Tuesday, October 28, 2008

Susupan Malam

Apabila Abdullah Tangguhkan Pembelian Helikopter

PERDANA MENTERI bakal disarakan, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembelian 12 buah helikeptor (Eurocopter) ditangguhkan kerana masalah kewangan. Katanya pembelian itu buat masa ini tidak perlu walaupun keperluan menukarkan helikopter tua kepada helikopter baru diperlukan.

Apakah makna disebalik tindakan itu? Umum tahu surat perolehan (tawaran) kepada syarikat berkenaan diluluskan secara tergesa-gesa oleh Mohd Najib Razak sebelum beliau berpindah dari Mindes ke MOF. Disaat-saat orang Najib merasa gembira dan bangga atas langkah Najib itu tiba-tiba Abdullah tangguhkan pula. Barangkali komisyen untuk orang tertentu pun turut sama tertangguh!

Semua itu seperti berlaku bukan secara sengaja, melainkan disengajakan. Kenapa Abdullah menggunakan perkataan 'tua' apabila merujuk kepada helikopter Nuri yang hendak digantikan itu? Biasanya orang menggunakan helikopter lama atau usang. Tetapi beliau guna helikopter tua?

Ada semacam sindiran oleh beliau kepada pihak tertentu. Apakah beliau menyindir kepada mereka yang beriya hendak 'sarakan' beliau kerana beliau sudah tua dan tidak perform? Mungkin!

Tetapi pengumumna itu memeranjatkan Najib tentunya. Ia menjelaskan bahawa Abdullah masih berkuasa ke atas negara dan boleh melakukan apa saja dan memberi warning kepada Najib jangan pandai-pandai lagi. Apa-apa keputusan Najib beliau masih boleh batalkan. Adalah songsang jika ditengok secara jujur bagaimana keputusan seorang Menteri diperbaiki oleh Perdana Menteri. Inilah dilihat apakah ada sesuatu perkembangan baru.

Apa lagi dalam Najib sudah disorak dan dijujung bakal menjadi PM, tiba-tiba keputusannya ditangguhkan. Bukankah itu sedikit sebanyak mencalarkan kredibilitinya? Bahawa kepercayaan Abdullah atas apa yang Najib lakukan - meluluaskan tender itu boleh dipertikaikan.

Saya yakin tindakan-tindakan drastik sebegitu akan banyak lagi dilakukan oleh Abdullah dalam tempoh empat bulan dalam proses peralihannya. Kalau setakat menangguhkan pembelian seperti helikopter lama itu tidak mengapa, tetapi apa kata kalau ada pengumuman ataupun insiden-insiden baru yang sengaja dilakukan? Misalnya bagaimana kalau wujud perkembangan baru atau bukti baru dalam perbicaraan kes pembunuhan wanita Monglia, Altantuya Sharriibbu.
Jangan mudah underrate Abdullah... beliau nampaknya senyap, diam, tidak banyak cakap dan ikut cakap namun sebagai manusia beliau juga ada political will tersendiri. Ada cita-cita dan ada buah kilasnya. Sebab itu saya tidak yakin penyerahan dirinya kepada pelan peralihan kuasa begitu mudah diakurinya itu sebagai keikhlasan melainkan tentu ada motif di sebaliknya.

Saya tetap teringat kepada kata-kata Sanusi Junid mengenai Abdullah. Kata bekas Menteri Pertanian dan bekas MB Kedah itu, "Pak Lah seperti kura-kura, bila depan orang dia akan masukkan (selindungkan) kepalanya dan bila orang tak ada, dia akan keluarkan kepalanya panjang-panjang."

Manakala kata orang baju petak-petak merah pula, dalam pengamatannya kura-kura adalah bintang yang cerdik. Beliau ada pengalaman sendiri. Beliau membina pagar kawat mata punai untuk melindungi tenggiling daripada lari, tiba-tiba yang lari dan hilangnya kura-kura. Rupa-rupanya menurut bekas kawan saya itu kura-kura tahu mengorek lubang dan melarikan diri.

Mungkin juga si baju petak-petak merah banyak belajar berpolitik dengan kura-kura.

Dan sekiranya perumpamaan Sanusi itu tepat pasti Abdullah ada pelannya pula sebelum pelan peralihan kuasa benar-benar terlaksana. [wm.kl 8:30 pm 28/10/08]

4 comments:

Anonymous said...

Salam buat MSO,

Saya bersetuju dengan jangkaan MSO bahawa keakuran Pak Lah terhadap pelan peralihan kuasa Mac'09 bukan dengan kerelaan hati beliau.

Beliau seperti didesak, ditekan, malah dihina oleh orang-orang yang beliau percaya. Saya yakin, hatinya luka dan berdarah.

Najib penuh dengan skandal. Saya yakin Pak Lah maklum dengan masalah-masalah yang membelit Najib.

Pak Lah hanya perlu petik suis.

Kita nantikan kejutan demi kejutan nanti. Dengan penangguhan pembelian Cuogar ini, saya yakin, Najib dan Bik Mama tidak lena tidur.

Wallahualam.

Anonymous said...

Firasat saya serupa...Pak lah akan pertahankan perjuangan menegakkan keadilan menghapuskan kezaliman.

Hidup pak Lah !!!!!!

Moga Allah sentiasa membantu beliau.

Anonymous said...

Salam MSO dan Pembaca sekalian.

Saya bersetuju dengan tindakan Pak Lah menangguhkan pembelian helikopter demi menyelamatkan wang negara dan diharapkan ia perlu dikaji semula,pastikan harganya tidak sampai merugikan negara,jika terdapat hanky pangky dalam pembelian helikopter tersebut,hadapkan 'perosak' tersebut ke muka pengadilan.

Terpulanglah pada Pak Lah apa yang terbaik buat 'dia' dalam menangani kemelut perebutan kuasa dalam UMNO.Jika isu pembelian helikopter boleh digunakan untuk membuktikan 'salah guna kuasa pemimpin tertentu' maka terpulanglah pada Pak Lah.

Kami hanya pentingkan keutamaan negara dan rakyat.Kami memikirkan pemimpin yang kurang mudarat kepada negara dan rakyat itu sudah memadai di kalangan pemimpin UMNO dan BN yang sedang berkuasa.

afja02.

Anonymous said...

setuju dengan MSO.

pak lah dah koner baring dalam pada zzzzzznya. dia punyai akai yg perlu guna buat pertahankan lagi status dan powernya.

hewan yg slow tapi punya feel atau muslihat jika terancam selain kekura ialah tenggiling dan landak! kiri kanan bantai dia, namun dia sedaya upaya bermuslihat.

kia tunggu dan kelih pokok mana yg akan tumbang tika ribut dalam kandang sebelum mac 09 nanti.