Tuesday, February 9, 2016

Sabtu ini Pas akan buat keputusan penting dan mengejutkan?

PANAS ELNINO

Sabtu ini parti agama Pas diberitakan akan mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Parti. Mesyuarat itu dikira penting dan bakal mengumumkan satu keputusan yang mengejutkan khalayak politik. Dipercayai sebelum mesyuarat itu diadakan satu mesyuarat lain yang khusus dijalankan.

Biarlah saya tidak menyebutnya di sini terlebih dahulu. Dari maklumat dalaman perkara yang hendak diumumkan sudah pasti akan dilakukan. Ia seakan sudah dimuktamadkan?

Dalam pada itu kita berharap biarlah Pas membuat ralat terhadap apa yang hendak diumumkan itu. Tangguh dan fikir dahulu. Ini untuk kebaikan parti itu juga. Walaupun segala alasan dan maklumat yang diterima dianggap benar dan sahih, tetapi tindakan bakal dibuat itu tidak merupakan satu kebijaksanaan dan memberi kebaikan kepada parti pimpinan ulama dari Terengganu itu.



Pas seharusnya meletakkan agenda itu di belakang dan lebih melihat keperluan parti itu berada dalam tenang bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Pas katanya akan meletak calonnya dalam pilihan raya berkenaan, sekurang-kurang 22 kerusi? Daripada mengambil tindakan itu baik Pas berunding dengan Amanah agar tidak bertembung kerusi di Sarawak bagi mengelakkan "sama-sama saja" atau berak kapur.

Tindakan bakal diambil dan diputuskan dalam mesyuarat 13 Februari itu boleh memberi kersan buruk kepada Pas. Keputusan itu juga dinanti dan ditunggu oleh musuh Pas. Musuh Pas akan menjadikan tindakan atau keputusan sebagai modal baharu untuk menyerang Pas.

Kalaupun Pas tidak mengambil tindakan itu ia tidak mencalarkan Pas. Ini kerana masalah atau isu yang wujud itu bukan merupakan masalah Pas peringkat nasional tetapi hanya berlegar di negeri berkenaan sahaja. Isu lokal.

Bukan itu sahaja, masalah itu lebih bersifat peribadi dimana ia berlaku antara individu tertentu sahaja. Adalah tidak bijak kalau Pas mengambil isu itu sebagai itu nasionalnya. Sebaliknya kalau tindakan itu diambil ia akan menjadi isu nasional dan ini menyebabkan Pas dilihat bermasalah.

Tindakan itu juga mencerminkan elemen diktator dalam politik Pas semakin meluas.

Apakah dia isu berkenaan tunggu?  [wm.kl.12:36 tengahari 09/02/16]
Post a Comment