Tuesday, May 26, 2009

Kacau Hujah

Husam Dua Kali Lima Dengan Zahid Hamidi

RIBUAN peminat rancangan Hujah TV9 kecewa berat malam ini apabila dua ahli panel awal untuk ditampilkan ke pentas hujah tidak hadir. Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir dan begitu juga dengan lawannya Naib Presiden Pas, Husam Musa tidak hadir.

Kegagalan kedua-dua ahli panel ini hadir mengecewakan dan menjadikan hujah malam ini hambar dan tawar dan seolah lawan bercakap seorang.

Yang hadir malam ini adalah bekas tokoh Keadilan Rakyat yang kini sudah menyeberang ke parti asalnya, Ezam Mohd Nor.

Kenapa Zahid tidak hadir? Apakah beliau penakut dan kecut perut untuk berdepan dengan Husam? Sejak awal melihat gezet rancangan itu saya sudah merasakan perdebatan antara mereka berdua akan ‘cokngit cakdung’. Saya sudah merasakan Zahid akan ‘terpeliut’ ditangan Husam. Husam memang terkenal seorang tokoh yang sarat dengan fakta dan bukti dan hujah-hujah bernas.

Walaupun tajuk hujah malam ini mengenai rasuah dalam politik, saya rasa Husam boleh mempertahankan Pas. Husam akan menempiskan persepsi kononnya berlaku rasuah dalam Pas. Justeru kehadiran Husam sangat diperlukan oleh Pas untuk menangkis segala tohmahan yang bakal ditimbulkan dalam rancangan itu.

Kehadiran Husam juga dikira tepat kerana beliaulah pemimpin Pas yang melenting bila isu rasuah timbul dalam Pas baru-baru ini. Beliau bingkas bangun meminta agar Pas meminta bukti daripada Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamad Daud Iraq dan mengambil tindakan disiplin kepadanya jika gagal mengemukakan bukti atas tuduhan itu. Cara Husam melayani Mat Iraq itu seolah-olah Mat Iraq menuduh beliau yang bermain politik wang!

Husam juga sepatutnya hadir kerana dengan penampilan malam ini beliau dapat mempamirkan kewibawaan dan betapa profesionalnya beliau sebagai pemimpin Pas masa depan yang sedang berkira untuk meletakkan Pas sebagai peneraju politik negara ini.

Orang tertunggu-tunggu untuk melihat Husam malam ini. Kalau Husam datang malam ini saya kira ia akan memberi markah yang tinggi untuknya dalam kempen merampas jawatan timbalan presiden daripada Nasharudin Mat Isa.

Tetapi sayang seribu kali sayang, beliau tidak hadir. Apakah ketidakhadirannya Husam juga macam Zahid, takut untuk berdepan dengan Ezam. Kalau benar kenapa harus takut berdepan dengan Ezam. Jika niat awal beliau menerima jemputan TV9 itu untuk mengambil peluang bagi menyucikan Pas dengan rasuah beliau harus hadir tanpa mengira siapa sekalipun yang ditampilkan dari pihak Umno.

Apabila beliau membatalkan niat pada saat akhir, ia menyebabkan orang beranggapan demikian, bahawa beliau juga dua kali lima dengan Zahid. Memang hak Husam membatalkan kerana TV9 gagal menampil lawan asalnya. Tetapi itu bukan alasan bijak bagi Husam. Beliau perlu hadir juga sepatutnya. Sudah tentu kehadiran untuk berdepan dengan sesiapa saja itu menunjukkan beliau berani dan bersedia menerima sesiapa saja untuk mempertahankan Pas.

Beliau kena hadir kerana sedikit sebanyak isu rasuah dalam Pas akan tempias dalam hujah itu. Bila ini berlaku maka beliau kena menjawabnya.

Ternyata sekali, bila Ezam turut tidak menolak rasuah juga berlaku dalam Pas. Apa yang Ezam bayangkan atau siniskan sungguh memedihkan. Dengan mengguna pandangan Ibnu Khaldum, di mana rasuah itu datang bersama kuasa, Pas telah tertampal dengan najis rasuah yang dilontarkan Ezam sekejap tadi.

Kalau Husam hadir pasti dia akan menjawab dan mengupasnya. Dan Ezam sendiri nampak excited untuk membincangkan isu rasuah dalam Pas kerana atas rasa tanggungjawabnya untuk tidak mahu melihat parti Islam itu menjadi macam partinya, Umno.

Saya menyimpulkan kegagalan Husam hadir pada malam ini ialah kerana Ezam mengganti tempat Zahid. Saya percaya kalau Zahid diganti dengan Azalina Othman Said, Sharizat Abdul Jalil ataupun Ketua Puteri Umno, Rosnah Abdul Rashid Shirlin pasti Husam bersedia berhujah malam ini walaupun regu asalnya tidak hadir.

Dan apakah menyebabkan Husam takut untuk berdepan dengan Ezam? Apakah ianya ada sangkut paut dengan tuduhan beliau ke atas Ezam di Kuala Terengganu dulu yang kemudian disambut oleh Ezam kemudian tidak terjawab oleh Husam? Kalaulah... diulang kalaulah dengan Ezam pun takut nak berdepan bagaimana nak mempertahankan Islam dari serangan Israel?[wm.kl.9:30 pm 26/05/09]

36 comments:

Unknown said...

salam tuan,

dari pandangan sayalah tuan..tindakan husam tidak datang berdebat pada malam ni adalah tidak wajar..paling kurang pun tuan hantarla wakil xkiralah sesiapa pun. tapi saya terkejut tiada sorg pun ahli pas dtg nak tolong..kalau mcm nila husam mesti kalah dalam percalonan beliau.

walaubagaimana pun tahniah pada ezam sungguh bernas dan berinfo hujah beliau. saya agak malu pada pas kali ni begitu lemah sekali. ezam bekas kwn anwar berhujah dgn husam iaitu kawan anwar itupun takut nak dtg.

mmg kena buku dgn ruas. kepercayaan saya pada parti pas semakin pudar dan malap. semakin byk pendedahn telah berlaku semenjak adanya golongan seperti husam ini wujud di dalam pas.

akhir sekali saya sokong dgn pendapat ustaz nasarudin supaya ulama pas perlu buatt suatu sistem pemilihan calon supaya pada masa hadapan tidak ada perosak parti yang kami sayangi ini.

wassalam..

Lot 250 said...

Mengikut Prof Agus... Husam sudah pergi ke studio, dan apabila melihat Zahid tiada (surat kepada zahid telah dihantar), yang ada adalah ezam.. husam terus balik.

Ezam adalah gurka kepada UMNO....

dukun misai said...

yang Husam nk debat tu, bapak menteri,yang ada kuasa, setakat nk lawan gurkha ... buat pe,,ape yang gurkha boleh buat?

Unknown said...

Husam telah hantar surat kepada ZAhid utk memastikan hadir dalam Hujah malam tadi. Zahid senyap sejuta bahasa.

Aku sokong 100% Husam patah balik setelah ketiadaan Zahid. Ezam bukan ada markah pun dalam umno.

Sesiapa yang layan Ezam, akan masuk perangkap umno... si anwar pun x layan budak tuh.

Yang nak bertemput ialah dengan si najib dan mereka2 yang ada pangkat dalam umno!

kalu setakat ezam, padan dengan MSO jelah.

MSO pasti bersteuju dengan aku!

Ahmad Pazil Md Isa said...

tak payah layan ler Ezam tu
dlm Hujah nak kutuk PAS, tapi sebelum pilihanraya dulu dia yg beriya2 kata PAS kelantan adalah paling bersih

Ezam tu, dah berapa kali dok ulang benda sama, biaq la dia layan Hujah sorang2, org lain tgk pon boleh fikir sendiri

suparjo@blogspot.com said...

Orang politik sama saja Pak MSO, masa di sekolah rendah saja ada nampak baiknya. Yang bergelar ustaz apabila sudah menyandang takhta politik pun mesti pandai belit-belit. Husam apalah sangat...

murabbisoleh said...

maaf kpd saudara semua,utk makluman Dato Husam dah dtg ke TV9 untuk program Hujah,tetapi memandangkan Datuk Zahid Hamidi tak dtg,pihak pengurusan TV9 telah membatalkan sekali Dato Husam sebagai ahli panel,dan mereka telah memohon maaf kpd Dato Husam....sepatutnya saudara semua bertanya dahulu pd empunya bukan cepat membuat andaian dan suu zon
Firman Allah " Jgnlah perselisihan kamu itu menjadikan kamu tidak adil pd kaum itu,berlaku adillah"

morerock said...

Kalau dah tak suka,semuanya tak betul. Nak tanding salah, tak tanding salah, nak jumpa salah, tak nak jumpa pun salah.Ada baik nya Husam tak layan pelacur politik tu. Apa apa terjadi, pelacur tu tak rugi apa apa. Pelacur katakan, dah rosak segalanya.

DinDeraman said...

Saya pun rasa frust menonggeng bila tengok Ezam gan Agus saja kat kaca TV. Husam dan Zahid wajar bagi penjelasan kepada peminat hujah kenapa mereka tak dapat ikut serta.
Pehak TV9 pun tidak memberi alasan kenapa kedua ahli panel tersebut tak dapat muncul. Islam menyeru umatnya Menepati Masa dan Memenuhi Janji. Pemimpin yang suka mungkir janji tidak boleh di percayai. Atas semangat Husnulzam, kita minta mereka berdua beri penjelasan !!!

almatayer said...

Tindakan yang tepat dan bijak telah di ambil oleh saudara Husam..Siapakah
Ezam tu sekarang?Apa hebatnya manusia
yang bernama Ezam yang mesti saudara
Husam berhujah??Apa jawatan Ezam sekarang???Kalau ketua cawangan Umno pun tak layak apa barang nak berhujah dengan naib presiden Pas...memang tak layak.Jangan buang masa layan orang yang macam ni..buang karan saja.

Antibarua said...

Saya melihat dalam iklan di TV3 sudah dua hari di war-war kan bahawa Ezam akan menggantikan Zahid Hamidi. Inilah padah puak2 barua tak tengok tv, kononnya propaganda kerajaan.

Kalau dah takut nak berhujah, jangan bagi banyak alasan, hujah dgn khairi dulu pun husam terketar-ketar berhujah, itu di dalam kalangan penyokong PAS tu.. inikah bakal timbalan presiden parti PAS? Hancurle tak lama lagi.

Akai ada ka?

*~De' Reza Family~* said...

kenapa perlu kaitkan husamngan pemilihan parti??...husam rela dikalahkan dalam pemilihan parti...husam masuk debat bukan sbg merit utk pertandingan pemilihan parti....

dia balik bg saya adalah wajar...bukan tidak mahu mempertahankan pas...tapi lawan sebenar sudah mengaku kalah...

hendak berhujah dengann ghurka ezam...amatlah tidak wajar....siapa dia???...apa jawatan dia dalam UMNO??...hanyalah ahli biasa dan penceramah sampahhhh!!!

bagi aku kena bezakan antara pendirian husam dan zahid....

Anonymous said...

Saya rasa Pakatan Rakyat mengambil pendirian tidak mahu melayan kerenah Ezam. Bekas ketua pemuda PKR ini sangat dahagakan publisiti untuk menaikkan nama beliau di dalam Umno dan golongan Pakatan tidak mahu membantu. Tidak timbul soal takut kepada Ezam. Takkanlah Naib Presiden Pas nak berdebat dengan BEKAS ketua pemuda PKR. Jatuh la standard Husam.

baijaybee said...

sepatutnya husam harus menyambut peluang untuk berdebat dalam Hujah kerana ini merupakan platform yang amat baik untuk beliau menunjukkan kredibiliti dan ketokohannya sebagai seorang pemimpin..namun apa yang berlaku adalah sebaliknya..mungkin beliau kecut perut agaknya nak berhadapan ngan ezam...wallahualam

KHAIRUL NAZRI said...

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa membuat tuduhan amat mudah sekiranya ia tidak terkena pada batang hidung sendiri.

Dan apabila setiap tuduhan mahupun tohmahan yang kita lemparkan sebelum ini terkena kembali kepada batang hidung sendiri, maka kita harus bertanggungjawab dan mengakui akan kelemahan kita.

