SENDA SORE
Seputar minggu ini. Cadangan Tuan Ibrahim Tuan Man supaya parti-parti pembangkang mengurangkan pertelagahan sesama sendiri dan menumpukan serangan kepada UBN, dengan melakukan gencatan senjata ditolak "leper-leper" oleh Guru Hadi. Guru Hadi bertegas Pas mahu bersendirian(?) dan sesiapa yang hendak bersama dengannya perlu mengikut acuannya.
Guru Hadi yakin dan penuh egostik menegaskan hanya acuannya dapat mengeluarkan kueh berkualiti yang dipercayai membawa ke syurga.
Penegasan Guru Hadi itu menunjukkan dia tidak hormat pandangan orang lain, dan menerima pandangannya sahaja. Dipercayai Guru Hadi mendapat sokongan kuat Guru Harun. Dan penghunus keris lain juga bersamanya termasuk Ketua Dewan Ulama dan Setiausaha Agung.
Friday, July 15, 2016
Tuan Ibrahim, Dr Mahathir dan Najib
Labels:
Pojok Petang
Thursday, July 14, 2016
Pintu Ajal Belum Terbuka (1)
1.SAKIT SATU NIKMAT
DI MANA hendak saya mulakan penulisan buku, BIOGRAFI SEBUAH KESAKITAN ini? Kadang kala kebuntuan dalam mencari pemulaan ini menjadikan kerja sesuatu penulisan tidak bermula. Berhari-hari fail atau floder yang sudah dibuka ditinggalkan sepi. Ada kalanya fail dan floder berkenaan menjadi masam begitu saja. Jadi biarlah saya memulakan penulisan ini dari mana-mana sahaja, janji penulisannya sudah bermula. Yang penting ia dimulakan.
Untuk buku ini saya telah membuat rangka dan format isi kandungannya. Tetapi itu sebenarnya sebagai tanda letak kerja sahaja. Ia tidak semestinya menjadi dan lengsai. Seperti kerajaan hendak membina projek besarlah, buat majlis letak batu asas. Bukan main lagi majlis itu meriah, dikerah segala orang hadir. Disediakan jamuan makan dan minum kemudian acara itu disiarkan pula dalam telivisyen dan akhbar. Dipropagandakan secukupnya. Alih-alih projek itu tidak menjadi, malahan ia tidak pun dimulakan. Ia bermula setakat peletakan batu asas sahaja kemudian ditinggalkan begitu saja sehinggakan lokasi atau tapak projek itu menjadi semak samun.
DI MANA hendak saya mulakan penulisan buku, BIOGRAFI SEBUAH KESAKITAN ini? Kadang kala kebuntuan dalam mencari pemulaan ini menjadikan kerja sesuatu penulisan tidak bermula. Berhari-hari fail atau floder yang sudah dibuka ditinggalkan sepi. Ada kalanya fail dan floder berkenaan menjadi masam begitu saja. Jadi biarlah saya memulakan penulisan ini dari mana-mana sahaja, janji penulisannya sudah bermula. Yang penting ia dimulakan.Untuk buku ini saya telah membuat rangka dan format isi kandungannya. Tetapi itu sebenarnya sebagai tanda letak kerja sahaja. Ia tidak semestinya menjadi dan lengsai. Seperti kerajaan hendak membina projek besarlah, buat majlis letak batu asas. Bukan main lagi majlis itu meriah, dikerah segala orang hadir. Disediakan jamuan makan dan minum kemudian acara itu disiarkan pula dalam telivisyen dan akhbar. Dipropagandakan secukupnya. Alih-alih projek itu tidak menjadi, malahan ia tidak pun dimulakan. Ia bermula setakat peletakan batu asas sahaja kemudian ditinggalkan begitu saja sehinggakan lokasi atau tapak projek itu menjadi semak samun.
Labels:
Biografi Kesakitan
Menterjemah cadangan gencatan senjata oleh Tuan Ibrahim
SESUDAH SUBUH
Cadangan berupa gesaan dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti-parti pembangkang melakukan gecatan senjata bagi menumpukan untuk menghadapi BN bolehlah dianggap sebagai ole-ole hari raya Aidifitri daripadanya. Cadangan itu juga menunjukkan keterbukaan politik (kewarasan fikrah politik) orang nombor tiga dalam parti agama itu.
Saya sedikit terkejut, tetapi banyak tersenyum apabila membaca laporan mengenai hal itu. Berbagar-bagar dalam kepala saya kenapa dan mengapa beliau tiba-tiba membuat gesaan itu. Yang pastinya tentu ada nawaitu atau sebab-sebab tertentu kenapa ia dilontarkan.
Dari sudut politik parti-parti pembangkang cadangan itu sesuatu yang sangat pratikal dan ditunggu-tuggu. Itulah yang sepatutnya pembangkang lakukan bagi kepentingan rakyat, menyifarkan pertelagahan sesama sendiri - penentang UBN. Tanpa gabungan di kalangan pembangkang, UBN tidak akan tumbang dan Najib Razak akan terus bermaharajalela, melakukan apa saja mengikut nafsunya kalau sikap diambil pembangkang kini, berpecah, bersuku sakat sehingga menjelang Piraum akan datang.
Cadangan berupa gesaan dibuat oleh Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man agar parti-parti pembangkang melakukan gecatan senjata bagi menumpukan untuk menghadapi BN bolehlah dianggap sebagai ole-ole hari raya Aidifitri daripadanya. Cadangan itu juga menunjukkan keterbukaan politik (kewarasan fikrah politik) orang nombor tiga dalam parti agama itu.
Saya sedikit terkejut, tetapi banyak tersenyum apabila membaca laporan mengenai hal itu. Berbagar-bagar dalam kepala saya kenapa dan mengapa beliau tiba-tiba membuat gesaan itu. Yang pastinya tentu ada nawaitu atau sebab-sebab tertentu kenapa ia dilontarkan.Dari sudut politik parti-parti pembangkang cadangan itu sesuatu yang sangat pratikal dan ditunggu-tuggu. Itulah yang sepatutnya pembangkang lakukan bagi kepentingan rakyat, menyifarkan pertelagahan sesama sendiri - penentang UBN. Tanpa gabungan di kalangan pembangkang, UBN tidak akan tumbang dan Najib Razak akan terus bermaharajalela, melakukan apa saja mengikut nafsunya kalau sikap diambil pembangkang kini, berpecah, bersuku sakat sehingga menjelang Piraum akan datang.
Labels:
Tuan Ibrahim Tuan Man
Sunday, July 10, 2016
Kisahku sebuah Biografi Kesakitan akan dimulakan
PERHATIAN
Pembuka bicara.
Saya akan mula memuatkan tulisan mengenai diri saya ketika menghadapi sedikit ujian daripada Allah taala baru-baru ini apabila saya disahkan menghidap kanser Lymphoma (DLBCL) akhir tahun lepas. Ujian atau pun musibah yang terpikul atas pundak saya itu tidaklah "semencabar" kalau dibandingkan dengan kesangsaraan golongan mustadh'afin di Syaria, Pelastin dan lain-lain yang berjuang mempertahankan maruah diri, agama dan tanah air sejak berpuluh dekad lampau; namun begitu apa yang saya lalui itu ia cukup mencemaskan ahli keluarga.

Saya juga merasai apa yang Dr Maza rasakan
REAKSI
Saya berkongsi perasaan yang sama dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza) berkaitan dengan "kebebasan akhbar" diamalkan portal berita MalaysiaKini yang menaik turunkan berita tentang pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang memberi gambaran seolah-olah pendakwah itu menggalakan keganasan.
Perkara itu sempat menjadi isu dan mendapat reaksi beberapa pihak sehari dua lepas.
Saya membaca artikel dalam portal berkenaan dan perasaan saya, samalah dengan apa yang menjadi tanggapan Dr Maza. Sebagai penulis kecil dan terlibat dalam dunia kewartawanan dan akhbar, saya memahami tujuan artikel begitu ditulis. Iya mungkin benar mahu mengamalkan kebebasan berakhbar, tetapi tidak dapat tidak di celah-celahnya ada nawaitu mencari keuntungan.
Saya berkongsi perasaan yang sama dengan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza) berkaitan dengan "kebebasan akhbar" diamalkan portal berita MalaysiaKini yang menaik turunkan berita tentang pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang memberi gambaran seolah-olah pendakwah itu menggalakan keganasan.
![]() |
| Dr Mohd Asri Zainal Abidin |
Saya membaca artikel dalam portal berkenaan dan perasaan saya, samalah dengan apa yang menjadi tanggapan Dr Maza. Sebagai penulis kecil dan terlibat dalam dunia kewartawanan dan akhbar, saya memahami tujuan artikel begitu ditulis. Iya mungkin benar mahu mengamalkan kebebasan berakhbar, tetapi tidak dapat tidak di celah-celahnya ada nawaitu mencari keuntungan.
Labels:
Zakir Naik
Monday, July 4, 2016
Permohonan baik daripada Husam mustahil dilayan Agong
REAKSI
Permohonan dikemukakan bekas Exco Kanan Kelantan Husam Musa supaya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya menitahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah satu permohonan yang baik dilihat ia dibuat demi kepentingan negara dan rakyat.
Penitahan agar status laporan audit itu yang diOSAkan, sebagai memastikan negara ini ditadbirkan dengan penuh integriti.
Apabila laporan audit mengenai 1MDB itu dibuka semula, rakyat akan dapat menilai laporan itu dengan penuh adil dan saksama bagi mereka mengetahui apa yang berlaku dalam 1MDB yang telah direkodkan sebagai skandal terbesar negara bertaraf lima bintang itu.
Sambil membuat cadangan itu Husam bertanya, bolehkah Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu menitahkan taklimat khas oleh Ketua Audit Negara, serta menitahkan satu salinan diberikan kepada mereka? Maksud Husam Agong minta Ketua Audit Negara memberi taklimat kepada mereka dan serahkan satu salinan untuk Raja-Raja.
Permohonan dikemukakan bekas Exco Kanan Kelantan Husam Musa supaya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya menitahkan pengubahan status laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah satu permohonan yang baik dilihat ia dibuat demi kepentingan negara dan rakyat.
Penitahan agar status laporan audit itu yang diOSAkan, sebagai memastikan negara ini ditadbirkan dengan penuh integriti.Apabila laporan audit mengenai 1MDB itu dibuka semula, rakyat akan dapat menilai laporan itu dengan penuh adil dan saksama bagi mereka mengetahui apa yang berlaku dalam 1MDB yang telah direkodkan sebagai skandal terbesar negara bertaraf lima bintang itu.
Sambil membuat cadangan itu Husam bertanya, bolehkah Seri Paduka dan Raja-Raja Melayu menitahkan taklimat khas oleh Ketua Audit Negara, serta menitahkan satu salinan diberikan kepada mereka? Maksud Husam Agong minta Ketua Audit Negara memberi taklimat kepada mereka dan serahkan satu salinan untuk Raja-Raja.
Labels:
Husam Musa
Salam Aidifitri, terima kasih yang tidak terhingga...
CATATAN RAYA
اَلْحَمْدُلِلّهِ bersyukur kita (saya dan isteri) ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang dan kesempatan melalui hari-hari tersisa untuk dipenuhi dan dimaknakan dengan segala amal jariah dan perjuangan menegakkan "amal maruf nahil munkar".
Bagi diri saya dan juga isteri, kesyukuran mendalam kepadaNya, Tuhan Rabul Jalil, kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk sama-sama merayakan hari Kemenangan ini - Idufitri sekali lagi. Dalam saat nafas seperti menghujung, masih ada ruang dan peluang dikhaskan buat saya dan isteri, inilah yang memberikan seribu makna dan keisanfan buat kami berdua, orang yang ingat dan mangasihi kami, juga anak-anak, keluarga dan rakan taulan.
اَلْحَمْدُلِلّهِ bersyukur kita (saya dan isteri) ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang dan kesempatan melalui hari-hari tersisa untuk dipenuhi dan dimaknakan dengan segala amal jariah dan perjuangan menegakkan "amal maruf nahil munkar".Bagi diri saya dan juga isteri, kesyukuran mendalam kepadaNya, Tuhan Rabul Jalil, kerana masih diberikan kesempatan dan peluang untuk sama-sama merayakan hari Kemenangan ini - Idufitri sekali lagi. Dalam saat nafas seperti menghujung, masih ada ruang dan peluang dikhaskan buat saya dan isteri, inilah yang memberikan seribu makna dan keisanfan buat kami berdua, orang yang ingat dan mangasihi kami, juga anak-anak, keluarga dan rakan taulan.
Labels:
Raya Puasa
Wednesday, June 29, 2016
Tangkap Guan Eng kalau ia satu strategi, suatu kesilapan?
ULASAN MALAM
Walaupun tindakan SPRM menahan dan akan mendakwa Lim Guan Eng (foto) atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo dan penyalahgunakan kuasa(?) esok mempunyai bukti jelas, dan kalau pun selepas ini Kertua Menteri Pulau Pinang itu didapati bersalah, hilang kedudukan sebagai wakil rakyat, ia tetap akan dilihat sebagai satu tindakan politik.
Tindakan politik yang rakus dan dianggap sebagai rasis yang akan menjadi sebutan dan mainan sejarah selamanya. Tindakan keatas Guan Eng sebagai kesenimbungan tindakan untuk meleburkan kerjaya politik yang disandangnya. Sebelum ini Guan Eng dikenakan berbagai-bagai tindakan termasuk di penjara. Cuma tuduhan meliwat sahaja tidak dibuat.
Tindakan dan sekatan ke atas Guan Eng tidak syak lagi kerana pemimpin pelapis Cina pembangkang ini menunjukkan political will dan keberaniannya yang luar biasa. Tidak sia-sia Guan Eng menjadi anak Lim Kit Siang.
Walaupun tindakan SPRM menahan dan akan mendakwa Lim Guan Eng (foto) atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo dan penyalahgunakan kuasa(?) esok mempunyai bukti jelas, dan kalau pun selepas ini Kertua Menteri Pulau Pinang itu didapati bersalah, hilang kedudukan sebagai wakil rakyat, ia tetap akan dilihat sebagai satu tindakan politik.
Tindakan politik yang rakus dan dianggap sebagai rasis yang akan menjadi sebutan dan mainan sejarah selamanya. Tindakan keatas Guan Eng sebagai kesenimbungan tindakan untuk meleburkan kerjaya politik yang disandangnya. Sebelum ini Guan Eng dikenakan berbagai-bagai tindakan termasuk di penjara. Cuma tuduhan meliwat sahaja tidak dibuat.Tindakan dan sekatan ke atas Guan Eng tidak syak lagi kerana pemimpin pelapis Cina pembangkang ini menunjukkan political will dan keberaniannya yang luar biasa. Tidak sia-sia Guan Eng menjadi anak Lim Kit Siang.
Labels:
Guan Eng
Monday, June 27, 2016
Tindakan terbaik bagi Muhyiddin biarkan ladang Umno berumput rumpai..
ULASAN ISU
Penulis tidak mahu memberi apa-apa reaksi lebih terhadap penolakan dan kekesalan Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dengan apa yang dilakukan oleh partinya terhadap mereka berdua. Mungkin juga untuk menyatakan simpati pun tidak perlu, kerana apa yang dialami dan bakal dilalui oleh kedua mereka itu perkara biasa dalam politik.
Orang yang kena tindakan (hukuman) pasti tidak berpuas hati, kesal dan marah, sambil memberi alasan mempertahankan diri mereka. Manakala dipihak yang bertindak (penghukum) juga mengambil tindakan sama mempertahankan keputusan mereka sebagai tepat dan adil.
![]() |
| Muhyiddin Yassin |

Muhyiddin Yassin
Sunday, June 26, 2016
Perjuangan Ghazali diiktiraf anak beranak sendiri
KATA PETANG
Penganugerahan gelaran Pejuang Umno yang diberikan kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Ghazali Ismail oleh Anak-Anak Rantau Panjang di Kuala Lumpur dalam satu majlis berbuka puasa malam Ahad lalu sesuatu yang kecil kalau dibandingkan dengan penglibatan penerimanya dalam perjuangan parti itu.
Cikgu Ghazali telah lebih 40 tahun terlibat dalam perjuangan bersama Umno yang bermula pada tahun 1976. Namun signifiken dan erti anugerah itu cukup besar baginya. Ini kerana belum pernah ada penganugerahan seumpamanya diberikan kepada mana-mana tokoh atau pejuang Umno bahagian Rantau Panjang dalam majlis seumpama itu.
![]() |
| Abdullah menyarung selempang kepada Ghazali dibantu Azram. |
Cikgu Ghazali telah lebih 40 tahun terlibat dalam perjuangan bersama Umno yang bermula pada tahun 1976. Namun signifiken dan erti anugerah itu cukup besar baginya. Ini kerana belum pernah ada penganugerahan seumpamanya diberikan kepada mana-mana tokoh atau pejuang Umno bahagian Rantau Panjang dalam majlis seumpama itu.
Labels:
Umno
Subscribe to:
Posts (Atom)