Thursday, December 21, 2017

Jangan politikan nasib rakyat Palestin...

MENCAMPAK RASA

Besok akan berlangsung himpunan solidariti untuk menyelamatkan Baitulmuqdis di Putrajaya. Media massa kerajaan memwara-warakan agar orang ramai hadir memberi sokongan. Majlis itu seperti digerakan sendiri oleh kerajaan. Sekali lagi Najib Razak akan berganding dengan Hadi Awang memberi pidato utama kemanusiaan Palestin dalam masa sama mengutuk Amerika Syarikat. Seberani manakah Najib mengecam US esok?

Himpunan esok juga merupakan sambungan kepada solidariti untuk Rohingya yang pernah diadakan sebelum ini. Seperti mana diketahui solidariti Rohingya tidak pun dapat mengatasi masalah yang ada sebaliknya himpunan di Taman Tasik Titiwangsa tempoh hari lebih untuk mengutip laba politik oleh Najib dan UBN. Setidak-tidak himpunan Rohingya itu Umno berjaya menyandingkan Hadi Awang dengan Najib.

Kemuncaknya diadakan pelayaran flotila untuk membawa bekalan makanan untuk Rohingya.  Walhasilnya rakyat Ronghin terus juga ditindas dan dianiaya tanpa belas kesihan. Tidak ada pun tindakan atau pelan penyelamat oleh daripada kerajaan Najib yang didokong Pas untuk membantu masyarakat Islam Rohinya.

Mengenai himpunan esok, melalui siaran jemputan itu juga diwara-warakan semua masyarakat berbilang kaum diminta hadir menyatakan sokongan. Ini termasuk juga para pemimpin dari parti pembangkang dan juga pelbagai NGO.

Beberapa nama pemimpin pembangkang, dari Amanah, PKR dan PPBM telah disebut atau diheret ke dalam majlis itu, mereka dijemput sebagai ahli penal untuk forum kemanusiaan Palestin. Antara mereka ialah Saifuddin Nasution Ismail (PPKR), Kamaruddin Md Noor (PPBM) dan Dr Mujahid Yusuf (Amanah). Bagaimana pun ada pemimpin pembangkang menafikan jemputan dibuat kepada mereka dan menganggap nama mereka dipergunakan.

Apakah himpunan esok dieksploitasikan oleh pihak Umno untuk motif politik?

Sekiranya penganjur himpunan itu ikhlas dan benar-benar berjuang untuk bebaskan Baitulmaqdis, semua fraksi politik seharusnya diundang sama. Ia bukan sahaja memilih parti Melayu Islam sahaja tetapi parti multi racial lain juga perlu diundang sama, sebab masalah Palestin bukan masalah agama, tetapi lebih kepada masalah kemanusiaan sejagat. Tidak boleh dilupakan juga Dr Mahathir Mohamad yang pernah berduet dengan Allahyarham Fadzil Nor dalam pengucapan kemanusiaan Pelastin suatu masa dulu perlu juga diundang.

Kenapa DAP tidak dijemput sama? Kealpaan atau kesengajaan menyisihkan DAP ini semacam ada maksud di sebalik himpunan berkenaan. Ia seakan mahu memisahkan DAP dengan sekutunya dalam PH khasnya PKR dan Amanah. Umno seakan mahu menggunakan sentimen Islam dan bangsa untuk menafikan peranan DAP.

Semisalnya kalau Saifuddin yang rapat dengan Zahid Hamidi itu hadir menyertai forum sempena himpunan itu sudah tentu ia akan menimbulkan persoalan? Mungkin di kalangan pemimpin DAP dapat memahami situasinya tetapi kehadiran itu tetap menjadi isu di peringkat bawahan. Umno akan "lembel"(jaja) memberi tahu rakyat bahawan PKR juga tidak sebulu dengan DAP. Apa lagi jika dilihat kepada keadaan di Selangor, perjalanan atau hubungan PKR dengan DAP sedikit mengerutu.

Menyedari maksud atau motif itu maka parti-parti komponen Pakatan Harapan harus berhati-hati agar tidak terperangkap dalam peminipulasian itu. Mungkin tindakan sesuai bagi pemimpin PH yang dijemput mengambil bahagian menolak jemputan itu atau menerimanya bersyarat dengan meminta penganjur mengundang sama pemimpin dari parti komponen PH yang lain.

Jangan kerana teruja hendak membela Palestin, menyatakan bantahan kepada Amerika Syarikat, tetapi memberi kesan kepada solidariti dalam PH itu sendiri. Sewaktu saat “piraum” hendak diadakan sayang kalau PH berpecah dan timbul kesangsian di antara satu sama lain. Kita nampak kenapa jemputan untuk menyertai himpunan itu terpilih, kerana ia semacam ada motif untuk menimbulkan kekeliruan dari kalangan pembangkang.

Sebaik-baiknya mana-mana pemimpin utama komponen PH yang dikatakan dijemput menguzurkan diri untuk hadir apa jua event daripada himpunan itu. Biarlah Pas sahaja yang memberi dokongan padu, dan Hadi terus menggengam dan digenggam tangan oleh Najib kerana makrifat politik sudah dapat menduga bagaimana rentak dan detap jantung mereka berdua.

Apapun himpunan esok seharusnya diterima dengan penuh terbuka dan keinsafan dan jika ia cuba dipolitikan oleh mana-mana pihak anggaplah tindakan itu suatu yang tidak bermoral yang dilakukan oleh mereka yang terdesak dalam mencari sokongan dan kemenangan dalam pilihan raya. [wm.kl.9: 19 pm 21/12/17]

2 comments:

Unknown said...

Betul tu...sebelum ianya dipolitikkan oleh zahid maka ada baiknya kita politikkan dahulu...maka kita yg juara...wasalam

abu bakar said...

Umno menang pandai memandang lukah di pergetingan