Jasad tuan di dalam penjara,
Jiwa tuan di hati hamba;
Api reformasi terus menyala,
Tidakkan padam sebelum berjaya.
Nashita isteri reformis yang dipenjara terima sumbangan. |
Ternyata pantun saya itu hidup dan masih relevan. Walaupun tuan reformis itu kini disimpan untuk kali ketiga dalam penjara selama lima tahun lagi, tetapi semangat perjuangannya masih merah menyala.
Pemenjaraan itu tidak melunturkan semangat para pejuang refomasi yang dibenihinya. Tindakan kejam ke atas ketua pembangkang bermotifkan politik itu disambut dengan luatan kemarahan kepada sang konspirator bejatan pemerintah. Anwar tetap menjadi idola dan ikon perjuangan mereka.
Saifu Izham menyampai pesan dari penjara. |
Shamsul Iskandar bersalaman dengan para reformis. |
Kuasa refomasi tidak boleh dinafikan oleh sesiapa. Baik PKR, DAP maupun Pas tidak boleh mendabik dada kemenangan yang dinikmati itu adalah cetusan daripada refomasi. Justeru mana-mana parti memandang remeh kepada reformis mereka akan kecundang dan kalah.
Keulitan dan keutuhan semangat reformis tidak boleh disangkalkan. Sebab itu walaupun sesetengah rakan mereka sudah kembali menghadapi Ilahi (al Fatihah) dan ada yang telah berpatah balik kerana tidak tahan dengan cabaran dan ujian, serta teringinkan "pisang lemak manis" dan "sen dan ringgit", namun tindakan itu tidak mematahkan semangat juang refomis tulen. Pengkhianat rakan-rakan tidak pernah melelahkan mereka.
Nurul Izzah baru tiba. |
Sebahagian otai reformasi yang hadir. |
Malam tadi bertempat di restoran Pak Amjal kira-kira 100 meter di hadapan pintu utama kampus Universiti Malaya, Lembah Pantai berlangsung himpunan perjumpaan para pejuang refomasi 1998 lalu yang dikenali dengan nama Otai Reformasi 1998. Hampir 200 orang para reformis hadir.
Perjumpaan selama lebih lima jam itu disaji dengan makan malam ringkas. Apa yang lebih bermakna mereka hadir dan berjumpa bukan untuk makan, tetapi untuk bertemu mata bertanya khabar dan memperbaharui semangat.
Pertemuan malam tadi adalah sebagai pemanas badan (warm-up) untuk bergerak ke jalan raya menolak GST esok, pada 1 Mei.
Otai-otai yang gigih dan senantiasa berada di barisan hadapan setiap kali demonstrasi diadakan di sepanjang 17 tahun lampau, hadir. Antara mereka yang sempat disapa mata saya ialah Syed Husin Ali, Saari Sungip dan isterinya, Annuar Tahir, Tian Chua, Saiful Izham Ramli, Ronne Leiu, Khalid Samad, Shamsul Iskandar Md Akin, Ng Suee Lim, Hishamuddin Rais dan lain-lain. Puteri Reformasi Nurul Izzah juga hadir walaupun lewat.
Saari menyampaikan ucapan sepatah dua. |
Ronnie Liu dan Suee Lam. |
Jelas sekali kesediaan para reformis untuk hadir malam tadi menunjukkan semangat mereka tidak pernah luntur dan tidak ada halangan yang mampu merintangi mereka. Mereka akan berjuang dan berjuang sehingga berjaya.
Kehebatan ini ialah kerana mereka ikhlas dalam perjuangan. Mereka tidak pernah mengharap apa-apa jawatan dan kedudukan. Bahkan kehadiran mereka setiap kali ada perarakan dan demonstrasi adalah atas kehendak dan biaya sendiri.
Itulah hakikat menyebabkan kenapa pihak berkuasa hairan dengan keunggulan semangat mereka. Sudah habis ikhtiar dilakukan oleh sang pemerintah untuk memadamkan api reformasi dan menyekang mereka tetapi tidak berjaya.
Pesan dan amanat Anwar reformasi perlu diteruskan. Ia bergerak bukan sahaja setakat menubuhkan parti politik dan menang dibeberapa buah negeri, tetapi matlamat utama reformasi ialah mengubah landskap politik dan memerdekakan rakyat daripada kezaliman dan ketidakadilan. GST adalah satu bentuk kezaliman.
Berpegang dan berpaksi kepada intipati itulah maka para refomasi khasnya Otai Reformasi tidak pernah mengendur langkahnya walaupun dalam keadaan bagaimana sekali pun. Berjuang terus berjuang, lawan tetap lawan, lawan hingga menang. Horas. [wm.kl.8:53 am 30/04/15]
No comments:
Post a Comment