Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Asyraf Wajdi Dusuki (foto) berharap supaya pelantikan Haron Din sebagai Ketua Kluster Sosial Dakwah Majlis Perundangan Islam (MPI) tidak dipolitikkan ini kerana . menurutnya Haron paling tepat bagi mengepalai kluster itu dan ia sebagai satu penghormatan kerajaan kepadanya.
Asyraf juga kata pelantikan itu bukan satu penghinaan kepada Haron Din seperti disifatkan oleh sesetengah orang. Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa pesimis dengan pelantikan itu dan beranggap ia menghina Pas.
Sokongan Asyraf atas pelantikan Haron itu kerana dia mengenali Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding dengan politik. Tanggapan itu memang betul jika dilihat perjalanan perjuangan Haron yang tersekat-sekat dalam politik dan dakwah.
Waktu penguatkuasaan AUKU tahun 1974 Haron berihat dari politik kerana terbelenggu dengan akta berkenaan dan memilih untuk "beruzlah" mengasingkan diri daripada Pas. Beliau mendekati semula Pas selepas Pas subur dan hijau dibawah pimpinan almarhum Fadzil Noor. Semasa menjadi pensyarah Haron dilihat mengambil sikap play safe dalam politik. Ini berbeza dengan Daing Sanusi Mariok yang terus bersama Pas.
Maaf jangan politikkan persalaman ini. |
Niat Asyraf adalah baik untuk membawa satu pandangan jilah dalam politik. Mahu meredakan gelora politiking dihadapi Melayu. Tetapi anak bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir ini, ini terlupa barang kali apa yang tersirat di sebalik pelantikan Haron itu.
Dia gagal membaca apakah motif dan tujuan Zahid Hamidi atau MPI melantik Haron. Haron waktu ini adalah Mursyudul Am Pas, pemegang jawatan tertinggi dalam Pas yang boleh memvetokan Pas menurut kehendaknya?
Tidakkah orang berkuasa dengan MPI itu ada menyimpan motif politik demi kepentingan Umno dan BN dengan melantik Haron itu? Kalaua hendak dikira masih banyak lagi tokoh-tokoh dakwah bebas handalan dan tulus serta melepasi mindanya melepasi sempadan dan ideologi politik layakan untuk mengetuai kluster berkenaan.
Tetapi kenapa mereka tidak dilantik? Jawabannya mudah gampang dong, kerana mereka tidak ada pengaruh politik dan menguasai organi politik seperti Haron.
Jadi kalau ada orang bermadah pelantikan Haron adalah untuk kepentingan politik Asyraf jangan buat-buat tidak nampak dan melihat tuduhan sebagai berniat serong. Jangan memakan sireh dengan kapur baruh nanti mabuk dan pening.
Apa yang dikatakan Husam Musa itu benar, pelantikan Haron Din itu sedikit sebanyak menjatuhkan imej Pas. Seorang Mursyidul yang berada pada tempat teritnggi tetapi boleh menjadi pembantu kepada Timbalan Perdana Menteri, yang dari segi keilmuannya jauh lebih rendah dari Haron. Mungkin juga kesediaan Haron itu kerana memakai prinsip yang dipelupori Pas kini, mencari keredhaan Allah?
Pas sebagai parti Islam (agama) yang selamanya ia mengakui hebat tidak seharusnya menyetujui pelantikan Haron itu melainkan ia membawa agenda untuk bersama. Setidak-tidak Pas boleh bersedia untuk menerima pelantikan Haron sebagai Menteri Di Jabatan Agama bukan hanya sebagai ketua kluster sosial sahaja, di mana jawatan itu tidak lebih sebagai ketua biro dalam Umno sahaja.
Dan kalau pun Zahid hendak beri dan pergunakan Haron Din demi politiknya, berilah jawatan yang lebih tinggi dan bermartabat setanding dengan status Mursyidul Am. Dalam Pas ini apabila terlalu takut sangat kepada binatang besar (gajah) sampai lupa unggas kecil (nyamuk) yang merbahayakan.
Kepada Asyraf lain kali kalau hendak berkecek biarlah memahami serta tahu hujung jatuhnya. Anda kena bayak membelek kamus politik daripada melihat nota-nota di kepala anda sahaja. Banyak kenyataan dan ulasan ahli politik muda ini nampak saongsang dan longgar tidak mencerminkan arca ketingian sinar intelektual yang ada kepada wajahnya. [wm.kl.8:58 am 14/02/16]
No comments:
Post a Comment