Namun begitu, beranikah kita menghadapi semua itu?

Mosa said...

Saya sentiasa mengikut perkembangan tulisan saudara tentang Husam. Janganlah perasaan marah peribadi saudara terhadap Husam tidak dapat dikawal.

Kalau saudara boleh untuk tidak menulis tentang Ibrahim Ali yang lebih dahsyat dari Husam harap saudara juga sedikit sebanyak tak perlu menyerang Husam sampai begitu.

Saya perhatikan setiap tindakan Husam akan dipandang kecil dan sering disindir oleh saudara.

Teguran saya ikhlas...saya peminat tulisan saudara. Biarlah tulisan menjadi teguran dan membina.

Maaf kalau saudara tersinggung.

Unknown said...

Hoi MSO,apa kena dengan kau ni.Pantang ada nama Husam,kau akan lepaskan geram.Tak kira samada tindakan Husam betul atau tidak,yang penting kau mesti hentam.
Hoi,jangan kerana apa yang diminta tak dapat,kau nak jadi balaci pada orang tertentu.Kau nak letakkan Husam macam kau,pantang ada umpan sambar.Kau buat lupa,dengan siapa sepatutnya Husam berhujah.Kalau setakat Ezam yang jadi polong umno tu,kau sajalah yang layan.

nada rakyat said...

kenapa anta anti husam? mungkin dia bersalah tak dapat hadir,tapi tak perlulah anta nak hentam husam..

Kusanagi said...

Salam, kata mudah dari saya. Sikap mencerminkan keperibadian. Sepanjang pengetahuan saya, hebahan telah dibuat melalui iklan yang menyatakan Husam memang akan berhujah bersama Ezam beberapa hari sebelumnya.

Tidak kira siapa yang berhujah, saya sebagai rakyat biasa cuma ingin melihat kupasan isu tersebut dan pendekatan kedua-dua parti dalam menangani sesuatu isu. Ini semua akan dapat diaplikasikan dalam pilihanraya nanti.

Seorang pemimpin seharusnya professional, berwibawa, bersedia, berkhidmat dan seribu macam satu lagi tanggungjawab yang harus dipikul. Saya mencari seorang pemimpin yang benar-benar layak dan berdedikasi.

Sekali lagi, tidak kira dari parti manapun,saya cuma ingin mencari pemimpin yang layak seperti di atas.

Apa yang berlaku hanyalah masalah sebesar zarah. Bagaimana pula untuk menangani masalah global dan rakyat Malaysia khususnya dan rakyat seluruh dunia umumnya.

Hakikatnya, kepada semua pemimpin, terutama yang beragama Islam, anda tahu tugas anda untuk menyediakan jawapan di akhirat nanti.

Puteri Islah said...

saya rasa tindakan husam bijak. di saat2 begini dlm perwakilan PAs nak bersiap utk mukamar.. kalau husam tampil, para perwakilanmuktamar akan bias pd husam. nampak seolah-olah Hujah ni satu platform utk husam promo diri utk pemilihan Timb. Presiden Pas, utk saat ini. sepatutnya.. bg peluang utk ketiga-tiga calon -> ust nasha, mat sabu dan husam. ni baru sesuai.

mcm yg penah Hujah buat dulu utk tiga calon Ketua pemuda Umno tempohari.. baru adil..utk di saat ini.

tetapi.. lps mukatamar, silakanlah jemput sapa2 pun boleh. baru xdak conflict of interest atau bias.

sekian

Unknown said...

ezam vs husam.. baru la buku bertemu ruas..
nampaknya sama la husam dgn zahid hamidi pun.. dua2 nampak bersih.. tapi dua2 'chicken out'...
dah sampai tapi tarik diri..
adakah ini membuktikan tuduhan rasuah sememangnya berlaku di dalam PAS..?

Anonymous said...

Tuan MSO, Salam

Saya tertarik dengan perkataan ‘cokngit cakdung'; satu jenis permainan yang menggambarkan watak-watak manusia dalam sistem demokrasi dan turun-naiknya.

