Sunday, October 19, 2008
Pencalonan Umno
Tengku Razaleigh Sudah Mendapat Pencalonan?
SEKURANG-KURANG dua orang penjenguk blog saya memberi teguran dan sekaligus menyampaikan maklumat mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah sudah mendapat satu pencalonan. Pencalonan pembuka semangat itu datang dari bahagian Padang Besar, Perlis.
Saya jadi keliru apakah benar maklumat berkenaan? Masakan penyampai maklumat berkenaan seorang orang yang hampir dengan Tengku Razaleigh dan beliau mengaku mendapat pengesahan langsung daripada Ketua Bahagian itu, Zahidi Zainal Abidin yang juga calon Ketua Pemuda.
"Ya saya telah menghubunginya dan beliau sahkan," kata penyampai itu.
Tengah hari tadi seorang penjeguk tegar blog saya menghantar SMS. Antara lain bunyainya; "Ku Li (Tengku Razaleigh) sudah mendapat satu pencalonan tetapi tidak ada satupun media carry berita ini."
Sehingga malam ini media cetak televisyen tidak... (maaf berhenti sekejap kerana ada panggilan telefon: Hello, Ti... ada sikit pembetulan Tengku memang kalah.... maklumat yang kawe dapat semalam tak betul.." jam 8:45 minit malam.
Jadi laporan ini terhenti di sini sahaja, sah Tengku Razaleigh masih belum mendapat sebarang pencalonan setelah lebih 60 bahagian bersidang sehingga hari ini.
Sehingga malam ini Mohd Najib Razak terus mengungguli pencalonan dengan mendapat 59 pencalonan. Dengan berakhirnya persidangan hari ini dan ahli Parlimen Gua Musang belum menapat apa-apa pencalonan bermakna masa untuk Tengku Razaleigh bersiap sedia membuat kenyataan berundur sudah pun tiba.
Hanya satu pengharapan Tengku Razaleigh, sekiranya Abdullah Ahmad Badawi menggunakan pelan untuk menyelamatkan dirinya kemungkinan Tengku Razaleigh akan mendapat pencalonan minggu depan.
Untuk jawatan Timbalan Presiden pula, Muhyiddin Yassin mendahului dua calon lain dengan mendapat 44 pencalonan. Mohd Ali Rustam dan Muhammad Mohd Taib menambah pencalonan menjadikan sembilan untuk Mohd Ali dan lapan untuk Muhammad Taib.
Kelembaban pencalonan untuk Mohd Ali mungkin disebabkan ada usaha pihak tertentu yang cuba mesebotaj pencalonannya. Khabarnya ada pihak tertentu yang menyuruh beliau menarik diri.
Hari ini Mohd Ali membuat penjelasan bahawa beliau tetap meneruskan niat untuk bertanding dan beharap akan diberikan pencalonan yang cukup.
Ketua Pemuda, ternyata Khir Toyo menunjukkan perkembangan. Beliau kini memperolehi 25 pencalonan manakala Khiry Jamaluddin juga turut menambah pencalonan menjadikan 34. Namun Mukhriz Mahathir sudah selesa dengan menerima 64 pencalonan.
Pemuda Umno seperti sudah tersihir dengan Mukhriz Mahathir bila mana banyak bahagian seolah tidak tersilau kepada Khir dan Khairy. [wm.kl 9:00 pm 19/10/08]
Ulasan Isu
BAKAL Perdana Menteri yang akan bersara Abdullah Ahmad Badawi marah benar dengan bekas Perdana Menteri yang masih aktif berpolitik Mahathir Mohamad. Abdullah seperti sedih, kecil hati dan geram dengan Mahathir apabila bekas ahli Umno itu mencampuri urusan pemilihan Umno dengan bertindak menjadi Pengarah Pemilihan Umno.
Tindak tanduk Mahathir itu disifatkan Abdullah sebagai menimbulkan perkelahian dalam Umno dan berkata Mahathir tidak berhak untuk mencampuri urusan Umno kerana beliau orang luar, bukan ahli Umno lagi.
Kata Abdullah, Mahathir pandai-pandai menentukan sesiapa yang patut dipilih dan dibuang. Apa yang menyebabkan Abdullah seakan berang apabila Mahathir meminta agar membuang orang-orangnya.
Sebelum ini Mahathir pernah menyebut berberapa nama yang layak menjadi Perdana Menteri sebagai mengganti Abdullah. Apabila Mohd Najib Razak bersikap mendiamkan diri Mahathir menempelak Najib dengan menamakan atau menyebut nama Muhyiddin Yassin, Rais Yatim sebagai mereka yang layak menggantikan Abdullah.
Mahathir tidak sesekali menyebut nama Tengku Razaleigh Hamzah sebagai orang sesuai atau layak walaupun hakikinya Tengku Razaleigh lebih layak berbanding Muhyiddin dan sudah lama menyatakan hajat untuk merebut jawatan presiden.
Siapakah orang-orang Abdullah yang disebut Mahathir itu? Jika dirujuk kepada nama-nama itu mereka dalam jemaah menteri, dari 19 jemaah menteri Melayu, 12 orang menteri yang dilihat orang Abdullah dengan mengambil kira mereka ini menjadi menteri selepas Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Sementara lapan orang menteri pula dilihat sebagai berpihak kepada Mohd Najib Razak memandangkan mereka pernah berkhidmat dengan Najib ataupun seangkatan dengan bakal Perdana Menteri yang diraikan itu. Mereka ini juga dianggap sebagai talam dua muka atau biantang dua alam kerana boleh hidup di kedua kem, Najib atau Abdullah.
Meteri yang dikatakan orang Abdullah dan diruruh pecat oleh Mahathir ialah;
1. Amirsham A Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),
2. Syed Hamid Albar (Menteri Dalam Negeri),
3. Nor Mohamed Yaacob (Menteri Kewangan II),
4. Shaziman A Mansor (Menteri Tenaga, Sumber dan Komunikasi),
5. Ahmad Shabery Chik (Menteri Penerangan),
6. Dr Rais Yatim (Menteri Luar),
7.Ismail Sbari Yaacob (Menteri Belia dan Sukan),
8. Noh Omar (Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi),
9. Azlina Othman Said (Menteri Pelancungan),
10. Zulhasnah Rafique (Menteri Wilayah Persekutuan),
11. Khalid Nordin (Menteri Pengajian Tinggi).
12. Muhammad Mohd Taib (Menteri Pembangunan Dan Kemajuan Luar Bandar).
Mereka ini dikatakan tidak selamat sekiranya Najib menjadi Perdana Menteri ataupun akan ditukar ke kementerian yang tidak glamour.
Bagaimana pun nama-nama seperti Syed Hamid Albar, Khalid Nordin dan Ahmad Shabery Chik mungkin akan dikekalkan Najib memandangkan pengalaman dan bakat mereka.
Manakala lapan menteri yang dikira selamat dan bersikap macam haiwan dualam pula ialah;
1. Mohamad Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),
2. Ahmad Zahid Hamidi (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),
3. Zain Mohamad (Menteri Jabatan Kerjaraya),
4. Muhyiddin Yassin (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, selaku Ketua),
5. Mustapa Mohamed (Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani),
6. Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehawal Pengguna),
7. Hishamuddin Hussein (Menteri Pelajaran),
8. Shafei Afdal (Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - selaku Tim Ketua).
Nama-nama seperti Awang Adek Hussein, Rafidah Aziz, Tengku Adnan Mansor dan Mkhriz Mahathir mungkin akan dipertimbangkan balik oleh Najib untuk dibawa ke dalam Kabinet atas Nasihat Mahathir.
[wm.kl 9:45 am 19/10/08]
Susupan Pagi
POLITIK orang Melayu sebenarnya sudah jauh berubah. Sudah berlaku anjakan paradigma. Mengapa dikatakan begitu, kerana jika orang Melayu (Kelantan) masih mengamalkan politik tahun-tahun 60-an tidak mungkin Adun Bukit Bunga, Mohd Adhan Kecik (foto) bersedia untuk berbesan dengan Adun Sungai Abong, Johor Dr Sheikh Ibrahim Salleh.
Kedua wakil rakyat berkenaan tidak menganuti ideologi politik yang sama. Mohd Adhan orang Umno totok manakala Dr Sheikh Ibrahim Salleh pula orang Pas. Mungkin Sheikh Ibrahim bukan Pas totok kerana beliau orang Johor.Demikian jahat, kotor dan parahnya politik orang Melayu berberapa dekad dulu. Siapakah yang menanggung dosa atas kemusnahan dan kehancuran ini semua? Bukan sedikit 'masjid' atau 'surau' hancur dan dimusnahkan kerana kepercayaan karut itu.

Saturday, October 18, 2008
Ulasan Malam
Untuk calon Presiden, Mohd Najib Razak terus unggul dengan menguasai semua pencalonan dari bahagian bermesyuarat hari ini menjadikan beliau kini mendapat 45 pencalonan.Murai 8
Barangkali ada yang teruja apa yang berlaku dalam mesyuarat Pemuda Umno bahagian Rantau Panjang semalam. Bagi mereka yang pertama kali menghadiri mesyuarat parti Umno itu mungkin terkejut besar. Bagi mereka sesuatu yang baru apabila mesyuarat terpaksa dikawal oleh FRU.

Susupan Pagi
Amaran Terakhir
MSO
JARANG mesyuarat Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan khas yang agak spesifik menyentuh sesuatu isu pada setiap kali selepas mesyuarat diadakan. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-215 di Kuala Terengganu 16 Oktober lalu boleh dianggap penting dan membawa mesej tersendiri untuk dihayati oleh semua lapisan rakyat negara ini.
Dalam bahasa yang lunak dan sopan mesej yang dizahirkan menerus kenyataan akhbar khas itu berupa peringatan keras dan tegas yang belum pernah dikeluarkan seumpamanya.Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebelum berangkat ke majlis mesyuarat itu bersetuju mengeluarkan satu kenyataan akhabr khas yang menyentuh isu-isu hangat dan menjadi perhatian umum dewasa ini. Kenyataan ataupun peringatan itu menunjukkan betapa Raja-Raja Melayu senantiasa memerhati dan tidak mengalpakan tanggungjawab mereka sebagai payung keramat melindungi rakyat dan negara.
Penyiman Mohon Besar Raja-Raja Melayu, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah membaca kenyataan berkenaan.
Antara perkara yang mendapat perhathian Duli-Duli Yang Maha Mulia ialah berhubung hal-hal keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu yang telah dimaktubkan dalam perlembagaan.
Berhubung dengan kebesaran Raja-Raja Melayu Baginda Duli-Duli Yang Maha Mulia menjelaskan;
“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia,”
Penegasan demikian menunujukkan Duli-Duli Yang Maha Mulia mempunyai peranannya tersendiri dengan fungsi yang tidak boleh diragui lagi untuk kebaikan semua pihak tanpa memilih warna kulit, bangsa dan anutan agama. Setiap warga negara berada dalam peliharaan dan tanggungjawab kusasa Duli-Duli Yang Maha Mulia.
Justeru itu Duli-Duli Yang Maha Mulia memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak membangkitkan perkara-perkara sensitif yang boleh menimbulkan ketegangan dan perpecahan sehingga mengakibatkan negara dalam keadaan tidak aman dan masyarakat menjadi kucar kacir.
Antara perkara pada hemat Duli-Duli Yang Maha Mulia yang tidak manis dan boleh menimbulkan kekeliruan dan ketegangan jika terus diungkit ialah masalah kontrak sosial. Duli-Duli menegur golongan yang senantiasa mengungkitkan perkara itu dari masa ke semasa itu agar menghentikannya segera. Sehubungan itu Duli-Duli Yang Maha Mulia menyarankan supaya kembali kepada perlembagaan dan menyusuli sejarah sebab apa yang dimaktub dalam perlembagaan adalah jelas.
Dalam pada itu Duli-Duli Yang Maha mula juga memberi peringatan kepada kaum bukan Melayu agar tidak bimbang dengan kedudukan mereka kerana ia senantisa dijamin dan terjamin oleh institusi itu seperti mana ditegaskan perlembagaan negara.
“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan,” tegas Duli-Duli Yang Maha Mulia menerusi kenyataan itu.
Dalam masa yang sama Duli-Duli Yang Maha Mulia merayu orang Melayu supaya bersatu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu. Ada tiga perkara penting yang memerlukan kekuatan dan iltizam orang Melayu iaitu mengenai agama, bahasa Melayu dan institusi Raja-Raja.
“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok,”
Seruan ini dibuat mungkin setelah kesemua Duli-Duli Yang Maha Mulia menyedari keadaan ukhwah orang Melayu muasir terancam dan hilang fokus disebabkan lebih memperjuangkan politik puak masing-masing secara arrogant.
Disebabkan terlalu berpolitiking sehingga terabai tanggungjawab lain yang lebih penting dan mustahak. Tidak dinafikan sikap orang Melayu kini seperti pendekar yang terlalu tamak dan bersikap sel fish dan sanggup meninggalkan gelanggang sehingga musuh berjaya menyusup masuk dan bermukim di kubu sendiri!
Seharusnya semua pihak perlu menginsafi peringatan Duli-Duli Yang Maha Mulia itu demi kebaikan bersama. Dalam pada ini mungkin perlu kalau nasihat itu dijadikan amaran terakhir oleh Raja-Raja Melayu agar mana-mana pihak tidak lagi cuba memainkan isu sensitif atau mengungkit yang sudah sedia ada dipraktikan selama ini.
Bagi orang Melayu pula tidak kira mereka berada atas 'dahan' politik mana hendaklah jadikan nasihat dan peringatan ikhlas Duli-Duli Yang Maha Mulia itu sebagai azimat bagaimana untuk mengembalikan kekuatan Melayu sebagai tunggak pemerintahan negara ini. Nasihat Duli-Duli Yang Maha Mulia juga juga perlu diterjemahkan menerusi amalan (pratikal) politik yang sihat dan rasional.
Untuk lain waktu sekiranya masih ada pihak yang berdegil mengungkit atau menimbulkan isu-isu itu tidak perlu tangguh dan bertolenrasi lagi. Mereka hendaklah dikenakan tindakan sewajarnya. Kalau hanya setakat menyeru memberi ingatan mungkin ia tiak memberi bekas.
Sebelum ini pun semua pihak termasuk Duli-Duli Yang Maha Mulia sendiri suah acap kali memberi teguran dan nasihat agar tidak melakukan perkara-perkara itu namun ianya diterima seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja oleh pihak-pihak tertentu.
Mungkin hukuman atau tindakan tegas kepada mereka yang berdegil dan tidak gerun memainkan isu-isu itu perlu dikenakan tindakan setimpal. [d’ kota kl. 9:00 pm 17/10/08]
Friday, October 17, 2008
Khabar Jumaat
TOK GURU Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam memperolehi seorang lagi cucu menjadikan kesemua cucu beliau kini seramai 50 orang. Cucu baru itu ialah anak Nik Omar Nik Abdul Aziz (foto). Cucu perempuan MB Kelantan dilahirkan semalam, demikian disahkan oleh keluarga terdekat Menteri Besar Kelantan itu.
Sebagai mengalu-alukan kelahiran cucu baru itu satu majlis kesyukuran (bewah) akan diadakan Selasa ini di rumahnya di Pulau Melaka dengan menumbangkan dua ekor lembu.
Nik Aziz yang merupakan Menteri Besar Kelantan ke-12 kini sudah memasuki tahun ke-18 beliau menjadi Menteri Besar Kelantan. Beliau dilantik menjadi MB Kelantan apabila Pas berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional tahun 1990.Dalam Pas Kelantan beliau adalah Pesuruhjaya Pas Negeri, sementara di peringkat pusat beliau merupakan Mursyidul Am Pas, jawatan tertinggi dalam hirerki kepimpinan Pas.
Beberapa kali beliau diura-urakan akan melepaskan jawatan MB Kelantan atas masalah kesihatan. Bagaimana pun disebabkan beliau merasakan tidak ada pengganti yang layak Nik Aziz yang kini sudah berusia 76 tahun masih terus memegang jawatan berkenaan.
Kepada Tok Guru diucapkan tahniah atas kelahiran cucu barunya itu mudah-mudahan cucu perempuan itu memberi semangat dan membawa kekuatan untuknya terus menerajui Kelantan sekurang-kurangnya sehingga menjelang pilihan raya ke-13 nanti. [wm.kl 2:00 pm 17/10/08]
Renungan Mesra
Bahagian Kedua Akhir
Perihal Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan
BERLAINAN dengan Setiasuaha Politik MB yang ketiga ini, Sdr Annual Buhkri Haron. Jika dilihat dari segi wajah dan aksesori dirinya pun ia berbeza dengan dua Setiausaha Politik MB sebelum ini. Dengan rambut kerinting panjang, kekadang memakai kupiah dengan selempang di bahu macam Akhil Haiy atau kiayai dari Indonesia apa lagi memilik jiwa seni beliau lebih layak menjadi seorang seniman daripada Setiausaha Politik.
Memang pun Anual Bukhri seorang penyair, pencipta lirik lagu dan juga sesekali mengalunkan suaranya. Khabarnya sudah ada LP? Beliau lebih sentimenal, menyendiri dan tidak berperwatakan ‘jelingah’ sebagai seorang Setiausaha Politik yang perlu lincah, menarik dan tahu mencuri hati pelanggan bosnya. Jarang seorang Setiausaha Politik memiliki kemahiran dan berjiwa seperti beliau.Cara kerjanya juga semacam dalam senyap, seperti mana mesej jiwanya yang hendak disampaikan kepada publik secara 'diam berisi' menerusi patah-patah puisi atau lirik lagu yang melenkolik ditulisnya?
Kerana jiwanya memiliki dua sempadan politik dan seni menyebabkan beliau hilang tumpuan kepada kerja. Ada kalanya beliau lebih jauh berjalan untuk memasarkan buku-buku puisinya daripada berjalan untuk mengatasi kemelut politik dihadapi oleh Menteri Besar Kelantan. Kerjanya juga terlalu sistemetik sehinggakan ia menjadi Nik Aziz sebagai burung yang hanya boleh dilihat sementara dia saja yang boleh mengelusnya.
Banyak mulut yang memberi tahu saya perihal Setiausaha Politik ini. Sengaja saya pendamkan sehinggalah penulisan kecil ini yang memungkin menggangu beliau dipamerkan. Saya ada pengalaman tersendiri dengan Anual Bukhri ini. Pada saya dia lebih merasakan Nik Aziz adalah miliknya. Setiap orang yang ingin menemui Nik Aziz harus mendapat kartu menunggu darinya terlebih dahulu. Dasar terbuka yang dibuat Nik Aziz – bebas menemuinya, ditutup kejap oleh Annuar Buhkri dengan jawatannya itu.
Saya pernah mencuba (menguji) sejauh mana keterbukaan dan daya politik beliau untuk menginterviu Nik Aziz. Saya pohon melalui prosuder biasa dengan menghantar surat. Saya seorang yang berdisiplin dan tahu membezakan waktu mana Nik Aziz sebagai seorang manusia, Nik Aziz sebagai MB dan Nik Aziz sebagai Tok Guru.
Saya disuruh megemukakan soalan bertulis dan faxkan untuk diajukan. Seminggu kemudian saya mendapat surat yang ditanda tangani Annual Bukhri yang memberi penjelasan bagi pihak Nik Aziz berhubung dengan satu soalan saya daripada beberapa soalan yang dikemukakan. Surat itu memadai dan tidak perlu diadakan interviu soal jawab secara bersemuka seperti lazimnya yang dikehendaki seseorang wartawan. Saya yakin beliau tidak merujuk surat saya kepada Nik Aziz dan tidak memahami ilusi seorang penulis.
Saya tersenyum menerima surat itu dan mulai menilai sejauh mana mutu profesionalnya sebagai Setiausaha Politik. Dia langsung tidak memiliki kemesraan politik dan tetap membatasi ruang dan meletakkan Tok Guru Nik Aziz dalam sangkar selaku Menteri Besar pada setiap masa. Dia bekerja sebagai pegawai atasan kerajaan dan bukan sebagai seorang Setiausaha Politik. Mungkin kerana beliau seorang terlalu cinta kepada Tok Guru.
Walhal saya boleh menemui Nik Aziz di mana-mana saja untuk berbuat demikian. Tetapi kerana ingin menguji maka saya menemui jawaban mengenai kehebatan seorang tukang selampit bernama Annual Bukhri. Kenapa saya berkata begitu kerana saya memiliki ‘lesen besar’ untuk menemui dan bertanya apa saja kepada Tok Guru tanpa mematuhi peraturan dan mana-mana general order yang ditetapkan oleh sesiapa saja di dunia ini.
Untuk menenumui MB secara oficial lebih senang menerusi Setiausaha Sulitnya, Nik Azlan walaupun atas tujuan politik dan parti. Nik Azlan lebih bersikap sebagai ahli politik daripada seorang pegawai kerajaan. Anih. Saya juga kurang pastikan apakah Annual Bukhari berkerjasama dengan Nik Azlan demi kepentingan Tok Guru.
Anual Bukhri tidak ada agenda politik berupa untuk jadi Menteri Kewangan atau pun Perdana Menteri. Rupa dirinya sendiri tidak berperawakan ahli politik. Itu dirasakany. Namun gambaran itu sebenar tersasar ‘khilaf’ kerana beliau pandai mengambil peluang memantau dan mengolah pemikiran Nik Aziz mengikut alunannya atau pun mengikut petunjuk dari ketua keduanya. Pemikiran dan idea Nik Aziz juga diunder licensekan.
Ini dilakukan menerusi kenyataan akhbar bercetak atau tulisan-tulisan ringkas yang dihidangkan kepada umum. Beliau menggunakan nama Nik Aziz sedangkan idea, jalur pemikiran dan mesej yang tersimpul di dalam tulisan dan kenyataan itu adalah jalur dan pemikiran beliau perbadi yang bertunjangkan ideologi politiknya dan juga panduan kompoas bosnya yang lain.
Kalau tidak salah ingatan Tok Guru pernah bersunggut kepada saya satu masa ketika di Rumah Kelantan Kuala Lumpur bahawa beliau kadang-kadang sukar memahami tulisan (idea) Annual Bukhri kerana katanya berbunga-bunga sangat!
Apakah keadaan yang berlaku kepada Tok Guru kini beliau disekang dilema dahsyat? Bahawa pemikiran dan acuan politiknya sudah teracun dan rosak? Beliau tidak lagi berfikir menggunakan pemikiran mengikuti pendekatan siasah Islam yang diamalkan selamanya dan memberi kesedapan dan kelazatan kepada semua orang?
Tidak syak kalau ini berlaku orang bertanggungjawab ialah Setiausaha Politik. Kerana seperti tulisan ini di bahagian pertama orang yang menentukan jalur atau lebuh raya pemikiran (minda) seseorang yang menggunakan pakai khidmat pegawai Politik, adalah Setiausaha Politik.
Dalam hal ini apa yang berlaku kepada Tok Guru tidak lain dan tidak bukan ianya dimonitorkan Setiausaha Politiknya.
Dengan sedikit analisa ringkas berhubung karektor dan pemikiran ketiga-tiga bekas dan Setiausaha Politik Tok Guru, Wan Abdul Rahim, Husam dan Annual Bukhri... ini dapatlah diambil iktibar untuk orang politik dalam memilih atau melantik Setiasuaha Politik mereka masing-masing.
Fikir dan amatilah jalur pemikiran, pemahaman sisah dan latar belakang ideologi politik mereka terlebih dahulu. Kerana kalau sudah dilantik untuk membuangnya agak sukar, apa lagi kalau ada yang menahannya dengan alasan-alasan molok-molok pula walhal perbuatan itu dilakukan untuk menguatkan orang yang mempertahankannya itu sendiri. [wm.kl 10:15 15/09/08]
Thursday, October 16, 2008
Bicara Subuh
MUFTI Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menamatkan kontreknya sebagai Mufti Perlis pada 30 November depan. Keputusan itu sudah muktamad, begitulah menurutnya. Mulanya ada angin mendesir mengatakan kontrek itu hendak disambungkan. Tetapi entah kenapa tidak jadi. Raja Perlis juga katanya turut memanggil Asri bertanya mengenai hal itu. Boleh difahamkan apabila Raja memanggilnya, bermakna Raja masih mahukan beliau meneruskan khimdat.
Bagaimana pun keputusan Asri sudah teguh, dia tidak bersedia untuk menyambungnya.
Kehadiran Asri memegang jawatan itu menjadi isu. Ada sesuatu yang tidak kena agaknya. Kenapakah ini berlaku? Sepatutnya hal seperti itu tidak terjadi kerana kedudukan itu sangat tinggi dan mulia.
Tentunya ia tidak sama dengan penjawat jawatan-jawatan lain seperti Pengarah Pendidikan, Pengarah Kemas atau pun jawatan-jawatan eksekutif lainya yang berunsurkan politik.Sewajarnya kedudukan itu tidak menjadi isu dan semua pihak kena menghormatinya. Tidak sepatutnya jawatan Mufti turut sama terjerumus dalam kancah politik penuh kegilaan. Kerana apabila ia terjerumus dalam politik ia akan mencemar dan menghanyirkan institusi tertinggi dalam adimistratif agama itu. Mufti dalam Islam dirujuk sebagai pemutus kata terakhir dan penggubal dasar dan hukum.
Apa yang saya rasakan mengapa Asri mengambil keputusan menyedihkan itu seperti ada gangguan-gangguan ghaib ke atas jawatan itu. Umum tahu pemergian beliau ke Perlis menjawat jawatan itu ialah atas inisiatif bekas MB Shahidan Kassim.
Kebetulan saya mempunyai sedikit maklumat berhubung dengan kedudukan Asri ini. Ketika saya di Sabah dan kebetulan berjumpa dengan Shahidan Kassim kami borak mengenai Asri yang menjadi sebutan kerana buah fikiran, keberanian dan keikhlasannya dalam membuat teguran dan memberi pandangan ke atas isu-isu semasa tanpa memilih bulu dan kedudukan.
Ketika inilah Shahidan menceritakan masalah yang mula berputih di sekitar Asri. Menurut Shahidan tanpa menyebut siapa menjadi punca masalah, beliau bercadang untuk membawa Asri ke Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menjadi Mufti. Menurutnya beliau akan sampaikan hajat itu kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.
Cadangan Shahidan itu menyebabkan saya sedar dan terfikir Asri ada masalah di Perlis. Ianya tidak lain dan tidak bukan Asri berdepan dengan masalah apabila Shahidan tidak lagi menjadi MB. Ini bermakna MB Perlis yang ada sekarang kurang senang kepadanya atas sebab-sebab mungkin kerana politik. Itu saja. Mungkin!
Asri juga secara tidak langsung ada menyebut perkara itu. Katanya dia kurang selesa kalau Shahidan tidak lagi menjadi MB dan bercadang untuk berhenti atas alasan ingin melanjutkan pelajaran di luar negeri. Namun saya faham maksud dan apa yang terjadi disebalik itu.
Bagi Asri beliau merasakan perlu untuk meninggalkan institusi itu kerana orang yang membawanya sudah tidak ada lagi. Mungkin beliau merasakan tidak selesa kerana bak kata pepatah bila bah pasir pun akan berubah. Walaupun jawatan itu bukan untuk kepentingan politik Shahidan namun penerima ramai terhadapnya seakan ke situ. Begitu juga walaupun MB baru tidak menyebut apa-apa tetapi sebagai orang yang ada moral akan menghitung semula kedudukan secara dipanggil itu.Pemergiannya ke Perlis dan apa juga yang beliau buat orang melihat ianya untuk Shahidan. Pencerahan ke atas agama dengan merungkai fahaman lapok dan mengemukakan ijtihad baru dilihat bersifat politik yang condong memberi kekuatan dan spritual kepada Shahidan.
Mengapa harus berfikir begitu. Cara berfikir ini tidak betul. Shahidan hanya kebetulan sebagai jambatan saja untuk dilalui Asri ke Perlis bagi mebaburkan bibit ilmu di negeri Indrakayangan itu. Shhidan bawa Asri ke Perlis adalah untuk Perlis seluruhnya tanpa motif apa-apa. Apakah kerana Asti tidak pernah mengkritik Shahidan secara langusng maka ia dilihat menjadi Mufti untuk Shahidan?Bagai saya langkah Shhidah itu bijak dan boleh diangkat kedua-dua jempol. Beliau mahu membawa suara perubahan dan pemikiran baru yang benar. Beliau mahu membawa revolusi mental dalam agama. Perlis negeri kecil jadi perlu dikejutkan dengan sesuatu. Cara Shahidan mengejut Perlis dengan meletakkan seorang ilmua agama yang berani nampaknya berjaya dan berkesan.
Bukankah sejak Asri berada di situ nama Perlis menjadi sebutan. Setiap kali Asri bersura mengkritik dan memberi pandangan benar orang akan turut melihat Perlis. Orang akan mengatakan dia itu Mufti Perlis. Bahkan sudah ada pendapat mengatakan Perlis mempunyai aliran baru dalam agama sejak kehadiran Asri! Tanggapan demikian baik bagi Perlis kerana ia mampu mencetuskan sesutau persoalan yang akhirnya menyihatkan pemikiran ummah.Dari sisi lain Asri pula menjadi agen promosi yang baik untuk Perlis apabila nama Perlis diratik dan dizikirkan.
Seharusnya pihak yang kurang senang dengan Asri dan merasakan beliau terus berbau Shahidan kerana Shahidan membawanya sepatutnya tidak bersikap begitu. Mereka sepatutnya terbuka dan melihat sumbangan Asri itu untuk kepentingan bersama dan bukan dalam kerangka fikir yang penuh prejudis dan jumud.Saya sangat setuju dengan pandangan Dinsman dalam kolomnya di akhbar milik pembangkang. Asri masih perlu berada di tempat itu untuk memandangkan kepada ketinggian ilmunya, pemikiran dan keberaniannya. Perbendaharaan ilmu dan sikap keberanian kerana benar Asri itu masih diperlukan. Rakyat negara ini baru tersedar daripada beberapa kebekuan (jumud) yang berjaya dicairkan oleh Asri dalam tempoh beberapa tahun ini.
Jadi elok sangatlah kalau Asri sendiri dan juga Kerajaan Perlis dibawah MB , Md Isa Sabu menemui Asri, berbincang bagi mengekalkan Asri. Kehilangan Asri bermakna kesuraman kepada institusi berkenaan bukan saja di Perlis tetapi di seluruh negara.Walaupun kita mempunyai sekurang-kurang 14 orang Mufti, Mufti Negeri-Negeri, Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Istana Negara, namun tidak semua berjaya menyerlahkan diri dan kedudukan mereka sebagai Mufti. Hanya beberapa orang saja yang berfungsi dengan baik yang lain banyaknya ilmu dan pemikiran mereka disimpan dalam peti. Untuk mendapatkan seorang yang layak memegang jawatan itu dalam usia bawah 40-an bukan senang.
Atau sekiranya Perlis yang kecil itu tidak sedia menerima seorang Mufti yang berfikir global, cadangan asal Shahidan untuk membawa Asri ke Wilayah Persekutuan sangat elok dan boleh sama-sama difikirkan. Yang penting kita tidak mahu negara kehilangan seorang pemikir progresif bertunjangkan syariah Islam dan penegak hukum Allah seperti Asri lenyap itu begitu saja. [wm.kl 9:40 pm 15/10/08]
Posting Lewat
LEWAT petang semalam saya dihubungi oleh orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah yang juga selaku pelakar peta untuk ahli Parlimen Gua Musang itu mengapai jawatan Presiden Umno. Beliau berkhidmat memberi nasihat dan mengatur peta perjalanan Razaleigh sejak beberapa bulan lalu.
"Ti.... betullah ramalan you?" begitulah orang kuat Razaleigh yang juga kawan saya itu memulakan perbicaraan. Saya sedikit terkejut dan tertanya-tanya sendiri, ramalan apa pula.Ketia itu katanya dia dalam perjalanan pulang dari rumah Razaleigh di Ampang.
Razaleigh nampak tidak mudah percaya. Beliau lebih percaya dan yakin kepada tukang tilik dan tukang kipasnya ada yang setengahnya hidup dengan memegang dua tangan, tangan Razaleigh dan tangan Mahathir untuk hidup. Susahlah begini...