SUSUPAN PAGI
Setelah dipertikaikan selama empat tahun kedudukan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), DAP akhirnya Pendaftaran Pertubuhan (Ros) telah menghantar surat supaya parti itu mengadakan pemilihan jawatamkuasa kebangsaanya semula. Alasannya pemilihan sebelum ini, yang sudah terpakai beberapa tahun, sebagai tidak sah.
Arahan itu berupa ancaman kalau tidak diadakan pemilihan semula parti itu berkemungkinan akan diharamkan. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bertanggungjawab mengenai hal itu.
Anih kenapa begitu lama RoS untuk membuat arahan itu, setelah empat tahun berlalu. Kelambatan ini menimbulkan berbagai persoalan yang negatif menunjukkan seakan-akan jabatan itu ada sesuatu motif tertentu. Tidak seharusnya sebuah jabatan yang bertanggungjawab dalam menjalankan pemantauan ke atas sesebuah pertubuhan mengambil masa begitu lama?
Sikap itu menjadikan jabatan itu mengabaikan soal keselamatan negara. Tidakkah membiarkan sesuatu pertubuhan berjalan dalam keadaan illegal ia memberi kesan buruk kepada negara.
Sikap ini menjadi persoalan. Kerana itu alasan diberikan RoS juga tidak masuk akal. Kenapa sebuah pertubuhan yang berjalan secara tidak sah dibiarkan bergerak begitu lama. Orang yang arif membaca kilau dalam kilat sangat menyedari akan perkara ini.
Dan apabila tiba-tiba sahaja baharu sekarang di waktu Piraum hendak diadakan, baru DAP diminta agar mengadakan mesyuarat pemilihan semula kononnya bagi mengelakkan ia dibatalkan. Tindakan dan arahan itu seperti ada udang di sebalik batu. Ia sengaja dilengahkan kerana sesuatu sebab dimana cara itu sangat tidak profesional. Keperluan mengeluarkan arahan itu nampak seperti sudah ada "kongkalingkong"nya.
Mulanya pihak RoS hanya membuat kenyataan media berhubung masalah dihadapi DAP yang dianggap pemilihannya tidak sah. Tiada sebarang surat-surat berkaitan dihantarkan. Ahmad Zahid Hamidi yang bertanggungjawab mengenai bidang kuasa itu ikut sama membuat kenyataan seolah-olah memberi gambaran akan kedegilan DAP mematuhi undang-undang negara.
Paling dapat dirasakannya ianya ada bermotif politik apabila mengancam DAP kemungkinan akan diharamkan.
Selepas didesak oleh DAP agar mengeluarkan surat rasmi baru RoS berbuat demikian. Tindakan RoS ini tidak profesional di sinilah ia orang yang waras akan memikirkan ia ada motif tertentu. Kenapa ia tidak dibuat sejak awal-awal lagi selepas mendapat pemilihan CEC itu tidak sah? Pemilihan yang dikatakan tidak sah itu berlangsung pada tahun 2013 lagi.
Apakah jabatan itu tidak bekerja atau para pegawainya tidur, atau sememangnya menanti ada green light daripada Zahid?
Sekiranya arahan itu sudah dibuat sebelum ini tetapi tidak ada tindak balas oleh DAP, ia menunjukkan parti itu degil dan sedia untuk melanggari arahan RoS itu. Tetapi kenapa ia tidak dilakukan sebelum ini dan baru kini dilaksanakan.
Menurut penasihat undang-undang DAP, Gobin Singh Deo, pihaknya akan menjawab surat RoS itu yang akan dibuat setelah parti itu mengadakan mesyuaratnya hari ini. Kita tunggu apakah DAP sedia mematuhi arahan itu atau sebaliknya. Tampak semacam DAP tidak sedia untuk mematuhi arahan RoS itu. Kalau mereka akur tentu ia tidak menimbulkan berbagai persoalan di sekitar isu ini.
Ertinya parti itu sedia untuk berhadapan dengan kemungkinan diharamkan. Apakah DAP akan berlembut setelah ia berkeras selama ini? Tentu tidak kerana parti itu sangat menjaga integriti dan kredibilitinya. DAP semacam berminat untuk mengheret Pendaftaran Pertubuhan ke mahkamah. Elok juga kalau DAP menggngolahkan semula RoS.
Dari bacaan politik tindakan lembab dan "betap" RoS itu dilihat ada tujuan politik. Mungkin birokrasi dilakukan itu kerana ingin menghuruhara parti berkenaan. RoS mengambil masa begitu lama dengan harapan bengkak dalam DAP akan bernanah dan pecah. RoS berkerja untuk UBN mahu supaya rakyat menghidup busuk dan kohong DAP itu.
Kita tahu siapa yang menguasai RoS. Jabatan itu terletak di bawah timbalan perdana menteri. Tidak pelik kalau TPM ikut sama memberi idea kepada jabatan itu bagaimana cara untuk menyusahkan DAP kemudian memecah belahkannya. Mungkin tindakan RoS melambat-lambatkan memberi arahan kepada DAP dan membiarkan DAP bersusah disaat menjelang pilihan raya adalah idea canggih Zahid dalam mempertahankan kuasa Najib Razak yang kini kian menggayat.
Atas sifat politik Zahid ada tujuan dan agendanya. Dia menyedari akan kedudukan dan juga pengaruh DAP terhadap pengundi Cina. Semakin hari parti itu semakin mendapat keyakinan orang Cina. MCA dan Gerakan boleh membuat seribu survey dan memberi perangkaan membanggakan mengenai kedudukan undi Cina, tetapi ia tidak boleh dipercayai. Survey-survey itu lebih lebih bersifat retorik dan psykologis semata-mata bukan realiti.
Sementara dalam bacaan politik pengkaji dan penganalisa politik pula selagi kestabilan dalam DAP tidak tergugat maka sukar bagi UBN untuk mendapat undi Cina. Kegagalan mendapat undi Cina sekuranga-kurang 20% menyebabkan kerajaan UBN akan gulung tikar. Apa cara sekaligu pun DAP perlu diganggu dan dikucarkacirkan, dan tindakan RoS itu adalah salah satu mekanismenya.
Soalnya apakah dengan tindakan tidak profesional dan nampak sangat akan kejahatan itu orang Cina akan lari dari DAP dan bersama BN? Orang Cina mempunyai daya dan nilai politik yang tinggi lagi licit. Mereka tidak mudah berpindah kapal apabila nampak lautan bergelombang. Mereka akan kaji dan selidik dahulu apakah gelombang itu kerana fenomena alam atau kerana ada paus sedang berpesta.
Kalau lautan itu bergelombang kerana pauh sedang bermain ombak, ia tidak meresahkan mereka kerana kapal tidak akan terjejas dengan ombak bikinan paus tersebut. Mereka tidak akan tergesa-gesa bertukar kapal kerana itu. Ini sikap dan budaya orang Cina yang gagal difamai dan diikuti oleh orang Melayu.
Kesannya nanti kalau DAP diistyharkan tidak sah, ia memberi implikasi kepada UBN juga. Sebagai parti yang sudah mapan DAP tidak kisah apakah partinya wujud atau tidak. Perkara yang jelas hari ini DAP sudah menjadi "parti" kepada orang-orang Cina di Malaysia yang juga turut dikagumi sama oleh segelintir orang Melayu.
Kejayaan DAP membangun Pulau Pinang dan mempamerkan pengurusan negeri lebih baik berbanding dengan negari-negari lain, baik dikuasai BN atau Pas dan PKR, ia menarik minat dan menjadikan orang awam mempercayai DAP.
Manakala mereka yang gila-gila dan babil menolak DAP dan menerima persepsinya sebagai parti rasis, penderhaka atau pun pengkhianat hanya dari golongan mereka yang bersifat seperti mana ditunding kepada DAP itu. [wm.kl.8:29 am 19/07/17]
3 comments:
Assalamualaikum, tuan. Saya fikir penyokong DAP tahu parti mana yang perlu diundi jika DAP diharamkan. Saya juga yakin bahawa tindakan pendaftar pertubuhan berbuat demikian akan memberi kesan terbalik kepada perkara yang mereka jangkakan iaitu pengundi menjadi kian benci kepada Barisan Nasional. Pada masa itu barulah mereka menyesal mengharamkan DAP. Nasihat ikhlas saya kepada penyokong DAP, jangan bertindak keterlaluan (jangan huru-harakan negara) sebaliknya gunakan kuasa undi anda! Pamerkan kematangan anda dengan memilih parti yang sebarisan dengan DAP. Saya yakin anda pengundi yang bijak.
Saya bersetuju dengan pandangan Tuan MSO dalam hal yang telah dibincangkan.
DAP kena ada plan lain..zahid akan guna semua perkakas yg tak sepatutnya digunakan utk hancurkan DAP,harap DAP gunakan segala senjata utk hancurkan BN
Post a Comment