Bukan roboh tetapi disengetkan sahaja. |
Pembinaan gerai jualan berbentuk kekal itu sebagai mengganti gerai sebelum ini, yang dikira sudah lumaya berbanding dengan gerai-gerai lain yang bentuk dan materialnya sedarhana sahaja, dengan sekaki payung atau sebuah bangku. Kalau pun agak menjolok mata ada gerai yang pelantaian, lantainya disimen untuk menjamin kebersihan. Tiada masalah.
Pun begitu gerai-gerai itu masih boleh dimaafkan walaupun semua gerai terletak di sepanjang Jalan AU ke Lembah Keramat dari Wangsa Maju bertentangan dengan Wangsa Siaga itu adalah di atas rezab jalan, di mana kalau mengikut undang-undang kecil DBKL ia haram dibangunkan atau pun menjalankan aktiviti menjaja.
Di simpang jalan ini sering berlaku kesesakan. |
Jentolak siap untuk merobohkan gerai. |
Sambutan dan kemajuan gerai itu memungkinkan empunya berfikir untuk memperindah dan menyelesakan lagi gerai berkenaan. Sepanjang Ramadhan lalu gerai itu tidak berjualan, dan ruang itu diambil untuk membina gerai baharu, dengan kerangka besi dan siap dengan bangku bahagian dapur berkonkrit. Kewujudannya semacam bukan sementara lagi atas rezab jalan sebaliknya kekal?
Dari dahulu sampai sekarang saya tidak faham kenapa kelonggaran diberikan oleh DBKL untuk berniaga di sepanjang jalan itu. 20 tahun lalu seingat saya hanya dua buah gerai sahaja yang wujud, kemudian ia tumbuh hingga kini sudah memenuhi sepanjang kiri jalan berkenaan. Hampir 90% yang datang berniaga dan mencari rezeki di situ adalah orang di luar kawasan taman Wangsa Melawati. Ada setengah datang menyewa di taman ini dan menjalankan perniagaan.
Tidak mengapa, kalau diberikan kesempatan untuk mereka berniaga. Hanya itu sahajalah daya orang Melayu untuk berdagang bersabung nyawa di ibu Kota Kuala Lumpur ini. Untuk memiliki gedung tinggi membukan restoran bertaraf lima bintang atau cafe mereka tidak mampu. Kalau ada yang mampu pun adalah dari kalangan pensiun penjawat tinggi kerajaan atau korporat Melayu dan ahli politik sahaja yang ketidakhabisan duit.
Dua jentolak dibawa hanya untuk sengetkan gerai. |
Tidak sampai dua minit gerai pun senget. |
Pembuangan air di gerai-gerai yang menjalankan perniagaan makan minum tidak teratur juga menghadirkan bau busuk dan keadaan tidak kondusif. Sisa makanan yang tidak disaring menyebabkan berlaku "kesebakan" dalam longkang. Ruapan bau itu sedikit sebanyak menganggu keselesaan pendudukan di taman ini. Itu tidak lagi dikira apabila berlaku kesesakan terutaman pada bulan Ramadhan kerana sepanjang jalan itu dijadikan bazar Ramadhan yang kurang teratur.
Ada benar juga kalau penduduk merunggut dengan keadaan tidak kondusif itu. Mereka membayar cukai rumah yang tinggi, membeli rumah di taman itu bukan kawasan setinggan untuk mendapat fasalitis yang selesa. Tiba-tiba apa diharapkan itu tidak wujud kerana hadirnya fenomena tersebut tentulah ia amat mengecewakan.
Jadi kalau mereka membantah dan membuat laporan kepada pihak berkuasa DBKL, bukan sesuatu yang kejam atau zalim kerana mereka menuntut untuk memperolehi hak mereka. Ia mungkin tidak jadi masalah sekiranya perjalanan perniagaan di gerai itu dijalan dengan teratur, sistemetik dan mengikut piawai atau standard sepatutnya seperti mana digariskan pihak Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tenaga Nasional, Jabatan Parit dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.
Di sini apa nak dinukilan baladda gerai di simpang Jalan Wangsa Melawati 4, akhirnya ia juga sampai ke pengetahuan DBKL dan tindakannya. Dan pagi tadi, (03/07/17) segerombolan skuad DBKL bergeliwatan di situ dengan kekuatan lebih 50 anggota. Kehadirannya tentulah untuk melakukan operasi merobohkan gerai berkenaan.
Itulah yang diharapkan. Sebagai seorang manusia yang memahami nasib pedagang Melayu di kota Kosmospolitan dan mereka ngunsi ke Kuala Lumpur, saya simpati dengan apa yang akan berlaku. Apabila gerai itu dirobohkan tentulah ia menyebabkan boroh atau pekerja di gerai tu akan kehilangan pekerajaan. Mata pencaraian mereka akan lenyap dapur mereka mungkin hanya berasap tetapi tidak lagi berbara.
Tetapi, di antara simpati dan tanggungjawab untuk melaksanakan tugas, saya lebih berpihak kepada DBKL. Makanya kalau DBK bertindak meroboh gerai itu ia sesuatu yang wajar kerana yang jelasnya empunya gerai berkenaan sudah melakukan kesalahan yang fatal. Apa sahaja tindakan DBKL ialah untuk membetulkan keadaan dan menjadi kelestarian bandaraya.
