Monday, February 29, 2016

Muhyiddin - jangan harapkan sisik dari keli

ULASAN LAMBAT

Muhyiddin Yassin cuba mencari justifikasi kenapa jawatannya sebagai timbalan presiden Umno digantung? Apakah beliau masih memperkaui bahawa Umno masih lagi sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi dan ia masih menjadi sebuah badan siasah yang ada wibawa?

Begitulah, jika ditafsir nada kekecewaannya atas apa yang berlaku. Muhyiddin mengungkit dan mempersoalkan tindakan ke atasnya dibuat bukan berlandaskan fakta yang konkrit sebaliknya lebih kepada kepentingan untuk menjaga kuasa sang presiden. 

Muhyiddin menghuraikan jawatannya digantung kerana mengkritik presiden parti demi kebaikan dan masa depan parti. Jadi apabila ia berlaku begitu menunjukkan dalam Umno tidak lagi meletakkan kepentingan parti yang disuarakan ahlinya, tetapi lebih mengutamakan kepada ketua.



Memang ini satu kegangjilan dan kesongsangan dalam Umno. Satu kedukacitaan yang sangat berat kerana Umno adalah parti unggul. Namun ia tidak perlu dikesali oleh Muhyiddin. Apa yang beliau terima itu adalah kesenimbungan kepada apa yang berlaku sebelum ini.

Muhyiddin seperti mengalpai apa yang berlaku sebelum ini, bahawa banyak sejarah baharu berlaku dalam parti nasionalis itu. Setiap dekad ada sejarah baharu yang dicatat oleh parti itu. Tahun 1987, Umno diistyharkan sebagai parti haram oleh mahkamah. Tahun itu juga wujud Umno baharu. Itu juga sejarah.
Tahun 1998, timbalan perdana menteri, bernama Anwar Ibrahim dipecat. Proses pemecatan Anwar berbeza sedikit dengan proses pemecatan Muhyiddin. Tetapi natijah dan motifnya sama, kerana TPM mengkritik perdana menteri.

Anwar dipecata kerana beliau menyuara kesangsian dan menentang penyelewengan Dr Mahathir Mohamad. Apa yang Anwar lakukan itu bukan untuk dirinya tetapi demi masa depan dan integriti Umno. Samalah dengan apa yang dilakukan Muhyiddin itu. Beliau menegur dan mempersoalkan salah lakukan Najib Razak berhubung 1MDB dan juga dana RM2.6 billion. Teguran itu bukan untuk kepentingan dirinya tetapi untuk Umno.

Bagai mana Dr Mahathir tidak sedia dan marah dengan teguran Anwar begitu jugalah Najib, marah dan terkilan dengan teguran Muhyiddin. Apa lebih malang lagi ada orang yang menjadi penggaru gatal perdana menteri akan bertindak menjadi pembela. Mereka akan mempertahankan perdana menteri, dengan menadah belakangnya. Menjadi keldai.

Akhirnya teguran dan niat baik itu tidak ke mana, sebaliknya memakan diri orang yang menegur. Anwar dipecat kemudian dihina, nah begitu juga yang akan dialami Muhyiddin.

Tragedi dan sejarah yang berlaku dalam Umno itu menujukkan itulah sebenarnya rupa dan bau Umno yang perlu diselidiki oleh orang ramai. Sebuah parti yang dianggap sebagai ulung, berprestaj yang menjadi tunggak pemerintanan negara ini, tetapi tatakelola para pemimpinnya rakus dan mementingkan diri sendiri.

Jadi kepada Muhyiddin tidak guna beliau menyesali atau mempersoalkan tindakan Najib ke atasnya. Tindakan rakus yang bersifat kepentingan diri serta melindungi kebusukan itu bukan akan berhenti setakat itu sahaja, selepas ini ia akan berulang dan berulang lagi. Semisalnya Zahid Hamidi menjadi perdana menteri dan ada pemimpin lain menegurnya atas nawaitu sama, beliau akan mengambil tindakan yang sama.

Bahkan melihat kepada karektor Zahid ini mungkin tindakan lebih rakus dan kejam dari apa yang dilakukan Mahathir dan Muhyiddin. 

Pendeknya apa dilakukan presiden parti itu akan menjadi precedent dan ikut kemudiannya. Mereka tidak akan peduli apakah tindakan mereka salah, bertentangan dengan perlembagaan dan sebagainya, yang penting sang ketua tetap kekal dengan kekuasaanya dan terus menikmati juadah yang terhidang dari dapur bernama kuasa dan jawatan tertinggi itu.

Makanya Umno bukan sebuah parti politik yang profesional jauh sekali berlaku adil, terbuka dan concern kepada kehendak hatu budi ahlinya. Kalau Muhyiddin atau sesiapa mengharapkan itu daripada Umno ia umpama mengharap sisik dari keli yang tidak akan diperolehi sampai bila-bila pun. [wm.kl. 1:28 pm 29/02/16]

No comments: