
Kemunculan Nasharudin di majlis itu sesuatu yang dinanti-nanti oleh pimpinan Pas Bachok dan juga anak-anak Bachok yang mengundinya dalam pilihan raya lalu. Kedudukan Nasharudin selama ini menjadi tan

Satu masa beliau dilihat condong untuk mengikut rentak Hasan Ali alias Hasan Akidah yang telah dipecat Pas, kini bergerak memburukkan Pas menerusi flatform bernama Jati.
Kehadiran Nasharudin ke rumah Hasan untuk mengikuti kenyataan akhbar Hasan selepas

Tanggapan buruk itu juga berlaku apabila Hasan mengaitkan nama nama Nasharudin dalam gerakannya untuk memburukkan Pas, di mana gambar Nasharudin dimasukan bersama dalam banner kononnya dia akan bersama Hasan dalam satu ceramah di Bangi.

Perkara itu dinafikan Nasharudin sehingga beliau membuat laporan polis.
Semnasa pelancaran Jati pada 21 Februari sekali lagi Nasharudin dikaitkan dengan majlis itu kononnya beliau akan hadir sama. Ternyata ia hanya gimik percubaan untuk mengheretkan Nasharudin bagi memusnahkan kredibilitinya dalam Pas.
Kehadiran bersama anak-anak Bachok semalam menutup segala keraguan dan kesangsiaan kepada ahli Parlimen Bachok

Majlis anak temu mana anak Bachok malam tadi adalah antara majlis termeriah dalam siri-siri majlis seumpama itu. Semua pemimpin Pas dan wakil rakyat dalam kawasan Bahcok hadir, Omar Muhamad (Adun Perupuk), Hassan Mahmud (Adun Tawang), Abdu Azzi Kadir (Adun Jelawat).
Bekas ahli parlimen Bachik Wan Nik Wan Yusuf juga hadir. Speaker Dun Kelantan Nasarudin Daud mewakili MB Kelantan. Turut sama hadir Ketua BBC Drs Zainuddin Awang Hamat. [wm.kl.8:22 am 26/02/12]
No comments:
Post a Comment