Monday, April 4, 2016

Daeng Sanusi kena undur untuk jaga maruah Pas

STOP PRESS 

Saya baharu menerima email surat Husam Musa yang ditujukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pas, Daeng Sanusi Daeng Meriok (foto). Atas alasan dan hujah yang diberikan Husam, Daeng Sanusi bukan sahaja tidak layak untuk menghakimi dakwaan ke atasnya (Husam), tetapi dia juga patut berundur dari memegang jawatan itu secara terhormat.

Daeng Sanusi seharusnya lebih bertanggungjawab dan menjaga keampuhan integriti parti daripada orang-orang yang disenanginya. Kalau beliau yang sudah jelas "melakukan salah laku" seperti didakwa Husam itu masih lagi bertahan, macam mana ahli dan penyokong Pas mahu menjadikan dia sebagai "orang tua" berwibawa dan dihormati.

Hendaknya Daeng Sanusi tidak mengulangi krisis kehakiman yang pernah berlaku di negara ini. Wajah dan maruah Pas harus dijaga sebaik mungkin setaraf dengan ia sebagai sebuah parti agama. 

Dibawah ini disiarkan sepenuhnya surat Husam Musa berkenaan. 

Assalaamu'alaikum wbt.
Ke majlis,
Yang Arif,
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS,
318A, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

Yang Arif,

POHON MEMPERTIMBANG LANJUTAN TARIKH JAWAPAN SURAT TUNJUK SEBAB DAN BANTAHAN YANG ARIF DR. DAENG SANUSI DAENG MARIOK MEMPENGERUSIKAN SIASATAN JAWATANKUASA DISIPLIN

1. Saya telah menerima surat Tunjuk Sebab dari Yang Arif, nombor Ruj: PAS/PA/JKTT/15-17(02) bertarikh 22 Mac 2016 yang saya terima pada 29 Mac 2016, sekembali saya dari beberapa acara di Kuala Lumpur, termasuk majlis Kongres Rakyat - Selamatkan Malaysia di Shah Alam.

Pada hari ini, 3hb April, saya sudah berada di Indonesia sehingga 8hb April atas acara yang telah diatur lebih awal.

Untuk berlaku adil, saya mohon supaya tempoh 14 hari yang diberikan oleh Yang Arif dilanjutkan sepuluh hari lagi.

Ini untuk membolehkan saya menyiapkan maklum balas secara lebih teratur.

2. Kedudukan Yang Arif selaku Pengerusi Jawatankuasa Disiplin

Seingat saya, Yang Arif sendiri telah membuat beberapa kenyataan berunsur fitnah dan prejudis ke atas saya, khususnya menjelang Muktamar Pas yang lalu termasuk di Kelantan, Johor dan Selangor.

Anehnya, selepas Muktamar berlalu, Yang Arif tidak lagi menyerang saya secara terbuka, se akan serangan itu mempunyai agenda untuk pemilihan Muktamar.

Antaranya, dalam satu dialog yang telah diadakan pada 24 November 2014 bertempat di Akademik Harapan, Pekan Banting, Selangor. Di dalam dialog tersebut, Yang Arif antara lain berkata;-

"Husam Musa juga terlibat dengan PasMa, walaupun dia nafikan bahawa PasMa ditubuhkan bukan di rumah dia. Tak apalah, tapi saya faham begitu. Dia (Husam) macam penggerak belakang PasMa. Husam juga terpinggir dalam Pas kerana nampaknya tak berapa ada masa depan dia dalam Pas kerana dia telah melakukan banyak kesilapan-kesilapan dalam Pas."

Kenyataan dan pendirian Yang Arif dikira dakwaan tidak benar yang serius kepada saya dan termasuk fitnah yang dilarang oleh Islam pada sisi saya sebagai mangsanya.

Saya tidak ingin memetik kod tatacara kehakiman keislaman di sini kerana saya kira Yang Arif lebih atau sepatutnya arif.

Saya cuma mengingatkan, di dalam Islam, tohmahan dan sikap hakim yang berkepentingan diambilkira dan diberi perhatian serta pertimbangan oleh syarak kerana ia akan mempengaruhi penentuan hukum dan keputusan penghakiman.

Saya dengan ini, sebagai tertuduh di depan Yang Arif, mengesyorkan demi menjaga kemulian Parti Islam dan Islam itu sendiri, untuk menguzurkan diri dari mengendalikan kes saya.

Sebagai veteran parti yang mendalami pengajian Islam, Yang Arif telah sanggup berlaku tidak adil kepada saya dan membelakangkan prinsip tabayyun serta tidak pernah memanggil saya untuk mendapatkan penjelasan sebelum mengeluarkan kenyataan-kenyataan itu.

Oleh itu, bagaimana saya boleh meyakini Yang Arif boleh berlaku adil sekarang?

Mengecualikan diri dari mengendalikan kes saya adalah lebih menampakkan keadilan dan memenuhi tatacara kehakiman Islam.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang Benar,

Husam Musa
Yang Dipertua Pas,
Kubang Kerian

3hb April 2016/ 25 Jamadil Akhir 1437,
Lapangan Terbang Bima,
Sumbawa, Indonesia
[wm.kl.8:23 pm 04/04/16]

9 comments:

zul said...

Hukuman Hudud tidak boleh tertegak secara adil, jika hakim bersifat bias.... Jika Daeng Sanusi sendiri selaku Pengerusi JK Disiplin PAS tidak boleh menjunjung prinsip keadilan, bagaimana rakyat boleh menyakini golongan ini sebagai pejuang hudud tulen ?

Mohd Salleh said...

Hakim Islam atau yang bernama hakim wajib menghindarkan diri daripada niat jahat yang dipasang daripada awal berdasarkan kenyataan2 awal yang dikeluarkannya. Jika tidak ia akan merosakkan kewibaan dalam dirinya, menganaiya si tertuduh dan memalukan sistem perundangan syariat yang diimanainya. Apa dah jd dgn PAS semenjak kumpulan Haji Hadi "ULAMA" monopoli dan sapu bersih kemenangan. PAS dok syok sendiri sangat dia sahaja ISLAM, diluar lengkongannya tidak.Buktikan

Abdul Hadi said...

Saya muallaf yang sudah 32 tahun memeluk Islam.Saya mengikuti agenda perjuangan PAS semenjak dahulu lagi.Yang pasti PAS di bawah pimpinan Almarhum tuan guru ustaz Fadhil Noor sangat berhikmah dan diterima oleh kawan dan lawan,islam dan non-muslim..sekarang setelah pemergian Almarhum tuan guru ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,nada dan rentak perjuangan PAS sudah banyak berubah.

Ujang said...

Keadilan itu luas maknanya dan untuk semua.jangan lah kita menuntut keadilan untuk kita tapi dalam masa yang sama kita terlupa untuk berlaku adil. Adil kah kita jika berada dalam jemaah tapi menggunakan pentas musuh untuk menghentamjamaah kita. Apakah beliau rasakan diri beliau betul dan jamaah salah. Kalau begitu berundur lah dan sertai parti yang beliau rasakan betul. Ya beliau ada membuat teguran dan pasti lah barisan kepimpinan dah ambil maklum maka beliau tak boleh mangharap teguran beliau digunapakai. Bila tak diambil tindakan atas teguran beliau adakah itu membolehkan beliau menghentam parti sendiri di atas pentas musuh?.perlu diingat beliau tiada dlm barisan kepimpinan kerajaan negeri semasa Almarhum TGNA masih berkuasa.

Wan Naza said...

komen sedara ujang tidak berasas, pentas musuh tu merujuk kepada ceramah bila. siapakah musuh pas. "perlu diingat beliau tiada dlm barisan kepimpinan kerajaan negeri semasa Almarhum TGNA masih berkuasa". fakta ni pun salah dan mendorong kearah fitnah dan bias. hakikatnya Husam tiada dlm kerajaan dikala TGNA tidak menjadi MB.

Ahmad Farhan said...

Adilkan pemimpin pas guna media musuh untuk memfitnah atau menghentam ahli sendiri masa muktamar dulu?
Adilkah pemimpin pas membaruakan ahli sendiri?
Adilkah pemimpin pas menuduh ahli sendiri menjadi barua musuh tanpa membawa bukti yg saheh?

azam muhamad nor said...

apakah bg PAS UMNO skrg ini bukan lagi musuh?dan definisi musuh itu telah bertukar kpd pihak yg membuat teguran?kerana kalau diikutkan sejarah di dalam PAS teguran secara terbuka itu sesuatu yg dialu alukan.

ct.eilaiza said...

Assalam...saya keliru dengan kenyataan saudara ujang. Adakah pendapat atau kenyataan beliau ini mengikut fakta? Saya setuju dengan pendapat saudara wan naza. wassalam.

laskarfajar said...

Berlapang dada lah semua pihak...prinsip keadilan dlm Islam bagi tugas seorang hakim adalah berusaha sedaya upaya untuk membebaskan tertuduh bukan mencari ikhtiar untuk menghukum. Jika seorang hakim tersilap membebaskan seorang pesalah, itu adalah lebih baik drp dia tersilap menghukum tertuduh yg tak bersalah. Wallahuaklam..