Friday, January 31, 2014

Najib jangan terjerat dengan Mahathir di Kajang

REAKSI                                                                                                

Najib Razak seakan berat hati sahaja untuk meletakkan calon dalam pilihan raya kecil N25 Kajang. Macam tidak bersungguh kelihatannya. Mungkin Najib sudah dapat mengagak apakah keputusannya kelak. Tetapi berbeza dengan Muhyiddin Yassin dan Mahathir Moahamad.

Muhyuddin dihari pertama sebaik kerusi Kajang diityharkan kosong sudah memberi kenyataan BN akan letak calon. Walaupun nadanya tidak bersemangat dan lemah, tetapi menyerlahkan Muhyuddin tidak mahu mengalah. Kenapa?

Manakala Dr Mahathir Mohamad seperti sangat berharap BN meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Kajang dengan menekan agar MCA diberi peluang. Pandangan Mahathir selari dengan naluri Muhyuddin. BN kena bertanding.

Kerajaan Ahmad Yaakub - Mohd Amar (AYMA) tak mesra rundingan

TAZKIRAH JUMAAT                                                                         

Che Ibrahim mencari keadilan.
Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar (AYMA), kemungkinan menghadapi satu lagi saman. Kali ini bukan dari syarikat atau kontrektor yang dipermainkan oleh kerajaan pimpinan AYMA itu, tetapi oleh seorang individu yang berkerja menabur budi dan jasa kepada kerajaan Kelantan menerusi Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Individu itu ialah Che Ibrahim Mohamad yang pemecatannya boleh dipertikaikan dari segi ehsan kemanusiaan dan mengikut undang-undang?

Kerana tidak berpuas hati dengan pemecatan itu Che Ibrahim bercadang mengambil tindakan undang-undang menerusi Mahkamah Perusahaan. Minggu lelas syarikat dari Korea Dea Hanguru Sdn Bhd telah menyaman syarikay milik kerajaan Negeri, PMBK dan Toiybah Sdn Bhd menuntut RM230 juta.

Umno masih gagal pulihkan hubungan sesama mereka

MENGALAH MENTARI                                                                       

Persetujuan Naib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi agar formula menentukan calon BN di pilihan raya kecil Kajang seperti mana dicadangkan Khairy Jamaluddin menunjukkan komponen itu masih gagal memulihkan hubungan sesama mereka.

Persetujuan Zahid itu juga menunjukkan BN tidak yakin pilihan raya kecil itu dapat diuruskan oleh MCA dan BN akan menang.

Kerusi DUN 25 Kajang adalah diperuntukan kepada MCA.

Sekiranya hubungan sesama mereka, Umno - MCA sudah dalam keadaan baik dan mantap seperti mana didakwa, sudah pasti tidak timbul cadangan agar formula menentukan calon di PRK Kajang itu dibangkitkan. Ia pastilah meneruskan status quo yang ada.

Thursday, January 30, 2014

Dasar kerajaan Kelantan tutup pintu kepada rakyat?

SUSUPAN PENTANG                                                                        

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub atau timbalanya Mohd Amar Nik Abdullah diminta memberi penjelasan berhubung satu pekeliling dikatakan dikeluarkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang melarang kira-kira 30 individu daripada memasuki Kota Darul Darul Naim iaini pusat pentadbiran kerajaan Kelantan.

Ahmad diminta penjelasan.
Pekeliling berkenaan katanya dihantar ke semua pejabat-pejabat kerajaan Kelantan termasuk pejabat Tanah dan Jajahan, majlis daerah dan juga pejabat Kadi. Larangan ke atas sekumpulan individu itu juga meliputi semua pejabat kerajaan negeri di 14 Jajahan di seluruh Kelantan.

Arahan atau larangan menerusi pekeliling berkenaan dilihat sebagai satu tindakan anih yang belum pernah dilakukan oleh kerajaan negeri yang memakai cogankata, Membangun Bersama Islam itu.

Sepanjang pentadbiran Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan tidak ada larangan sebegitu dan menyekat mana-mana individu dari memasuki pusat pentadbiran Kerajaan Kelantan. Bahkan Nik Aziz mengamalkan pintu terbuka membenarkan sesiapa saja untuk memasuki ke pusat pentadbiran negeri itu.

Wednesday, January 29, 2014

Apakah Abdul Hadi juga tidak setuju dengan Anwar?

ULASAN MALAM                                                                                 

Ahli dan penyokong PAS tidak perlu keliru dengan pelan transisi penggantian Menteri Besar Selangor yang dilakukan secara tektikal dengan meletakkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN Kajang yang telah dikosongkan oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dua hari lepas.

Mohamad Sabu dalam sidang akhbar bersama Anwar.
Kenyataan dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Mustapa Ali hari ini menjelaskan sikap dan pendirian PAS.

Mohamad Sabu selepas mengadakan sidang akhbar bersama Anwar Ibrahim pagi tadi menegaskan PAS tidak akan memboikot pilihan raya berkenaan. Manakala Mustapa Ali pula memberi amaran agar ahli PAS tidak membuat kenyataan bersifat spekulatif.

