Sunday, October 19, 2008

Pencalonan Umno

Pencalonan Pemilihan Umno
Tengku Razaleigh Sudah Mendapat Pencalonan?

SEKURANG-KURANG dua orang penjenguk blog saya memberi teguran dan sekaligus menyampaikan maklumat mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah sudah mendapat satu pencalonan. Pencalonan pembuka semangat itu datang dari bahagian Padang Besar, Perlis.

Saya jadi keliru apakah benar maklumat berkenaan? Masakan penyampai maklumat berkenaan seorang orang yang hampir dengan Tengku Razaleigh dan beliau mengaku mendapat pengesahan langsung daripada Ketua Bahagian itu, Zahidi Zainal Abidin yang juga calon Ketua Pemuda.

"Ya saya telah menghubunginya dan beliau sahkan," kata penyampai itu.

Tengah hari tadi seorang penjeguk tegar blog saya menghantar SMS. Antara lain bunyainya; "Ku Li (Tengku Razaleigh) sudah mendapat satu pencalonan tetapi tidak ada satupun media carry berita ini."

Sehingga malam ini media cetak televisyen tidak... (maaf berhenti sekejap kerana ada panggilan telefon: Hello, Ti... ada sikit pembetulan Tengku memang kalah.... maklumat yang kawe dapat semalam tak betul.." jam 8:45 minit malam.

Jadi laporan ini terhenti di sini sahaja, sah Tengku Razaleigh masih belum mendapat sebarang pencalonan setelah lebih 60 bahagian bersidang sehingga hari ini.

Sehingga malam ini Mohd Najib Razak terus mengungguli pencalonan dengan mendapat 59 pencalonan. Dengan berakhirnya persidangan hari ini dan ahli Parlimen Gua Musang belum menapat apa-apa pencalonan bermakna masa untuk Tengku Razaleigh bersiap sedia membuat kenyataan berundur sudah pun tiba.

Hanya satu pengharapan Tengku Razaleigh, sekiranya Abdullah Ahmad Badawi menggunakan pelan untuk menyelamatkan dirinya kemungkinan Tengku Razaleigh akan mendapat pencalonan minggu depan.

Untuk jawatan Timbalan Presiden pula, Muhyiddin Yassin mendahului dua calon lain dengan mendapat 44 pencalonan. Mohd Ali Rustam dan Muhammad Mohd Taib menambah pencalonan menjadikan sembilan untuk Mohd Ali dan lapan untuk Muhammad Taib.

Kelembaban pencalonan untuk Mohd Ali mungkin disebabkan ada usaha pihak tertentu yang cuba mesebotaj pencalonannya. Khabarnya ada pihak tertentu yang menyuruh beliau menarik diri.

Hari ini Mohd Ali membuat penjelasan bahawa beliau tetap meneruskan niat untuk bertanding dan beharap akan diberikan pencalonan yang cukup.

Ketua Pemuda, ternyata Khir Toyo menunjukkan perkembangan. Beliau kini memperolehi 25 pencalonan manakala Khiry Jamaluddin juga turut menambah pencalonan menjadikan 34. Namun Mukhriz Mahathir sudah selesa dengan menerima 64 pencalonan.

Pemuda Umno seperti sudah tersihir dengan Mukhriz Mahathir bila mana banyak bahagian seolah tidak tersilau kepada Khir dan Khairy. [wm.kl 9:00 pm 19/10/08]

No comments: