Husam sedang memberi buah fikirnya dalam Hardtalk. |
Majlis itu anjuran Masyarakat Penyayang Selangor (Ehsan) sebagai mengganti kekosongan "waktu kerja" Dr Mahathir Mohamad apabila debat beliau dengan Nazri Aziz pada tarikh sama dibatalkan, apabila polis menarik balik permit yang diberikan pada mulanya.
Hardtalk malam tadi mengemukakan tiga orang penyoal (interculator) untuk bertanya dan mengasak kedua tokoh itu dengan apa-apa sahaja soalan. Dalam majlis seperti itu biasanya penal akan disoal dengan soalan-soalan terjun yang dijangka tergagak-gak atau rumit untuk dijawab oleh ahli penal.
Mereka yang diundang menjadi penyoal ialah Dr Mazlee Malik, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Adun Batu Buruk Terengganu) dan Dr Wong Chin Huat dari institusi penyelidikan Pulau Pinang. Mereka semua adalah dikenali dan pakar dalam bidang masing-masing. Sayang tidak diletakkan penyoal berbangsa India. Jika penyoal itu serangkai -- dari tiga bangsa, ia lengkap sebuah team pengasak yang sempurna dalam konteks negara berbilang kaum. Kepakatan rakyat juga lebih menyerlah.
Sudah pasti penyoal India sedikit sebanyak akan menyoal atau menimbul perkara berkaitan dengan kepentingan kaum itu dan membuka hasrat mereka tersendiri. Apabila mereka tiada, maka lomponglah isu-isu mengenai kaum itu? Nasib baik Husam tidak teralpa kepada kepentingan atau nasib bangsa ini. Beliau ada juga memberi perhatian dan mengira kaum India juga boleh menjadi pemancu perubahan negara dan jangan diperkecilkan.
Hadirin memberi tumpuan penuh minat. |
Pemandangan di sebelah kanan pentas, sesak. |
Ada berbagai-bagai isu yang diutarakan malam tadi; pendidikan, ekonomi, pilihan raya, keselamatan, kebajikan dan juga mengenai polisi-polisi dan dasar kerajaan yang diajukan. Semua isu itu menarik sekali dan kena dengan temanya "Malaysia pasca Najib".
Cuma apabila ia diselitkan tawaran atau janji kepada rakyat Malaysia, ia semacam sedikit terbalik, songsang, seolah-olah kemenangan masih belum berlaku apabila ia masih mengemukakan tawaran-tawaran dan jaminan baru buat rakyat? Jadi hardtalk berkenaan dengan tajuk itu tidak relevan, kerana ia berbincang mengisi kemenangan bukan mencari formula dan mengatur strategi kemenangan?
Hardtalk itu berjalan kia-kira lebih tiga jam. Pengendali atau pun maderator ialah oleh sdr Arifin Hassan, seorang pakar perunding strategi negara tidak asing lagi. Saya memberi tiga bintang kepada Ariffin atas kelancaran dan kepetahan beliau menguruskan hardtalk berkenaan. Sekiranya beliau ternampak saya angkat tangan dua kali untuk mencelah, semasa peluang dibuka kepada umum, tentu saya akan memberi tambahan satu bintang lagi kepadanya. (Hehe...) Saya ingin mengajukan soalan kepada kedua tokoh dipentas itu sebagai reaksi kepada apa yang dibangkitkan dan dijawab oleh Dr Mahathir.
Kehadiran malam tadir terhad. Ruang seminar memuatkan kira-kira 100 penuh sesak. Suku daripada para pengamal media. Sepatutnya Hardtlak begitu diadakan dalam ruang lebih luas memberi penyertaan lebih besar. Saya yakin kalau ia dibuka luas ramai lagi politician dan pemikir akan hadir. Malam tadi antara Vvip politik yang saya nampak, bekas MB Selangor Muhammad Mohd Taib, ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, bekas Adun Kelantan Nordin Salleh, kawan saya Sobree Shafei dan lain-lain.
Masa juga sepatutnya bukan tiga jam setengah tetapi kalau lima jam pun tidak menjemukan dan para hadirin setia menunggu. Majlis malam tadi lebih berisi dan bernas daripada ucapan membetang usul RUU 355 oleh wakil Marang dan perbahasan menyokong usul oleh wakil Kota Bharu di parlimen hari sebelumnya.
Dua sahabat saya juga turut hadir. |
Lain kali diharap ia akan diadakan dengan lebih kemas dan bersiap sedia lagi. Mungkin penalis lain yang dari berbagai rahang ilmu, profesional, ideologi politik boleh dijemput. Saya ingin mencadangkan di sini hardtalk khas untuk membincang perkembangan dan senario politik Kelantan pasca Tokguru Nik Aziz boleh diadakan. Dan seorang penalis yang tepat untuk dipanggil saya kira ialah Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh politik Kelantan dan bekas Menteri Kewangan Malaysia.
Ada beberapa persoalan terjawab dalam hardtalk malam tadi. Pencerahan kepada umum tentang apa dan kenapa maka Najib Razak perlu diturunkan. (Baca wajib). Selain itu kerana kebijaksanaan penyoal, membolehkan hadirin dapat mengetahui beberapa peristiwa sebelum ini yang tidak difahami dengan baik, terutamanya apa dilakukan Dr Mahathir diera beliau menjadi PM. Perbandingan stail kerja atau pelaksanaan polisi, penggunaan kuasa Dr Mahathir dengan Najib dapat direnugi sedalam mungkin dan menilai siapa lebih buruk dan jahat.
Antara apa yang dibangkitkan misalnya, (pertanyaan) apakah Dr Mahathir sedia untuk mengepalai pembelaan terhadap Anwar Ibrahim yang mana beliau (Dr M) bertanggungjawab memenjarakannya, membebaskan dari penjara dan juga dibebaskan dari sekatan menyertai pilihan raya ekoran itu. Pertanyaan timbul bagi menghuraikan keraguan setengah pihak apabila pembangkang khususnya segelintir dalam PKR sukar untuk menerima huluran salam politik daripada Dr Mahathir.
Ada yang masih terus berdendam dan mencemuh dengan Dr Mahathir kerana tidak dapat melupai tindakan politiknya terhadap Anwar sebelum ini. Jadi pertanya terus terang dan bersemuka itu dapat difahami dan dimengertikan dengan baik. Jawaban Dr Mahathri seharusnya diterima dengan baik untuk sedia melupai kisah lampau dan melakar cerita baharu. Kata Dr Mahathir dalam politik tidak ada musuh dan kawan yang kekal.
Selain itu perubahan atau persepsi Dr Mahathir terhadap demostrasi diungkitkan, juga sesuatu yang menarik. Saya kira soalan ini diluar jangka orang ramai tetapi sudah dirasakan oleh Dr Mahathir kerana dengan senang beliau menjawab. Dan jawaban-jawaban Dr Mahathir terhadap pertanyaan kritikal yang dianggap sudah kliese dalam politik hari ini menggambarkan akan kehebatan psikologis politik bekas PM itu dan ia masih utuh -- jauh daripada nyanyuk jika dibanding penyu tua.
Tidak ada soalan misteri bagi Husam yang dilontarkan. Sebaliknya Husam lebih banyak bertindak melunakan beberapa jawaban dan sikap politik Dr Mahathir yang dipamerkan (tidak dapat diterima sesetengah pihak) dengan penuh jawaban diplomatik. Husam malam tadi bertindak "merisik" balik jawaban dan pendirian Dr Mahathir dalam aspek tertentu. Kemahiran Husam "merisik" ini menunjukkan daya diplomatik Husam juga tinggi. Malam tadi dia mempemirkan bulu emasnya kepada Dr Mahathir dan audien.
Mungkin penyoal terutamanya, Dr Wong Chin Huat tahu dengan sikap Dr Mahathir yang dianggap anti Cina, maka beliau melotarkan soalan yang mahu menguji sikap terkini Dr Mahathir dan mengharap jawaban terbuka yang berubah? Inilah antara bentuk soalan yang kritikal kurang enak didengar tetapi perlu kerana boleh mengusaikan keraguan. Ketika inilah Husam betindak melendikkan keadaan.
Sebagai contohnya apabila Dr Mahathir dilontarkan pertanyaan berhubung cadangan untuk mengwujudkan pilihan kerajaan tempatan yang diminta DAP dan telah dipersetujui PKR. Dengan tegas Dr Mahathir menyatakan pendiriannya tidak bersetuju dan mengaku penolakan itu maka beliau dianggap rasis. Dr Mahathir terang menyatakan itu walaupun soalan itu menyebabkan perut saya sendiri mengelemang. Saya yakin persoalan itu tidak disenangi oleh orang Cina, sebab itulah dalam laporan sesetengah portal mengenai majlis semalam itu isu tersebut diutamakan.
Tetapi ia dihurai dengan baik oleh Husam. Husam tidak menjawab tidak setuju atau membantah tetapi beliau menarik perhatian kenapa perlu ada pemilihan kerajaan tempatan adalah untuk membaiki dan memberi kesan kepada PBT. Persoalannya yang perlu diutamakan menurut Husam ialah memastikan mekanisme membentuk kerajaan PBT itu. Tidak berbangkit apakah perlu diadakan pemilihan kerajaan tempat atau meneruskan kaedah sekarang.
Dalam pembentukan inilah perlu tegasnya dibuat dengan penuh profesional bukan mengambil sembarangan sehinggakan ahli-ahli tidak dapat berperanan dengan baik yang kesannya kepada kerajaan tempatan itu sendiri. Dan sudah pasti semasa mengisinya nanti perlu menuruti kouta tertentu. Pun begitu cadangan itu boleh juga dipertimbangkan dan mengikut keperluannya nanti. Di sinilah menyerlahkan kefatanahan Husam. Husam bertindak bagaikan biduk menangkupkan kiambang.
Mahu laga Husam dengan Dr Mahathir
Apabila penganjur meletakkan Husam dan Dr Mahathir sebagai penalisnya ia satu usaha yang baik. Saya nampak dalam kes ini pihak penganjur sengaja berbuat demikian untuk menguji cara Husam berfikir. Mungkin juga untuk membuktikan apa yang seseorang telah menilai (menggelar) manusia Husam ini.
Kita tahu Dr Mahathir adalah tokoh, negarawan terbilang yang penuh pengalaman. Jarak beliau dengan Husam semacam anak dengan bapak. Dr Mahathir menjadi PM selama 22 tahun sedangkan Husam hanya menjadi Exco Kanan Kelantan sekitar 10 tahun. Pengalaman itu tentu sekali berbeza. Jadi tentu akan ada kekekokan dan kelemahan kepada Husam apabila diperegukan dengan Dr Mahathir. Semacam sahaja tindakan itu untuk memalukan Husam. Mengadukan pesilat muda yang darah setampuk pinang dengan sang mahaguru perkasa.
Jadi saya kira ia sengaja "diatuk" (diletakkan) untuk melagakan Husam dengan Dr Mahathir bukan mahu mencari dan mengharap kekalahan di pihak Dr Mahathir tetapi untuk mengetahui sejauh mana bingkai fikir Husam dapat menjungai pemikiran Dr Mahathir dalam keadaan spontan. Untuk membuat perbandingan di antara kedanya dari segi idea, wawasan, cara berfikir serta kepintaran menjawab solan serta mengemukakan solusi atas permasalah yang dibangkitkan.
Itu saya kira tujuan tersembunyi di sebalik meletakkan keduduanya dalam medan hardtalk. Bagi saya bukan dari sudut senioriti dan ketepatan mengikut urutan hierari parti sebab, Husam hanya penasihat Amanah Kelantan manakala Dr Mahathir Penasihat PBBM Malaysia. Seharusnya jika diambil kira dari segi status yang patut diadukan adalah Mohamad Sabu bukan Husam.
Iya sebelum ini Husam pernah berada satu pentas bersama Dr Mahathir dalam ceramah politik pembangkang. Dalam hitungan saya sudah lebih lima kali. Tetapi peluang itu tidak dapat orang menyaksi serta membandingkan Husam dengan Dr Mahathir secara langsung yang lebih gentlemen. Sebab di pentas ceramah mereka bebas mengeluarkan pandangan tersendiri sebaliknya di hardtalk seperti itu mereka diaju dan diterjahkan persoalan.
Lantaran itu apabila beliau diletak di sebelah Dr Mahathir untuk menjawab, memberi kupasan terhadap topik semasa serta menyuntik aspirasi untuk umum ia akan memperlihat sejauh mana jangkauan pemikiran Husam dan kemampuannya berfikir. Program sepeti itu sangat memerlukan bukan sahaja ketangkasan berfikir tetapi kewarasan dan pratikal berhujah.
Saya sendiri melupai keletihan sanggup hadir ke majlis itu untuk melihat kemampuan Husam semalam. Jauh disudut hati timbul juga rasa bimbang apakah Husam dapat menelorkan pemikiran dan idea setanding dengan Dr Mahathir. Atau pun beliau hanya akan menuruti apa yang Dr Mahathir ucap jauh sekali untuk mematah apa-apa garis dan titik serong yang bercanggah dengan fikiran dan politiknya. Mungkin perbezaan pengalaman itu menjadikan gap untuk Husam dan beliau tidak berani untuk mengeluarkan pendapat.
Nampaknya malam tadi tidak begitu. Apa yang disebut arwah Tonguru Nik Aziz bahawa Husam "budak cerdik", terselah dipentas hardtalk itu. Husam bagi saya benar-benar Hang Nadim yang sepatutnya dipelihara oleh Pas dan negeri Kelantan bukan dibuang kejam begitu. Atau kalau pun benci kerana godaan amarah oleh mereka yang berdendam dengannya, dia sepatut mengambil sikap seperti Bendahara Melaka melindungi Hang Tuah di Ulu Melaka kandati Sultan memerintah membunuhnya. Tetapi tidak begitu berlaku keapda Husam. Kelantan (basa Pas) belum tahu hatta sedekad atau dua dekad lagi untuk melahirkan seorang Husam baru.
Kecerdikan dan pandangan jauh Husam tidak dihargai atau tahu untuk dinilai. Husam menjadi sebiji permata yang jatuh di kaki orang yang jahil mengenai hal ehwal batu permata.
Pemikiran dan jangkauan idea Husam sama jauh dengan Dr Mahathir sehingga saya nampak beberapa ketika Dr Mahathir asyik mendengar dan menumpu tajam kepada Husam yang memberi hujah sambil menganguk-angguk kepala dan membuka senyum puas. Mungkin saat sekarang ini Dr Mahathir juga berasakan Husam adalah patner yang idea baginya untuk menggulingkan Najib.
Misalnya macam mana Husam mengulas dan membuat analogi mengenai apa yang berlaku dalam negara ketika ini yang menjadi pertuturan seluruh dunai, bukan disebabkan ia berlaku secara sengaja. Sebaliknya kata Husam kemalangan yang diterima negara kini ialah disebabkan ianya dirancang oleh Najib. "Masalah negara yang berlaku sekarang bukan secara sengaja, tetapi ia sesuatu yang dirancang." Tentunya Husam merujuk kepada beberapa polisi dan dasar Najib. Misalnya penubuhan syarikat strategi negara 1MDB yang kini menjadi bala besar adalah ciptaan Najib.
Itulah mungkin dimaksud Husam yang masalah negara dirancang. Husam juga menyebut atau menggunakan istilah, berlaku "pendarahan" dalam pengurusan ekonomi dan kewangan negara. Ini adalah istilah yang cukup menarik "bambastik" menggambarkan apa yang berlaku kini sangat kritikal. Pendarahan ini katanya kalau tidak disekat ia akan menyebabkan negara akan musnah.
Jika diibarakan kepada manusia yang mengalami pendarahan teruk menyebabkan nyawanya akan tercabut bila-bila masa. Ertinya negara kini sedang berada dalam zone merah. Bahaya.
Ada beberapa contoh atau segmen lagi yang menyerlahkan akan jauhnya jangkauan akal fikir dan pemikiran matematikal politik diplomatik Husam. Anda boleh memahami dan merasainya dengan menyaksikan sepenuh klik video hardtalk berkenaan.
Selain itu lontaran tawaran dikemukakan Husam dan komitmennya kepada rakyat sangat menarik dan mengkagumkan. Ia bukan retorik seperti projek Hudud tetapi pratikal yang realistik. Misalnya macam mana beliau berjanji akan menggunakan wang royalti Petroluem yang sepatutnya diterima kerajaan negeri Kelantan akan digunakan untuk pembangunan pendidikan. Husam tidak bercerita fasal prasarana dan pembangunan material tetapi pembaguan ilmu, manusia. Menuruntya masalah dan hambatan pendidikan dihadapi rakyat Kelantan akan selesai sekiranya wang royaliti itu diberi sepenuhnya.
Katanya masalah kewangan sangat mengawati nasib anak-anak muda dan para siswa khususnya di Kelantan. Pendidikan adalah pelaburan paling mahal dan utama yang perlu ditangani.
Dengan mengemukakan persoalan itu Dr Mahathir yang berada di sisi secara tidak langsung Husam memberi batu buah keras atau memahamkan kepada Dr Mahathir apabila royaliti dinafikan, menyebabkan Kelantan tertinggal, rakyat bergelumang masalah kewangan. Husam menceritakan bagaimana ibubapa di Kelantan menjual tanah untuk membiayai pengajian anak-anak. Sekiranya wang royalti itu diberi tentu bebanan kewangan ibubapa itu dapat diatasi. Begitu halus cara Husam mengkritik dan memberi kesedaran kepada Dr Mahathir supaya bekas PM itu sedar kesalahannya dilakukan di Kelantan. Husam semacam berpesan tatkala Dr Mahathir dalam tidur.
Justeru itu katanya secara jenaka, kalau ditakdir Dr Mahathir jadi PM sekali lagi, dia akan mohon untuk jadi pegawai di Jabatan Perdana Menteri. Dan perkara apa yang akan dituntut dengan PM nanti ialah meminta kerajaan membayar kesemua royalti Petroleum ke Kelantan dalam masa seminggu. Tepukan bergemuruh kedengaran menyokong komitmennya itu.
Saya melihat Dr Mahathir mengangguk-nagguk mendengar kata-kata Husam itu. Jenaka itu sudah tentuk menyocok jiwa Dr Mahathir dan sekiranya Pakatan Harapan memerintah Malaysia, saya jamin soal royalti akan selesai dan Kelantan tidak akan susah. Syaratnya kerajaan nanti ialah krajaan Pakatan Harapan bukan UBN.
Ohnya sebelum itu saya hendak sebut juga tentang perbezaan di antara penyoal malam tadi. Ternyata penyoal Cina lebih berani dan agresif daripada dua penyoal Melayu. Seharusnya dalam program bergitu penyoal Melayu tidak sangat bersikap malu alah atau pun menghormati adat, sebab peluang seperti itu bukan selalu.
Mengenai soalan yang ingin saya kemukakan tetapi tidak berpeluang tadi berbunyi begini; "Tun, Tun sudah mengakui jalan terakhir untuk menjatuhkan Najib dan menumbangkan kerajaan hari ini ialah dengan cara berdemostrasi. Demostrasi kata Tun adalah jalan terakhir, setelah semua instrument lain ditutup rapat oleh Najib.
"Apa saya hendak tanya Tun dan juga Datuk Husam, sekiranya selepas Piraum ke-14 nanti, pembangkang (Pakatan Harapan) tetap juga tidak menang dan BN terus berkuasa dan Datuk Seri Najib menjadi perdana menteri, (Nauzubilahiminazalik), apakah Tun bersedia untuk turun ke jalan raya mengetuai demonstrasi besar-besaran?
"Bagi saya sudah sampai masanya orang politik, tokoh politik menjadi kepala kepada demostrasi bukannya berada di belakang dan rusuk Ngo (Bersih). Walaupun Bersih itu digagasakan oleh Ngo, tetapi kali ini parti-parti politik (Pakatan Harapan) perlu berada di hadapan manakala Ngo dan Bersih berada di belakang. Parti politik perlu kipnet projek Bersih itu demi negara. Apa pandangan Tun dan Datuk Husam."
Inilah soalan yang saya ingin bangkitkan apabila Dr Mahathir berkata dia mengambil demonstrasi yang ditentang sebelum ini sebagai jalan akhir untuk menjatuhkan kerajaan kleptrokasi Najib. Sayang saya tidak dapat mengajukan soalan itu jadi kita tidak tahu apakah jawaban dan reaksi Dr Mahathir dan juga Husam terhadap soalan saya itu. [wm.kl.6:29 pm 08/04/17]
5 comments:
Salam. Betul, tuan. Saya menyetujui pandangan tuan. Syabas atas ulasan yang baik ini. Wassalam.
husam terbaik
Congratulation tuan haji mso
I like ur opinion
Pertanyaan yg tuan MSO cuba aju kan kepada Tun Mahadir tu memang relevan kerana insyaallah BN akan tetap memenangi PRU14..setelah saya congak , campur, tolak , darab ,bahagi sememang nya PRU14 akan beepihak pada BN
Terbaik bro
Post a Comment