Pengosongan DUN Kajang: Fahami agenda disebaliknya

RENCANA KHAS                                                                              

Anwar bersama Dr Wan Azizah dalam satu majlis tahun 2005.
Seperti berbelah bagi dan pro kontra saja pendangan terhadap tindakan PKR mengemukakan pelan untuk meredakan pergolakan dalaman parti berkenaan yang turut membabitkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Kalau kita bijak siasah dan ikhlas bersahabat, pelan dilakukan PKR itu cukup simple dan gampang untuk difahami. Pelan tersebut untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding di DUN 25 Kajang bagi memungkin beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Itu saja intisarinya.

Ada pun kenapa sebab dan puncanya juga mudah untuk diarifi. Poses untuk menurunkan Khalid secara manual (anak beranak) bagi digantikan dengan Mohamed Azmin Ali gagal kerana sebab-sebab sedia maklum. Bertolak dari situ masalah didalam PKR berlarutan dan perlu kepada pelan penuh tektikal. Saking hebatnya masalah dalam PKR, hanya diketahui oleh parti itu sahaja. PKR dan tentunya Anwar dan seluruh kepimpinanya bimbang dengan putaran perkembangan yang berlaku.


Pemikiran politik Khairy sempit

SUSUPAN PAGI                                                                                   

Walaupun sukar kita hendak membaca pendirian dan sikap orang politik dalam sesuatu perkara, tetapi ia mudah untuk dinilai mengapa pendirian dan sikapnya berubah-rubah. Sikap dan pendirian mereka juga berubah-rubah mengikut keadaan dan keperluan buat dirinya. Perubahan ini boleh dianggap ia seperti chameleon yang boleh mengubah warna kulitnya mengikut keadaan dan demi kepentingan diri sendiri.

Ertinya sikap dan ilmu perubahan ini adalah munafik walaupun ianya adalah senjata yang dilengkapkan oleh penciptanya. Jadi keseluruhan diri orang politik itu munafik.

Tuesday, January 28, 2014

Ceteknya minda sesetengah ahli Dewan Pemuda PAS

SUSUPAN SDNJA                                                                             

Realiti bahawa Dewan Pemuda PAS terbelah kepada dua fraksi, ortodoks dan modern terbayang di dalam reaksi dibuat oleh anggota sayap kanan PAS berhubung kekosongan kerusi DUN Kajang dan pengumuman Anwar Ibrahim sebagai calon PKR dalam pilihan raya kecil itu.

Sekurang-kurang dua orang anggota Pemuda PAS, setakat ini, membuat kenyataan kurang manis berhubung keputusan PKR itu sebaik sahaja Anwar diumumkan sebagai calon. Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim mengeluar kenyataan awal berbau ancaman akan memboikot pilihan raya kecil bakal diadakan itu.

Katanya sekiranya PKR tidak memberi penjelasan munasabah mengenai pengosongan kersui berkenaan jentera pilihan raya Pemuda akan diarah agar tidak memberi kerjsama kepada pilihan raya itu.

Anwar diumum tanding di Kajang tetapi belum tahu apakah dia MB Selangor

ULASAN TERBARU                                                                         

Apakah motif dan tujuan Adun Kanjang Lee Chee Cheh mengosongkan kerusinya semalam sudah terjawab seperti mana yang dijangkakan beberapa jam lalu. Siapa yang bakal bertanding di kerusi itu juga sudah diketahui, orangnya tidak lain dan tidak bukan, adalah Anwar Ibrahim.

Sidang media umumkan Anwar calon di Kajang.
Pengumuman nama Anwar itu dibuat sendiri oleh MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang akhbar khas di pejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini yang dikira terpaksa dihadiri Khalid. Kesediaan Khalid mengumum nama Anwar dan akur dengan pengunduran beliau secara paksa itu, menunjukkan beliau merestui Anwar dan menunjukkan ada konsensus di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini Khalid berkata dia sedia berundur sekiranya semua pihak setuju. Cuma satu beliau tidak sebut dan kaitkan batang tubuh Sultan Selangor individu yang akan mengesahkan mengikut tradisinya seseorang yang akan diangkat sebagai menteri besar Selangor itu.

Monday, January 27, 2014

Kaedah singkir Khalid yang berisiko?

RENUNGAN MALAM                                                                           

Politik Selangor khasnya sudah mulai mendidih kandati hawa Semenanjung waktu ini agak dingin. Hati para pemain utama politik negeri itu juga sudah mulai meruap kepanasan. Bekas hati yang semakin hangat kini,  ialah bekas hati Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim (foto). Usaha untuk meluncurkan beliau dari kerusi MB sudah sampai ke stage four. Sudah pasti sejak siang tadi dan membawa ke malam-malam seterusnya Khalid akan diserang 'insomnia' yang teruk.

Dalam pada itu Khalid sendiri juga sudah mula mencari tapak dan mengejapkan kedudukannya. Kilas samping dan sarungnya sedang dikejapkan. Dia tentu sudah sedia menghadapi apa saja kemungkinan. Dan tentunya dia juga sedang berfikir mengenai dirinya, tentang maruah dan kejayaanya.

Pengosongan kerusi DUN Kajang oleh Lee Chin Cheh hari ini membuka dan 'membaharkan' segala cerita. Desas desus siang tadi rupa-rupanya benar. Konsensus yang diambil oleh pimpinan PKR telah pun dilaksanakan. Lee Chin Cheh sudah pun mengutuskan surat pengosongan kerusi dan Speaker DUN Selangor juga sudah mendedahkannya. Jadi 'budu' kini sudah terdedah kepada umum. Lalat dan langau sudah berterbangan menghidu dan mencari arah.