lain. Minyak petrol dikenakan cukai GST, ertinya kos pengangkutan juga ikut naik. Kos-kos barangan lain, pembalut dan sebagainya naik. Tidak dapat dielakkan kesan GST terbabit kepada semua sektor perniagaan.

GST samalah dengan air yang melimpah gara-gara air pasang dan hujan tadi yang membentuk banjir menyebabkan semua lubang dan lopak-lopak kecil turut sama disumbati air.

Jangan salah kepada sesiapa kalau kita "hamba tahi" rakyat ini kena bayar kos lebih. Kena salahkan kepada diri sendiri. Kitalah yang memberi kuasa kepada penguasa untuk mengenakan cukai ke atas kita semua. Jadi kalau kita semua terbeban dengan GST janganlah marah-matrah kepada kerajaan, marahlah kepada diri sendiri.

Dalam pilihan raya akan datang berikan mandapat besar kepada parti memerintah untuk memberi peluang mereka terus "mengenjah" (menganiaya) rakyat secara sistemetik seperti GST itu. Saya tidak fikir GST memberi apa-apa kesan kepada kerajaan yang memerintah kini. Ini termasuklah amaran Dr Mahathri Mohamad BN kononnya kalau GST dilaksanakan, ia tidak akan menjadi, kerana masih ramai dalam kalangan rakyat negara ini yang bodoh dan tidak sedih bila ditipu oleh pemerintah.

Paling menyedihkan ada rakyat yang sanggup berkorban membela kerajaan yang berlaku zalim kepadanya sendiri. [wm.kl.2:28 pm 01/04/15]

No comments: