Wednesday, October 29, 2008

Bidasan Ke dalam

Mengapa Khalid Lantik Madam Low?

BERHUBUNG tindakan Abdul Khalid Ibrahim melantik Low Siew Moi atau Madam Low (foto bawah) sebagai pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bermacm-macam ulasan dan tanggapan pro dan kontra yang timbul mengenainya.

Pihak Umno apa lagi menanti peluang sebaik mungkin untuk smash Khalid dengan tindakannyayang dianggap berani itu. Tidak cukup dengan projek babi, mereka menanti apa-apa saja tindakan Khalid yang membuka peluang untuk mereka menghemtam dan mengkritik Khalid atau kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Satu-satu isu dan permasalahan dibangkit oleh pembangkang Selangor. Isu yang sebesar tahi hidung pun dikivi dan dimake-up menjadi sebesar bukit bagi mengabui mata rakyat. Sesetengah isu adalah peninggalan zaman kerajaan BN pimpinan Mohammad Khir Toyo.

Saya ikut juga terfikir-fikir dengan tindakan MB Selangor itu melantik Low Siew Moi itu. Timbul juga setuju dan tidak setujunya dengan perlantikanya itu. Low atau Madam Low akan bersara tahun ini tetapi dilanjutkan untuk memegang jawatan itu.

Kalau dibaca betul-betul perlantikan itu ianya bersifat sementara dalam masa transisi persaraan Pengurus Besar PKNS, Harum Salim. Ia tidak semestinya Madam Low akan dilantik menjadi Pengurus Besar. Apa yang menimbulkan masalah dan tanda tanya ialah kenapa Khalid memilih Madam Low bukan memilih pegawai Melayu. Ada dua pegawai Melayu yang setaraf dengan Madam Low boleh dipertimbangkan. Isunya timbul bila Khalid membelakangkan pegawai berkenaan?

Apakah Khalid anti Melayu?

Persoalan lain di sini apakah Khalid tidak berbincang dengan Pas, rakannya dalam Pakatan sebelum membuat keputusan itu. Walaupun soal perlantikan itu adalah hak Khalid kerana beliau adalah Pengerusi PKNS, tetapi elok kalau beliau berbincang agar tidak timbul salah anggapan.

Bila Khalid melantik Madam Low walaupun beliau tidak berparti tetapi mungkin ada tanggapan Madam Low orang DAP, sebabnya mudah kerana Low adalah seorang berbangsa Cina.

Memang jika dilihat kepada kepentingan Melayu dan dari sudut sentimen Melayu, Khalid tidak patut lantik Madam Low, apa lagi ada dua pengurus berbangsa Melayu dikatakan juga layak untuk dipertimbangkan. Dua pegawai Melayu itu ialah; Pengurus Besar Pentadbiran, Nasir Mohd Arshad dan Timbalan Pengurus Besar Teknikal PKNS, Abdul Ghani Hassan.

Kedua mereka ini juga dikatakan berpengalaman dan sudah lama dengan PKNS. Keadaan menjadi rewel lagi bila Pas menerusi Dr Hassan Mohamad Ali turut sama mempertikaikan kenapa tidak dipilih dari kalangan dua pegawai Melayu ini?

Seperti dikatakan tadi Khalid ada hak melantik sesiapa saja. Bila beliau lantik Madam Low tentulah ada alasan dan hujah-hujahnya tersendiri. Kenapa beliau sanggup mengenepikan sentimen Melayu mungkin ada sebab musabab baginya. Masakan Khalid jadi segila itu!

Dari apa yang sampai ke telinga saya, kenapa Khalid lantik Madam Low bukan kerana ingin pecahkan tradisi 44 tahun PKNS yang tidak pernah lantik orang Cina ke jawatan setinggi itu. Tetapi Khalid tidak ada pilihan, kecuali satu nama saja iaitu Madam Low. Apa menyebabkan Khalid tidak terliur kepada dua orang pegawai Melayu itu kerana soal-soal kepentingan kerajaan dan parti. Ertinya adalah apa-apa kelemahan pada kedua pegawai berbangsa Melayu itu.

Katanya Khalid mahu elakkan PKNS dikuasai Umno? Ini boleh difahamkan kedua pegawai Melayu itu mungkin orang Umno ataupun penyokong kuat Umno, di mana kalau mereka dilantik ini menyebabkan pengaruh Umno akan wujud dalam PKNS. Bila orang bersemangat Umno berada di jawatan tertinggi maka PKNS akan dipengaruhi Umno. Apa yang kena faham PKNS adalah nadi kepada kerajaan Selangor.

Kalau Khalid membuat keputusan atas tujuan itu, ianya satu kebenaran dan wajar. Kerana kalau ada pegawai yang tidak sebulu dan sama haluan dengan kerajaan ia akan menimbulkan rasa kekok. Kemungkinan juga pegawai itu akan mesebotaj kerajaan Pakatan. Pada Khalid beliau rela melantik orang yang jujur dan ikhlas terhadap kerajaan walaupun bukan Melayu dari Melayu yang menyusahkan beliau dan mengagalkan misi kerajaanya.

Khalid ada menjelaskan hal ini secara simbolik. Katanya beliau hairan kenapa marah bila lantik Madam Low, tetapi tidak marah dengan kehilangan wang PKNS berbillion ringgit? Apakah maksud Khalid sebenarnya. Mungkin beliau sudah tahu sandiwara atau sunglap mengyonglap yang berlaku dalam PKNS yang menyebabkan PKNS mengalami kerugian (kehilangan) berbillion ringgit.

Kesimpulannya, jika apa yang Kahlid lakukan itu kerana alasan dan hujah itu, iani untuk meningkatkan pendapatan PKNS ianya perlu disokong walaupun siapa yang memegang jawatanya. Mungkin sentimen Melayu yang tebal tetapi tidak membawa untung tidak ada gunanya. Barangkali sudah sampai masakan kalau orang Melayu bersikap terbuka dan memberi kepercayaan kepada orang bukan Melayu seperti Madam Low itu.

Apapun sebaik-baik tindakan yang patut Khalid lakukan menyucikan pegawai Melayu yang diragui itu terlebih dahulu sebagai ujian. Jika mereka masih kekal dan berkarat dengan Umno barulah beliau mencari alternatif lain termasuk melantik bukan Melayu. Pada saya kalau pun mereka itu bernajis, (pegawai Melayu itu) namun najisnya tidak sama dengan najis babi. Doa saya semoga Khalid akan selesai isu pengganti Pengurus Besar PKNS ini secepat mungkin dengan penuh hikmah dan fatanah! [wm.kl. 6:45 pm 29/10/08]

5 comments:

Cheguman said...

Assalamualaikum,
Saya telah memulakan blog khas iaitu http://deklarasijandabaik.blogspot.com

Anonymous said...

salam mso,

mlm opn hse ezam knape pulang awal..? tak sempat ambil gbr tien chua + adinda sultan sgor...

saya tak setuju pandangan sdra yg mengiyakan persoalan khalid ibrahim bhw rakyat sgor seharusnya lebih peka kpd wang pkns yg rugi berbilion ringgit drp mahu berang diatas perlantikan mdm liow...

kalau ya pun pkns rugi berbilion ringgit sekalipun bukankah mdm liow juga harus dipersalahkan sbb dia in-charge bahagian finance pkns..?? mdm liow dah berbelas tahun jadi Deputy GM Corporate Dev' jadi knpakah dia harus lepas dari tanggungjawab ini..??

kalau nak membersihkan golongan bn dalam anak sykt k'jaan sgor, knapa khalid sanggup melantik orang Gerakan beberapa bulan dahulu dalam struktur ekonomi neg sgor..??

Memadailah Mdm Liow kekal dgn jwtn2nya dimana beliau masih boleh menasihat khalid akan selok belok pentadbiran pkns. Tapi masuk bab lantik ketua pkns ni, tangguhlah dulu atau pilihlah mana mana tokoh koporat melayu kenalan khalid utk sementara waktu....

tak perlulah membuka "flood gate" utk membuka ruang menggadai bangsa...

wasallam..

Anonymous said...

salam. ttg perlantikan yg dibuat ts khalid tu teringat ana akan kerajaan negeri kelantan awal 90an dulu. adanya saki baki pegawai dari kalangan Umno tu cukup menyakitkan hati pentadbiran Pas kelantan. ada pegawai pro-umno yg cabut awal2, ada yg tinggal pula buat feel dan kerenah hingga menyakitkan pedal.ada yg terpaksa dibesarakan sbb feel/kerenah mereka tu... mereka ada media untuk diheboh2kan jika pegawai dibesarakan! berbagai tuduhan berlaku. nampak gayanya kalangan org lain yg jujur adalah lebih baik dari melayu yg songlap berbilion2 membuncit perut, tidak islamik dan suka amalan rasuah!...

Anonymous said...

salam
Bolehkan mdm liow meneruskan agenda PKNS?
PKNS ditubuhkan untuk agenda melayu maka seharusnya dipimpin oleh pemimpin melayu.

Dari sudut politik pula, jelaslah bahawa Khalid Ibrahim masih belum selesai “membayar habuan” kepada kaum bukan melayu kerana memberikan kemenangan kepada wakil wakil rakyat PKR dalam pilihanraya ke 12 yang lalu……

Anonymous said...

Lantik orang melayu yang berkebolehan dan bertakwa untuk mentadbir PKNS. Boss melayu yang baru tu kena bawa pula orang2/team kepercayan beliau bagi mudah beliau melaksanakan kerjanya. Buatlah kontrak dari setahun ke setahun atau dua tahun.
Itu yang Idris Jala buat kat MAS. Sebelum tu banyak pegawai besar makan gaji dan songlap duit.
Pejabat menteri kena selalulah monitor dan buat audit kat PKNS