Saya memerhati kehadiran aparat DBKL dan tindakan bakal diambilnya. Memang cara DBKL datang dengan nawaitu untuk meroboh gerai berkenaan. Dalam kepala saya pun mengira selepas ini, ruang dibangunkan gerai itu akan "licin gerlin", dan tiada lagi gerai di situ. Perobohan itu juga nanti akan memberi pengajaran kepada gerai-gerai lain daripada mengembangkan (ubahsuai) gerai mereka.
Saya lihat ramai anggota berpakaian seragam DBKL. Junlah hampir atau lebih 50 orang. Terdapat dua buah jentolak, dua buah lori besar dan beberapa buah van yang mengangkut anggota penguatkuasa. Cara DBKL itu seperti bersiapa sedia menghadapi apa sahaja kemungkinan tentangan daripada pihak pemunya bila tindakan dilakukan.
Lama saya memerhati lebih satu jam. Dua buah jentolak sudah agak lama bersiap sedia dan menunggu arahan untuk melakukan kerja meroboh. Dalam gerai itu kelihatan beberapa orang berstatus pegawai sedang bercakap dengan seseorang. Saya percaya dia adalah pemunyanya. Lagaknya boleh tahan juga, sesuai dengan keberaniannya membina gerai itu.
Selepas beberapa jurus kemudian, seorang pegawai memberi isyarat kepada jentolak untuk mendekati bangunan gerai itu. Satu di sebelah kanan satu di sebelah kiri. Perundingan masih berjalan. Saya nampak lelaki yang persis tuan gerai menyerahkan telefon kepada seorang berstatus pegawai? Saya berdiri tidak jauh memerhati penuh minat dengan berbagai pesepsi. Entah bagai mana di sudut hati saya, terbetik kata, hari ini gerai ini tidak jadi roboh? Mesti ada perundingan?
Ternyata apa yang saya duga menjadi kenyataan dan benar. Jentolak itu menyentuh hanya sebatang tiang gerai itu sahaja menyebabkan ia menjadi senget. Tidak sampai suku bahagian gerai itu jatuh tunduk ke bumi sementara bahagian lain masih tegak berdiri. Sekejap kemudian para anggota DBKL beredar dan yang bertaraf pegawai menaiki van penguatkuasa berlalu.
Belum sepenuhnya sepenuhnya kenderaan DBKL, beberapa orang dipercayai kuli peniaga gerai itu menolak masuk peralatan perniagaan yang tadi diarah dibawah keluar. Almarin bercermin tempat pamiran makanan kueh mueh diletakkan ditempat asalnya. Saya percaya dan yakin dua tiang besi gerai itu yang ditolak menjadikan gerai itu senget akan pulih balik selepas ini.
Keadaanya ibarat dua batang kaki kambing yang dipukul perlahan menyebabkan tubuhnya terhujung sedikit ke bumi. Si tuan pasti akan mencari ubat untuk menyebuhkan kedua belah kaki sang kambing itu, selepas ini kambing itu akan berlari semula dengan ngebekkan yang meta.
Persoalan saya, kenapa DBKL menampakkan tindakan kurang profesionalnya. Kalau datang dengan segala peralatan perang tetapi cuma nak sengetkan kaki gerai itu, tidak guna. Atau pun kalau tindakan itu sebagai hendak bagi pengajaran juga tidak guna. Ia boleh hantar seorang despatch untuk tampal notif ditiang gerai itu sahaja. Bukankah dengan datang begitu ramai tetapi tindakannya boleh dilakukan oleh seorang manusai sahaja ia suatu tindakan kurang pintar. Walahu'alam. [mw.kl.1:31 t/hari 03/017/17]
5 comments:
Terima kasih Tuan MSO. Tuan juga patut buat komen mengenai issue yang sama mengenai gerai2 yang tak berurus di sekitar Taman Melati Setapak.
Dah tertulis rezekinya dgn cara begini, soal SOP biar pihak berwajib yg tentukan, mungkin silap pemilik kerana tdak rujuk dlu dgn pihak berkenaan.. soal kesesakan, kebersihan, bla bla bla rasanya xde lh smpai memudaratkan. Klau xnk lalui semua tu hutan adlah tmpat yg pling sesuai, this is KL. Berapa bnyak penjaja yg wujud utk sara keluarga,mereka boleh menjual dgn harga yg murah, kewujudan mereka (penjaja) krana ad permintaan dri golongan sederhana hingga miskin bandar.. Point of the story kt sni kita jgn sakit aty sesama bangsa. Sblom nk berperang memerangi penjaja2 adlah lbih baik fokus pd isu2 yg lbih penting & utama yg bnyak menjahanamkn ank bangsa seperti perjudian, maksiat & sebagainya. Maaf jika sya tersilap kata sekadar kongsi pendapat.
Pemilik gerai haram ada ilmu kebal jurus tertinggi.
ilmu kebal atau ada suapan dibelakang tembok?
Saya cadangkan tuan MSO turut memberi komen mengenai keperluan pembinaan jalan raya yang teratur, sistematik, luas, cantik dan lancar di bandar-bandar di Kelantan.
Post a Comment