Kena pilih untuk berada samaada di 'buchu alik nun' atau 'buchu alik ning'. Demokrasi ni memang selalu berat sebelah sebab neraca pertimbangan ‘cokngit cakdung’ adalah berdasarkan pertimbangan saiz dan jumlah yang berada di setiap buchu; bukan kebenaran yang dibawa oleh orang yang berada di buchu-buchu.

Syura tidak bersifat seperti ‘cokngit cakdung’. Tapi, kalau mahu juga bermain ‘cokngit cakdung’ dalam syura ala-demokrasi, kenalah ulama yang berperanan. Orang macam Husam tak mampu sebab dia tak suka duduk di tengah-tengah '‘cokngit cakdung’. Ulama biasanya suka duduk di tengah-tengah ‘cokngit cakdung’.

Salam,
TokPakir

arrdeen said...

salam pak mso

saya nampak ini peluang pak mso untuk "bantai" husam lagi..

you're a very ,motivated opportunist when it comes to Husam.. it's very obvious!!

be fair!!

Adam said...

husam sepatutnya menerima saja sesiapa yang hadir utk hujah tersebut... tindakan beliau terus balik apabila melihat zahid tak hadir adalah satu tindakan yang tidak sopan kalau ikutkan kata logiknya... husam yang menjemput, zahid hantar wakil, terima jer.. bila husam tak hadir ianya akan memburukan lagi keadaan .. maknya 50% berlakunya rasuah dalam PAS...TG Nik kata, "mereka bagi duit, ambik jer.. tapi jangan pangkah.." :) TG bagi comment camtu? .. haha ! nak tergelak saya ..

anakjatiperak said...

Antibarua..
apa kelas Ezam?Dia barua dalam umno. hanya digunakan untuk lawan anwar.

aku sokong Husam balik.Husam Naib Presiden (bakal timb. kalau menang).mesti setaraf dengan Naib Pres. UMNO. kalau ezam tu balaci umno dan pencacai yang akan merosakkan umno. Umno akan kesialan.K.trengganu,Bukit gantang,pmtg pauh, bukit selambau kalah teruk sebab ezam turun kempen. kalau tak turun kempen, mungkin kalah sikit. sebenornya, orang umno akar umbi pun meluat.

Reds said...

Nak berhujah memilih2 org pulak. Patutnya inilah peluang untuk terus mendiamkan mulut si Ezam tuh.. Kalau dah kena teruk kt Live, mesti lepas nih si Ezamtuh terus mati akal dah malu alah nak muncul lagi.. Ini tidak, tgk Ezam balik ! Apa ? Ada apa2 yg Ezam tau pasai hang ka Husam ? tu yg hang takut, kecut perut tu ?

Skuad Peninjau said...

Salam,

Saya dah agak dah Pak MSO mesti ambik chance punya tentang hal ni. Kalau masuk Hujah pun, mesti ada sisi gelap hujah Husam yang Pak MSO nak paparkan.
Itu hak Pak MSO nak bagi pendapat, perkara macam ini terpulang kepada kita semua untuk memikirkannya. Mungkin betul mungkin salah.

Tapi yang saya nampak, Pak MSO ada masalah dengan Husam ni. Gaya kritikan Pak MSO dah bau bau ke arah itu. Tiap tiap kali pasal Husam, mesti punya kena kau kau.
Ibrahim Ali yang belot ke UMNO tu Pak MSO kritik punya ganaz pun Pak MSO boleh berhenti , kenapa tidak Husam, yang masih dalam jemaah kita?

Dari blogger garis tengah, saya nampak Pak MSO dah pergi condong ke satu arah pulak.
Tak apa lah, saya meraikan perbezaan pendapat dalam Jemaah, kalau sama aja boring jugak.

Jangan fitnah-memfitnah sudahlah, yang lain Ok.

Unknown said...

sdr mso,

saya pengunjung tetap blog sdr walaupun ada yg sdr tulis saya tidak bersetuju.Tapi hasad sdr terhadap husam pada saya sudah melampau seolah olah soal dosa pahala sudah tidak di beri tempat.

mungkin tidak mengugat sdr tapi saya akan stop browsing blog ini from now onwards

Bomoh Malaysia said...

marah betul tuan mso pada Husam. ambo perhati dari hari tu lagi. ada yang kena ke dgn demo ni?

aqilfarihin said...

husam kata xdak pek dah nya aku berdebat dgn manusia yg xderk integriti...aku sokong husam walau apa alasan nyer..

aljo said...

apa agenda saudara mso ni? saya rasa ada dendam peribadi antara dia dgn husam. saya rasa husam tak perlu layan dia ni. saya yang bukan orang politik pun dah naik menyampah dgn tulisan mso yang terlalu banyak dendam peribadi dgn husam.

ini kali terakhir saya surf blog ni dan saya juga akan boikot akhbar siasah saudara. malas dah nak baca cerita peribadi saudara mso dgn husam.

selamat tinggal, assalamualaikum...

mns said...

Masalahnya penonton ternanti2 . Pentas dah tersedia . Kalau dahulu beria2 minta nak berdakwah nak keluar TV nak siaran langsung . Kalau Ezam tu gurkha .. lagi mudah nak lanyak . Mengecewakan . menunggu-nunggu . Boleh kata 2x5 . Tak payah dok buat alasan Zahid . Memang UMNO dah perangai macam tu .

MSO selalu kenen HUSAM . Penarik Beca dan TBesi tiap2 hari dok perasap Us Nasha . Sampai sekarang Us Nasha tetap releks . Husam macam2 atur . Rasmi itu rasmi ini buat perjumpaan sana sini . Kalau dalam Islam kita tak payah pohon jawatan itu akan datang sendiri . Tapi nie asyik dok promosi diri sendiri . Selepas kata berpuasa terus cakap menuduh nak menjatuhkan golongan pro-Umno. Entah bila ada pro-Umno . Dulu mereka juga cakap semua istilah tu dibawa parasit luar . Tapi sekarang dia pula guna Istilah tu , Nampak sangat kemaruk nak jawatan Timb. Kalau tak dapat mungkin tak boleh nak bekerja dengan PAS lagi .

denaihati said...

MSO saya pinjam sikit artekil di posting ini...

http://1-malaysia.blogspot.com

Mie0100 said...

Salam buat orang-orang kuat PAS.

Kalau la dengan belaci umno pun dia dah lari balik, jangan dok ekk la nak tunjuk kuat nak debat dengan VP umno. Husam berani dengan Zahid sebab dia tau Zahid kurang tahu rahsia PAS tapi bila dia tau kena debat debgan Ezam di lari balik sebab Ezam banyak tau rahsia-rahsia PAS.
Disini kita boleh agak dah memang ada belaku rasuah dalam PAS. Tapi dalam PAS dia orang tak panggil rasuh ataupun politik wang dia orang panggil bantuan. Amal jariah nak tolong kawan-kawan.
Kenapa tak pi tolong orang-orang kampung yang perlu bantuan tu??
Dulu PAS kata kat umno, lani PAS dah jadi macam umno. Dulu PAS kata umno kafir (rujuk amanat TG Haji Hadi) lani depa pun bersama DAP yang terang-terang memusuhi ISLAM (rujuk kata-kata karpal singh- langkah mayat dia dulu untuk tegakkan negara islam). Kalau umno kafir, PAS pulak macam mana?????

ilhamghaz... said...

Tak manis la cakap husam 2x5...Pakcik! Apa kelas dengan ezam kotak buruk, dia tumpang glamour ada lahh.
Husam ada standard dia sendiri Pakcik...kadang2 tulisan Pakcik ni kureng sikit la..selalu sy baca blog Pakcik cuma x terniat nak komen sgt...kalau komen nanti mesti ada je jawapannya..biasa la keje penulis ni.
Kan betul, Pakcik dah jawap orang yang komen dalam tulisan "Surat Kepada Penyokong si Baju Petak-Petak Merah"...
Tau laa siapa kita orang yg nak mengajar otai mcm Pakcik.

penyair dari gunung said...

Membaca komen-komen diatas, jelaslah matlamat Husam bukan nak membersihkan PAS, cuma nak cari populariti. Pemimpin bacul. Tak layak jadi pemimpin PAS. Jadi pemimpin HINDRAF ok le kut...