Friday, April 24, 2015

Dr Wan Azizah diumum sebagai calon PKR di Permatang Pauh

BERITA MALAM                                                                                              

Baru sekejap tadi Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan sebagai calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Nama Wan Azizah yang juga Presiden PKR diumumkan oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dihadapan lebih 1,000 hadirin bertempat di Seberang Prao arena, Seberang Jaya Penang.

Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi web tv Selangorku.

Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Mohd Hatta Ramli serta bekas MB Perak Nizar Jamaluddin turut hadir sama mewakili Pas, manakala DAP diwakili oleh Lim Guan Eng dan juga Ketua Wanitanya. Kesemua pimpinan tertinggi PKR hadir.

Penamaan calon akan diadakan esok, manakala pengundian pada 7 Mei. Ulasan lanjut akan datang. [wm.kl.11:54 pm 24/04/15]

No comments: