Tuesday, October 7, 2008

Terkini

Hampir Pasti Abdullah Tidak Tanding Presiden!

ABDULLAH Ahmad Badawi sudah hampir pasti akan membuat pengumuman tidak akan bertanding apa-apa jawatan pada perhimpunan agungUmno pada Mac depan. Beliau dijangka akan membuat pengumuman yang dinanti-nantikan itu selewat-lewatnya petang esok. Besok beliau akan mempengarusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional.

Mesyuarat DT BN esok mungkin merupakan mesyuarat terakhir beliau. Abdullah akan menjelaskan sebab-sebab kenapa beliau mengambil keputusan tidak akan bertanding atau mempertahankan jawatan disandangi kini.

Menurut sumber dalaman Presiden itu, Abdullah dikatakan akan menyerahkan semua urusan parti kepada timbalannya Mohd Najib Razak. Keputusan itu juga dibuat kerana Najib beriya untuk mengambil alih. "Desakan semakin menjadi dan berterusan!" ujar sumber itu.

Keputusan Abdullah itu dibuat dengan penuh berat dan kesal atas tindak tanduk Najib yang disifatkan tidak menghormati Abdullah yang telah banyak mengendur dengan desakan dilakukan oleh proksi-proksinya ke atas Abdullah.

Ditanya apakah Abdullah akan memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh Hamzah untuk berhadapan dengan Najib secara seorang sama seorang, sumber itu tidak mengulas cuma menyebut; Tengku Razaleigh mungkin boleh diharap untuk memulihkan Umno dan perpaduan orang Melayu berbanding dengan Mohd Najib.

"Saya tidak yakin Najib mampu dan diterima sebagai penyatu Umno dan Melayu," tegas sumber itu.

Ketika ditekankan lagi sejauh mana kemungkinan itu (Abdullah tidak tanding) sumber itu menjelaskan dengan suara lirih; sama-sama kita tunggu esok.... cuma ingin saya sebutkan Pak Lah tidak mahu bertanding kerana bimbang ia akan memusnahkan Umno! [wm.kl 3:30 pm 07/10/08]

3 comments:

Anonymous said...

Saya sangat berharap agar Pak Lah mengekalkan kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO dan sebagai PM sehingga peralihan kuasa 2010 yang dirancang. Ini bertujuan supaya dapat melancarkan apa yang telah dirancang. Sebab itulah saya berharap agar kita semua memberi sokongan kepada beliau kerana jika beliau undur diri awal, belum tentu pengganti beliau akan membuat perubahan yang drastik.

Anonymous said...

masih menjadi teka-teki samada Abdullah akan mempertahankan jawatan dia atau tidak.

tapi semestinya penyokong-penyokong beliau pasti mahu beliau kekal menerajui dan diharap seluruh rakyat Malaysia juga memberi peluang kepada beliau untuk terus berkhidmat.tidak semestinya perlu untuk meletak jawatan bagi memberi nafas baru kepada UMNO dan negara.

zeme said...

Salam Tuan Haji MSO,

Saya teringat, sejak dibangku sekolah menengah lagi saya terdengar seloroh orang-orang tua yang bersembang berkenaan teori RAHMAN. Selorohnya agak sinis tentang teori RAHMAN, katanya kalau lepas Abdullah, takdir Najib yang ambil selepas N siapa pula? Balas seorang lagi menjawab sinis, selepas Najib alamak Malaysia akan hancur, Melayu akan lebur. Baik lepas Abdullah, Tengku Razaleigh yang ambil baru Malaysia beroleh RAHMAT.

Wasalam.